✿...السلام عليكم✿
Bila berniaga, kita berurusan dengan manusia.
Bila bekerja, kita berurusan dengan manusia.
Bila berkahwin, kita berurusan dengan manusia,
Bila beranak, kita berurusan dengan manusia.
Bila berkeluarga, kita berurusan dengan ibu bapa dan mertua.
Bila mati, manusia akan uruskan kita.
Dan bila di mahsyar nanti, urusan kita tertangguh dek kerana manusia. Nauzubillahi min zalik!
Pendek kata, semua urusan ada kaitan dengan manusia.
Sebenarnya, urusan kita dengan manusia bukanlah sekadar luaran mereka tetapi ia adalah berkaitan dengan emosi dan psikologi atau cara mereka berfikir.
Jika kita boleh mendalami apa yang mereka rasa dan apa yang mereka fikir, ia akan lebih mudah untuk berurusan dengan mereka.
Tetapi sebenarnya ia bermula daripada bagaimana kita berurusan dengan apa yang kita fikir dan apa yang kita rasa.
Sumber: instagram Dr. Hj. Azizan Osman