✿...السلام عليكم✿
Mata merupakan antara deria terpenting bagi manusia. Memiliki mata yang sihat sememangnya memerlukan penjagaan, sama seperti kita menjaga anggota atau deria yang lain. Cuba bayangkan apabila kita terkena sakit mata. Bagaimana rasanya? Amat perit kan? Rasa bagaikan biji mata mahu terkeluar terutama apabila kita menunduk. Itu baru perihal sakit mata. Bagaimana pula bagi individu yang mempunyai mata yang sihat sebelum ini tiba-tiba diberitahu oleh doktor bahawa mereka akan kehilangan deria itu atas sebab-sebab tertentu seperti penyakit kencing manis yang menyebabkan penglihatan menjadi kabur? Pasti ianya satu hakikat yang begitu sukar untuk diterima bukan?
Jadi, untuk memastikan mata kita dapat dijaga dengan baik sepanjang hayat, maka kita haruslah 'memberi ia makan'. Sama seperti tubuh, mata juga memerlukan penjagaan agar ianya kekal sihat sepanjang hayat.
Berikut, ada 13 jenis makanan yang dapat membantu menjaga mata:
1. acai berry
2. Blueberry
3. Brokoli
4. Lobak merah
5. Telur ayam
6. Sayuran hijau
7. Biji-bijian dan kekacang
8. Daging merah
9. Bayam
10. Keledek
11. Tomato
12. Selada air
13. Ikan salmon