✿...السلام عليكم✿
Bersambung dari SINI.
sengaja anies up satu entry 'khas' untuk salah satu bangunan ikonik Paris ni, sebab apa?
sebab... masa pergi Vietnam tahun lepas, kami sempat juga laa melawat (tengok2) salah satu bangunan famous kat Ho Chih Minh tu... Notre-Dame Cathedral Basilica of Saigon (boleh skodeng kat SINI)
masa tengok2 bangunan ni, dalam kepalaanies dah pasang angan2 yang satu hari nanti, aniesmesti jejak 'Notre Dame' yang 'asal', iaitu di Paris.
macam yang yu ols tau, Vietnam ni kan pernah dijajah oleh Perancis. so segala saki baki
dan daripada angan2 tu, akhirnya terkabul jua lah bila dapat jejakkan kaki di Paris ni... dan dapat tengok sendiri macam mana Notre Dame 'yang ori'.
sebenarnya tak de apa yang menarik sangat pasal Notre Dame ni. pada pandangananies, ia tak lebih dari sebuah cathedral yang dipenuhi pelbagai ukiran, patung2dan yang paling ketara adalah, seni bina Perancis itu sendiri... nak masuk pun, tak de laa beria sangat. dapat tengok dari luar dan posing sekeping dua tu pun dah cukup...
okey laa... layankan je laa gambar2 yang ada ni. sorry laa ye... banyak gambar swafoto je... almaklum laa hati tengah happy 😁😁😁
masa bas lalu kat sini, hati dah berdebar2... "bas ni berhenti ke tak ni?" bimbang juga laa... takut2 dia tak berhenti macam kat depan The Louvre tu...
masa ni pun cuak juga laa... bas masih tak berhenti juga... tapi tangan tetap nak snap pic Notre Dame ni... masa ni baru tau yang Notre Dame ni cuma bersebelahan je dengan Sungai Seine ni
dan akhirnya... bas berhenti juga... yahooo... cepat2 kami turun... tegnok laa tu... sampai minah saleh tu gelakkan kami sebab tak menyempat2 nak turun (tipu je ni...)
kasi swafoto sat... yeahhh... akhirnya sampai juga'angan2'mat jenin mem besar... so, sesapa yang nak pergi Ho Chih Minh nanti, boleh laa start pasang angan2 bila dah sampai depan Notre Dame of Saigon tu nanti. mana tau... rezeki yu ols akan sampai juga kat 'Paghis' ni 😄😄😄
swafoto lagik! tak dapat turun ke bawah, atas jambatan Sungai Seine ni pun jadi laa... kalau nampak muka ketat semacam tu, bukannya tengah moody tapi tengah tahan sejukkkkkk....⛄⛄⛄
ni pic paling dekat... kalau dekat sangat tak nampak mercunya... dalam sejuk2 tu, umat manusia memang ramai kat depan Notre Dame ni... yang ni, kalau tak silap tengah beratur nak masuk ke dalam...
kat halaman Notre Dame... pun sama juga...penuh dengan umat manusia... aniesdah tak larat nak jalan2... sejukkkkk...⛄⛄⛄
kat sini memang banyak merpati. jinak2 belaka. ada orang tengah bagi makan tu. kalau yu ols datang dekat2 nanti merpati tu akan hinggap kat yu ols... jangan risau, dia tak patuk pun. nak berselfie pun, merpati tu rileks je... dia dah biasa daa bila orang ramai nak selfie dengan dia... 😁😁😁
patung apa ntah... depan Notre Dame... anies main snap je ni...
kalau compared dengan yang kat Ho Chih Minh tu, of coz yang ni lagi besar... mmm tak kisah laa yang mana lagi besar... nanti ada rezeki kita sampai kat Notre Dame Indiana kat USA pulak ya... eh, ehh... 😎😎😎
last but not least... kasi kepala korang teleng sekejap😉😉😊
okey... tu je... ke mana anies pergi lepas ni?
to be continued...
daa...