Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Paris | Champs-Élysées + Arc de Triomphe

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Sebelum mula, ada DUA perkara nak highlight kat sini.

pertama:

1. azizah green line
2. LYAfrina
3. nayfatimah rasyid

kenapa nama yu ols ada ni? hahhh... sila klik kat SINI ya! aniesharappppp sangat korang boleh beri respon secepat yang boleh. tolong ya!

kedua, terima kasih kepada sis Hawa kerana sudi jadi MUA untuk blog yang tak seberapa ni... harap2 tak serik ya bekerjasama dengan anies...

kalau kawan2 nak juga mekapkan blog kawan2, bolehlah jenguk2 blog sis Hawa ni. insya Allah, sis Hawa ni akan cuba memenuhi permintaan mekap yang macam mana kawan2 nak...

Okey, moh ler kita sambung lagi cerita JJCM kat Paghis ni.

entry sebelum boleh klik kat SINI ya!

lepas posing2, selfie dan wefie bagai, kami terus naik bas semula. bila tengok route, bas akan menghala ke dua tempat macam yang disebut di atas.

bagi kaki shopping, nama Champs-Élysées ni memang tak perlu diperkenalkan lagilah. kat sini laa kalau korang nak tengok depa 'meroyan' dan 'lupa daratan' terutama bila nampak kedai2 butik2 branded kiri dan kanan😂😂😂😂

tapi kan... kalau fulus tu macam tak berapa sedap je (macam orang yang tengah tulis ni) so lupakan je laa hajat tu. cuci2 mata je laa tengok deretan butik2, kedai2 branded sepanjang Champs-Élysées ni.

bas menyusuri jalan yang kiri kanannya pokok tak berdaun... jalan raya tampak lengang tapi sebenarnya tak juga... jalan depan sikit jammed juga tapi tak laa teruk mana pun jammed tu...

mata melilau tengok kiri kanan... ramai sebenarnya yang berjalan kaki sepanjang jalan ni... tak tau laa sama ada mereka bersenam or pelancong yang berjalan kaki untuk ke tempat2 menarik...

sebaik saja bas melewati tempat ni, otomatik dah boleh agak... ni laa Champs-Élysées... tempat tumpuan kaki2 shopping... sebut je nak jenama apa... semua ada... duit je yang tak berapa nak ada 😄😄😄

kalau tak silap, deretan butik2 mewah sepanjang jalan ni lebih kurang 1.5km jaraknya... kalau keluar masuk butik tapi tak jumpa2 juga barang yang nak dibeli... mmm... tak tau laa nak cakap... tambah2 orang pompuan... tu tak berkenan, ni tak berkenan... alih2 beli kat KLCC juga😂😂😂

tak payah diperkenalkan lagi la... tengok logo je semua dah tau... (sambil tu jeling 'menteri kewangan' di sebelah yang pura2 tidur)

entah betul ke tak sale nyer tu... tapi ye kot? almaklum laa baru lepas Krismas kan...

bas tak berhenti pun kat mana2 butik sepanjang Champs-Élysées ni... sampai laa kami nampak Arc de Triomphe di penghujung jalan Champs-Élysées

salah satu bangunan ikonik Perancis... dan antara tempat yang wajib singgah kalau dah sampai kat Paghis ni...


bas yang kami naiki berhenti tak jauh dari  Arc de Triomphe. memula anies fikir nak duduk je dalam bas sambil2 tengok gelagat manusia kat sekitar kawasan tu. tapi bila tengok bas tak bergerak2, anies terus ke depan. sempat laa berborak2 dengan driver tu.

dia tanya anies dari Indonesia ke? anies jawab laa, dari Malaysia. katanya, dia pernah sampai Malaysia (KL) dua tahun lepas dan bercadang nak datang lawat lagi tapi kali ni nak pergi Sabah.

lepas borak2 tu, anies cakap nak keluar sekejap nak ambil gambar, so terus dia bukakan pintu...


dari bawah, nampak je kelibat manusia kat atas puncak Arc de Triomphe ni. nak naik kena bayar...macam biasa.. tapi anies tengok je laa,,, janji dah nampak depan mata... dah cukup syukur...

last but not least... swofoto sejibik sebelum bertolak ke destinasi terakhir...

ke mana tu?

to be continued...

daaaa...


p/s BW sambung sebelah petang nanti... sabaq noo..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles