Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Luzern: Rigi Kaltbad ke Weggis dengan cable car

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Almost 2 weeks tak bersiaran... aduhhh... rasa blank terus otak ni nak menaip... bukan tak ada idea tapi nak memulakan kan...aduyaiii...

masuk penghujung bulan 3 dan bulan 4, kerja2 hakiki semakin bertambah. yang sedia maklum... ya betul tekaan yu ols... semuanya kerana KLIBF @ PWTC yang bakal berlangsung pada penghujung bulan ni. makanya, ia bukan suatu perkara pelik kalau tiap2 minggu kena OT...

okey laa... tu tadi pasal kerja... yang ni pulak pasal cerita jalan2 yang tak habis lagi... btw, entry hari ni adalah kesinambungan daripada entryINI ya! silalah klik... jangan malu2 ya...

ops! sebelum terlupa... sesi2 BW akan anies buat esok ya... so mana2 blog yang belum anies tinggalkan jejak tu termasuklah menjawab segala pertanyaan, sabaq no... insya Allah pasti anies akan respons ASAP ya...

sengaja anies up kan map ni untuk bagi korang jelas tentang cuti2 kami kat Luzern ni. seperti yang anies beritahu sebelum ni, kami bertolak dari Vitznau dan terus ke Rigi Kulm dengan cogwheel berwarna merah. bila nak turun, kami akan naik cogwheel merah sekali lagi dan berhenti di Rigi Kaltbad. di sini, kami akan naik cable car dan turun di Weggis. kemudian, kami akan naik semula cruise di Weggis dan terus ke bandar Luzern. so, ada faham matcha? baiyya?? kalau tak faham, boleh drop soalan kat kotak komen ya... credit image.

ni laa ghuper cable car yang anies naik tu... credit image hari tu tak sempat nak snap sebab kejar masa... tambah pulak ramai pulak umat manusia masa tu...

masa ni dah sampai Rigi Kaltbad. FYI, cuma aniessorang je yang naik cable car ni. sebabnya, masa tu Farah kurang sihat so dia tak jadi naik cable car and proceed to Vitznau dengan cogwheel bersama2 Nurul dan Dania. si Dania pulak sebab gayat... so dia tak nak ikut anies...

ni kawasan sekitar Rigi Kaltbad. kat sini juga ada kolam air panas. tapi tak kan laa anies nak snap kan... karang ada yang terjojol biji mata hehehe tak mo nak tanggung dosa korang... 

dari pemerhatian anies, ramai pemain ski stop kat sini. barangkala, kawasan berdekatan Rigi Kaltbad ni ada lapangan ski kot...kecik, besar, tua, muda... semua relaks je dengan peralatan ski diorang bawa masuk cable car... mana tak sardin dibuatnya....

keluar dari pintu kaca tu, terus turun tangga menuju ke stesen cable car. oleh kerana kena balik sorang2, so anies ikut je mana2 orang yang akan menuju ke setesn cable car. jauh juga jaraknya...

dah selamat naik cable car dan lepas tu... mata tak putus2 tengok view yang superbbb cantikkkk

macam anies beritau sebelum ni... yang berkabus tu bukan salji ya tapi awan...

tempoh yang diambil untuk turun ke Weggis dengan cable car ni kalau tak silap... lebih kurang 30 minit... harga tiket cable car ni dah termasuk dengan harga cruise dan cogwheel...

kalau bukan winter, tentu lagi cantik agaknya view kat sini....

bila cable car semakin menghampiri 'awan' tebal...

suasana terus berubah bila 'masuk dalam awan...' terasa kesejukannya masa ni....

dari jauh dah nampak Tasik Luzern... 


hamparan salji yang memutih... bahagianya kalau dapat golek2... 

oh ya... ada yang tanya, tak golek2 ke atas salji tu? tak buat snowman ke? okey, ni jawapan anies. kalau ikutkan hati memang nak je buat semua tu... tapi.. hah... ada tapinya... jaket dan seluar yang anies pakai masa tu tak kalis air. so once kalau dah kena salji, of coz akan basah. bila dah basah, susah akan kering. bila susah nak kering, sejuk sedia ada akan terus mencengkam... so, sebab ni kali pertama, anies tak nak laa amik risiko... insya Allah, lepas ni kalau ada rezeki... bukan takat golek2 je, kuak lentang, gaya bebas... hahh... semua akan anies buat 😁😁😁😁😁

sampai dah kat jeti Weggis. oh ya... jarak dari stesen cable car ke jeti Weggis ni agak jauh juga. lepas tu kena lalu celah2 rumah orang. tak cukup dengan tu, jalan2nya semua menurun bukit. so, dengan permukaan jalan yang licin (salji), korang memang kena extra careful. masa ni, anies dah tak fikir semua dah... tau nak sampai jeti cepat sebab tak nak kena tinggal dengan cruise... 

seperkara lagi, kalau korang nak ke Rigi Kulm dari jeti Weggis - cable car- Rigi Kaltbad pun boleh... tapi kena mendaki sikit laa... (bukan sikit... banyakkk sebenarnya) then naik cogwheel merah atau biru, terus ke Rigi Kulm... faham tak ni? kalau tak faham, boleh drop soalan kat bawah ya...

Alhamdulillah, cruise sampai tepat pukul 5.30 petang. Farah, Nurul dan Dania dah ada daa dalam cruise tu sambil layan kopi. mmm... kalau tak silap,. ni adalah cruise terakhir untuk hari tu. so kalau lambat memang korang akan menangis berguling2 laa kat situ 😁😁😁 tak laa... sebenarnya ada je bas yang berhenti kat jeti Weggis tu. tapi make sure bas tu menuju ke bandar Luzern. kalau tak, pepandai laa korang ya....

okey... tamat laa sudah cerita kami di Mt. Rigi. yap... sedih sangat nak tinggalkan tempat ni... rasa macam tak cukup... ya memang tak cukup tapi kami kena akur dengan masa... insya Allah, ada rezeki pasti kami akan datang lagi... so, dengan pertanyaan...


SAPA NAK IKUT??? 😉😉😉😉

to be continued...


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles