Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1683

Luzern | Altstadt Hotel Krone

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Bersambung dari SINI.

sebaik sampai je kat jeti Tasik Luzern, kami terus ke hotel memandangkan cuaca / suasana pun dah gelap walaupun masa tu baru je pukul 6 petang. kami pun tak singgah mana2 lagi sebab cuaca dah terasa teramatttt sejuk dan dalam kepala cuma nak 'heater' je...

sepanjang jalan ke hotel (lebih kurang 15 minit jalan kaki dari jeti Tasik Luzern), memang tergerak dalam hati nak ambil gambar kat sini...


... tapi tangan macam dah tak mampu nak keluar dari poket kerana kesejukan... jadinya, anies just tengok je laa... Farah, Nurul and Dania sure ada snap kot gambar Chapel Bridge ni... tak pe laa... tak de gambar bukan bermakna tak pernah sampai kan? pujuk hati sendiri


setiba di hotel, kami disambut receptionist perempuan. oleh kerana kami dah check in siap-siap, maka dia pun terus serahkan kunci berserta 2 kupon free untuk naik bas sekitar Luzern dan (kupon) cenderahati dari kedai berhampiran...

okey... jom kita skodeng keadaan dalam hotel ni...

benda pertama yang kami tengok dulu bila masuk bilik hotel... of coz laaa bilik air... nak tengok ada bau ke tak... ada air ke tak.... hah... bukan cerewet tapi kena laa check bagai kan... kalau ada 'macam2 masalah' haruslah kita minta tukarkan bilik... am i rite? kita  bukan stay kat sini FOC... overall, bilik air hotel ni memang superb bersih. air laju. semua toiletries lengkap termasuklah towel...

katil kami... kami booked 1 bilik 4 katil. harganya korang boleh laa tengok kat agoda ke, booking ke... sebab harga hotel ni kan selalu berubah2... untuk bilik ni, kalau tak silap kami dapat dalam RM500++...

antara kemudahan yang disediakan dalam bilik... macam biasa, tv tu jadi pak pacak je... nak tengok siaran pun bukannya faham pun 😁😁😁

almari dan segala perkakas lain turut disediakan...

Wi-Fi dalam hotel ni memang bedesuppp.. kami siap buat WA video call masa tu pada hal kat Malaysia dalam kol 3 pagi... hahaha... nasib laa...

nak tunjuk nombor bilik kami sebenarnya... terblur plak... kami ditempatkan di tingkat 2, bilik nombor 4... tu maksud 24 sebenarnya...

apa yang aniessuka pasal hotel ni? ni... 👆👆 bantal, tilam and comforter dia yang SANGATTTTTTTTTTTTTTTTTT BESTTTTTTTTTTTTT!!! serius! memang best! lembut, selesa, tak de bau (of coz) dan dalam suasana sejuk tu (entah sapa laa pegi bukak tingkap) bila berkubang dalam comforter tu tak terasa langsung kesejukan yang mencengkam... serius... bestttt sangat. kalau luggage kosong, mau anies angkut bantal tu bawa balik Malaysia 😀😀😀😀😀 Farah pun cakap memang selesa tilam bantal dia... disebabkan terlalu selesa dan empuk, dalam pukul 8pm++ (waktu Swiss) anies dah melayang ke awan biru 🆉🆉🆉🆉🆉...


lif hotel ni comel je muat dalam 3 orang je gitu...

deko hotel yang simple...

suasana depan hotel. masa snap gambar ni, kami tengah bersiap2 nak berangkat. dalam pukul 6.30 pagi kalau tak silap...

anies suka sangat kawasan ni... sekelilingnya hotel dan kedai2 / butik2... entah kenapa bila tengok kawasan ni, otak otomatik teringat Bukit Tinggi😊😊😊

awal pagi... hanya hotel je yang terang benderang...

hotel kami... dari bahagian depan... sorry...gambar parkinson... sebab sejukkkkk

okey, yang ni pulak resto hotel.... kecil tapi cosy sangat...

antara menu yang dihidangkan pagi tu... yang rasa macam tak berapa nak halal tu... tengok je laa... tapi ni separuh je tau... kat meja lain pulak, penuh dengan pelbagai jenis pastry dan roti... terus perut berkeroncong bila tengok dan terbau roti2 yang nampak sedap tu...

ni sarapan anies untuk pagi tu... ikutkan hati nak je ambil nutella mini tu banyak2... nak buat stok... sebab anies ada juga bawa biskut dari rumah. so, dah ada nutella memang sedap makan time sejuk2 ni...

ni teksi yang akan bawa kami ke Luzern Bahnhof... Mercedes ko!! silalah percaya. tambang? kalau tak silap dalam €7. bagus driver ni. tak sampai 10 minit pihak hotel call, dia dah sampai tepat pukul 7 pagi depan hotel dan siap tolong angkatkan luggage. terbaikkkk!!!

 😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭 sedihnya nak tinggalkan bumi Swiss ni... masa nak tinggalkan Paris pun tak terasa berat macam ni... 

bye-bye Luzern... bye-bye Switzerland.... insya Allah panjang umur dan murah rezeki, kita ketemu lagi... dan kepada kawan2 yang berhasrat nak ke Luzern, personally, aniesSANGAT2 RECOMMEND kan hotel ni... FYI, hotel di Swiss agak mahal, so, bila dah bayar mahal2 tu, apa salahnya 'lebur' kat tempat yang best... memang tak rugi...

okey... tu je dulu... aniesbelum habis BW lagi... yang belum singgah tu... sabar ya...

daaa...


to be continued... 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1683

Trending Articles