✿...السلام عليكم✿
Tak tau laa kenapa... lately rasa macam malasssss je nak menaip. bukannya tak ada masa. ada. tapi entah laa... mood nak berblogging ntah ke mana dah tercampak... BW pun yang mana sempat je. kalau rasa nak BW, barulah nak BW. kalau tak baca je blog korang tanpa tinggalkan apa2 jejak.
tapi hari ni kena paksa diri juga . tak boleh kata NO. kena juga updates. karang, kalau asyik delay je, semua info, sharing entah ke mana lesapnya...
okey lah... sebelum anies nak cerita pasal jalan2 kami kat bumi Cologne a.k.a Köln ni, rasanya elok anies share dulu homestay yang kami duduk ni.
anies tak tau apa nama homestay je. nama dia pun aniescopy dari website airbnb. yap, untuk pertama kalinya kami guna khidmat airbnb... tak ada sebab sebenarnya. saja nak try benda baru lepas kami survey harga2 hotel yang ada kat Cologne ni, dan kemudian buat perbandingan dengan homestay yang ditawarkan melalui airbnb.
cari punya cari, gali punya gali, akhirnya kami dapat homestay yang sangat2 selesa dan besar. rasanya kalau nak muatkan 10 orang pun cukup. tapi bukan tu yang kami sasarkan. bagi kami, yang penting ianya DEKAT dengan stesen kereta api.
lagi satu, host homestay ni iaitu Mr. Jens ni tersangatlah friendly dan kami rasa macam betul2 dialu-alukan. masa berbual dengan Mr. Jens ni, dia ada seorang kawan yang bekerja sebagai penolong pasukan hoki Malaysia. kalau tak silap, pasukan hoki U-18. anies sempat tanya dia, pernah datang Malaysia ke? dia geleng. so macam biasalah... dengan ramahnya kita pun offer laa kat dia, kalau datang ke Malaysia, cari2 lah kami ni nanti hahaha...
well, panjang dah membebelnya... tengok! sebelum ni malas kemain. bila dah start ketuk keyboard, dah tak reti nak stop. parahhhh...
ni laa homestay nyer... berada di tingkat 3. pintu masuk tu sentiasa berkunci. kalau nak masuk tekan je mana2 button kat situ nanti ada orang tolong bukakan...
homestay ni bersebelahan kedai roti. dari jalan besar dah boleh nampak. masa tunggu Farah balik shopping, anies tumpang duduk sekejap dalam kedai roti ni. haiiii... kalau halal, dah lama anies beli roti dan kek yang dia jual ni. bau dia perghhhh boleh bikin perut berkeroncong... lagi satu, office / rumah Mr. Jens kat belakang kedai roti ni je... so, kalau ada apa2 masalah, cari je dia kat situ.
jom kita tengok keadaan dalam homestay ni!
master bedroom. ada katil queen (kalau tak silap), sofa, TV, meja, almari etc. farah, nurul dan dania stay kat bilik ni...
ni pulak dapurnya. barang2 makanan tak ada tapi peralatan semuanya lengkap termasuk mesin basuh. (terlindung dalam gambar 👆)
ruang makan
bilik kedua. aniesconquer sorang2 bilik ni hahaha... best... tilam empuk. bantal tak keras. selimut tebal. heater pun okey.
bilik air. bersih.
ruang bersebelahan pintu masuk. rak putih yang korang nampak ni sebenanrnya rak kasut... saja nak kabo...
ruang kecil antara master bedroom dengan bilik air.
almari dalam bilik kedua. sengaja anies padamkan lampu sebab silau...
selain kemudahan yang ada, of coz Wi-fi pun mestilah ada juga kan... jangan bimbanglah... Mr. Jen memang faham dengan anak2 generasi hari ni yang tak boleh nak #moveon dengan internet ni...
well, untuk korang yang bakal melancong atau singgah di Cologne, boleh laa usha2 homestay ni. memang berbaloi dengan $$ yang korang keluarkan.
more info, click HERE.
okey, tu je untuk hari ni. thanks for reading...
daaa...