Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Köln | Wilkommen in Bundesrepublik Deutschland

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Bersambung dari SINI.

Alhamdulillah... akhirnya dapat juga kami menjejakkan kaki di bumi Adolf Hitler ni... barangkali ada yang dah tau dan mungkin juga ada yang tak tau... Deutschland or Germany ni adalah salah satu negara favourite anies. bukan setakat masa World Cup je yaaa... dan juga bukan kerana Didi Hamann... dan memang dari dulu menyimpan hasrat untuk ke sini dan... (berapa banyak 'dan' laa...)

Alhamdulillah... pada tarikh 26 Januari 2017... DIA kabulkan juga hasrat dan doa...

kalau nak ikut itinerary kami yang mula2 dulu, Deutschland ni tak termasuk pun negara yang bakal kami singgah...

kami cadang nak naik flight je dari Switzerland ke dot dot dot... tambang flight pun dapat murah... tapi masa bincang dengan Farah, macam2 cara anies buat supaya Farah bersetuju untuk singgah di mana2 negeri dalam Germany ni.

mula2 Frankfurt... tapi pastu tak jadi... tak putus asa, anies study lagi sampai laa dapat idea nak singgah di Köln atau nama manja dia Cologne ni.

Alhamdulillah... few weeks before travel, Farah pun bersetuju untuk singgah di negeri yang......... nak kata popular sangat tak juga... nak kata hebat sangat pun tak juga... tapi disebabkan satu benda ni (nanti anies share), akhirnya Farah setuju... Alhamdulillah...

walaupun tak cakap pun dengan Farah yang anies memang bersungguh2 nak singgah Germany ni tapi bila dia dah bersetuju tu, dah cukup syukur... terima kasih Farah!

okey, berbalik kepada cerita asal...

dari Luzern Bahnhof kami naik train terus ke Bahnhof Basel SBB. macam yang anies beritahu sebelum ni kat SINI, Bahnhof Basel SBB ni adalah main station yang menghubungkan Swiss dan Germany serta Swiss dan France... kira macam stesen transit laa...

di sini, kami cuma tukar keretapi je. tak lama pun. dan keretapi yang kami naik ni akan berhenti di beberapa stesen utama dan akan berakhir di Köln. so, tak payahlah nak risau turun kat mana, berhenti kat mana sebab kami dah tau stesen yang terakhir sekali adalah Köln Hauptbahnhof.

kita bercerita dengan gambar laa ya!

tiket kami. kalau tak silap Farah beli online kat SINI. simpan elok2 sebab otw, train inspector akan check tiket. kat tiket ni juga ada info penting seperti nombor platform (Gleis). harga tiket juga tertera (Preis) kat situ. yang ni, harga utuk 4 orang ya...

bahagian depan Luzern Bahnhof. masa ni awal pagi. dalam pukul 7. suasana nampak macam busy... almaklum laa... orang nak pergi kerja kan...

ni laa train yang akan bawa kami ke Köln. ICE 200 train namanya... perjalanan dari Basel ke Köln memakan masa lebih kurang 3 jam 50 minit...

suasana dalam ICE 200 train. yang ni gerabak biasa. gerabak 1 class lagi best kot. tak pe laa... yang penting Wi-Fi okey... kami siap buat video / WA call lagi sepanjang perjalanan...

boleh nampak ke tak tulisan warna merah tu? ia memaparkan stesen-stesen yang akan kami lalui / singgah sebelum sampai di stesen terakhir di Köln. 

keretapi perlahan-lahan meninggalkan bandar Basel... bye-bye Basel... bye-bye Swiss...

ada yang tanya dan tak kurang juga yang prihatin... "tak penat ke turun naik train ni?" jawapan kami, "tak laa... lagi selesa sebenarnya naik train ni berbanding naik bas. tak de trafic light, tak de jammed... smooth je... yang penting, kami tak kena apa2 sekatan kastam / imigresen bila memasuki mana2 sempadan negara. (yap, anies tau nak masuk mana2 negara Europe ni tak perlu visa bagai tapi ikut kata mak cik anies yang pernah pergi Europe dengan travel agent sebelum ni, bila mana sampai di sempadan, bas mereka akan berhenti dan pegawai kastam akan memeriksa bas - berbanding keretapi, tak ada apa2 sekatan - straight to the station gituwww)

luggage kami yang sentiasa membuncit setiap kali berhenti di sesuatu negara... dah nama perempuan kan... mana boleh kalau tak shopping...😁😁😁😁😁

kalau tak silap, kawasan bersalji ni sebelum tiba di Frankfurt... tapi lepas tu kami dah tak nampak dah salji... namun begitu cuaca tetap mentennnn sejukkkk....

salah satu depot keretapi di Germany... tak ingat dah kat mana masa ni...

antara stesen keretapi (besar) yang kami lalui...

stesen keretapi kecil (luar bandar)

selpie seketui... muka banyak happy sebab dah sampai Germany akhirnya... yu huuuuuu...

Alhamdulillah... tepat pukul 1.05 tengah hari waktu Köln, kami pun sampai ke destinasi... bila tengok keliling, agak besar juga stesen ni... orang pun boleh tahan ramai juga...

okey laa... sampai sini dulu... insya allah, next entryanies akan cerita pasal'drama' terbaru kami di Köln. 

blog2 yang belum sempat anies singgah tu, sabar ya... insya Allah pasti akan tiba....

daaa...

to be continued...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles