Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Köln | err... sightseeing... ?

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Bersambung dari SINI.

anies tak tau nak letak tajuk apa. sebabnya, bila tengok gambar, ianya tak spesific. maksudnya bukan satu tempat saja, tapi pelbagai tempat.

lepas tengok2 Kölner Dom, anies bergerak ke Museum Ludwig. salah satu tarikan yang ada di Cologne ni. lokasi dia cuma bersebelahan Kölner Dom. dari jauh lagi dah boleh nampak.

tanpa buang masa, anies terus tuju dengan harapan yang berkobar2 untuk masuk ke muzium ni. almaklum laa... masa kat London, Paris or Luzern, kaki ni memang tak jejak or singgah mana2 muzium pun. jadi dah ada kesempatan ni, baik anies masuk. tambah pulak, anies sorang2 kan... jadinya sambil jalan2 kita kutip ilmu... tak gitu cik jah?

apa kata kita berceloteh dengan gambar? baru lah syok kan?

sekali pandang macam bumbung KLIA kan? ishhh mana pulak KLIA nya... ni bumbung stesen kereta api Cologne... saja je snap gambar ni... nak habiskan kodak hahahaha...

kena jalan sikitlah kalau nak sampai Museum Ludwig ni... tak jauh pun... kalau korang kuak lentang pun boleh je sampai... tapi berani kah???

pintu masuk museum.


Oh, ya nak tanya sikit... korang kenal ke Ludwig ni sapa? tak kenal?? haipp... jangan google!! sila fikir sendiri boleh tak? acu ingatkan balik masa korang belajar sejarah dulu... ishhh tu la... banyak sangat semut korang telan tu... ni baru sikit anies test kepintaran korang tu... belum lagi anies suh jawab soalan teorem Pythagoras tu... mau melopong korang nanti hahahaha

dah, dah... meh anies cite sikit siapa Ludwig ni... Ludwig ni raja Bavaria sebelum berlakunya revolusi Jerman... hah... dah tau dah kan? korang sambunglah sendiri ya!


bahagian tepi muzium... suasana tenang je... orang pun tak ramai...

sebaik saja melangkah ke perkarangan muzium ni, korang akan nampak signage ni. Picasso. yap, rasanya tak payah lah cerita pasal Picasso ni ya. korang kalau tak kenal tu, memang nak kena tarik telinga.


FYI, kat muzium ni lah tersimpannya khazanah terbesar / terbanyak milik Picasso. dan dari apa yang anies faham, bukan semua koleksi Picasso dipamerkan setiap hari, setiap bulan. ada masa-masa tertentu. dan masa anies datang tu, pameran khas tentang khazanah Picasso sedang berlangsung kat dalam muzium ni...


yang ni pulak, kedai buku plus cenderamata. betul2 kat depan pintu masuk muzium.

tak tau ler... ada ke tidak novel SUAMIKU PENCANDAT SOTONG kat dalam kedai ni... kalau ada nak juga anies beli...😁😁😁😁😁😁

anies tak tau laa macam mana boleh tersnap gambar ni... rasanya lepas terfrust sebab tak masuk muzium ni kot.


sebenarnya macam ni... memang anies nak masuk. so, anies pun tanyalah berapa bayaran masuk. staf kat situ cakap 12 Euro for foreigner. pastu dia tanya anies, "are you student?"anies dengan senang hati terus geleng kepala. tapi sesaat pastu, menyesal tak sudah! why? kalau aniestipu sekalipun yang anies ni student bukan diorang tau pun. anies ada bawa kad matrik dan dalam kad tu tak ada tulis pun tahun belajar... arghhhh.... menyesal tak sudah... akhirnya berguling2 laa anies kat depan kaunter tu sambil meraung2 menghentak2 kaki macam budak tak makan saman... kalau guna kad matrik tu, bayaran masuk 4 hingget je... eh salah... 4 Euro je... arrghhh...

maka dengan hati yang berat, anies pun keluarlah dari situ. terkebil2 macam orang bingung. salah sendiri kan... pastu, kaki pun dihayunkan ke muzium ni... muzium ni sebelah je dengan museum Ludwig. anies tak ada niat pun nak masuk. cuma tengok2 je apa yang ada kat perkarangan muzium ni. yang dipamerkan kat situ adalah serpihan batu entah dari zaman apa ntah... anies malas nak snap. pastu, masuk sikit ruang hadapan muzium. ada kaunter kat situ. dan tertulis bayaran masuk untuk foreigner 8 Euro. tak ada pulak bayaran untuk student. anies pun dah tawar hati. lalu heretlah kaki ni ke tempat lain...😔😔😔😔

see? muzium ni sebelah Cologne Cathredal je. orang tak ramai kat dataran ni sebab mereka tumpu kat tempat lain. nanti anies share apa tempat tu ya!

tak jauh depan The Dom, nampak mende alah ni. macam tugu air pancut...

yang ni katanya The Roman North Gate...berhadapan The Dom. korang bacalah kat bawah ni yek!


okey tu je lah cerita kali ni. yap... gambar tak banyak. banyak rakam dalam minda je... pesen anies memang macam tu. kalau dah malas nak snap, snap dengan memori je laa... 😊😊😊 tambahan cuaca tengah sejuk. hati pulak rasa nak merayau2 lagi sebelum gelap mengambil tempat.

ke mana anies pergi lepas ni?

to be continued...

daaaa.....

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles