✿...السلام عليكم✿
Bersambung dari SINI.
sebelum tu, anies nak korang try sebut title entry ni kuat2. kalau betul sebutannya, anies kasi korang hadiah. sapa nak try, sila angkat disket!!! 😁😁😁😁😁😁
okey lah... mari kita sambung cerita jalan2 kat Cologne ni. oh ya, mungkin ada yang tertanya2, Cologne ni bukan ke pewangi yang selalu pakai lepas mandi tu?
yap betul. nama cologne tu sendiri berasal dari sini dan Cologne sendiri terkenal dengan penghasilan perfume. ada sebuah muzium perfume di sini tapi anies tak sempat nak singgah. insya Allah next time pergi Cologne nanti, kita masuk ya.... sapa nak ikut? sila angkat CPU!! (asik dok mengajak je... ntah2 ajak2 ayam je ko ni anies!)
gambar tak banyak untuk di share. kalau korang nak tengok suasana yang lebih happening kat area ni, Google je lah yek! bukan sengaja anies tak nak amik gambar banyak2 tapi masa tu dah ralit bershopping. dari satu ke ke satu kedai. semua ada sale. mana tak rambang mata dibuatnya!
sebenarnya anies tak tau pun kawasan ni adalah kawasan shopping. tapi sebaik saja nampak kedai ni... dalam kepala dah boleh agak... kalau korang pun sama kan? tak kan laa kedai macam ni nak letak kat area2 pasar malam kannnn...
ko tak masuk ke anies kedai ni? uiiii... memang nak masuk tapi'kak ros' tak ikut sama kan... jadinya anies tengok dari luar je laaaa 😀😀😀
lokasi kawasan ni senang je... kira2 100 meter je dari The Dom... kalau fulus korang berkepuk2, jangan lupa singgah tau...
antara kedai souvenir yang aniesrecommend sangat2 kalau korang dah sampai kat Cologne ni. lokasi dia pun senang juga. depan The Dom. jalan lebih kurang 50 meter je dah nampak. senang cerita, kedai ni betul2 kat depan hentian bas HOHO. lagi satu, penjual kedai ni (rasanya owner) orang Islam...
bila dah shooping kat sini, anies rasa dalam banyak2 tempat kat Europe ni, kat sinilah yang paling murah... barangan berjenama korang boleh dapat serendah 30 euro. farah pun akui yang kat sini memang murah. so tak hairan laa... dia pun banyak juga memborong kat sini😉 sampai nak delayed kan tiket kereta api semata2 belum puas shopping...
kedai2 kat sini tutup dalam pukul 8 malam. tak kira season apa. so, boleh sangat laa nak shopping sampai senget2 bahu...
masa ni orang tak ramai... oh ya... jangan risau pasal bahasa sebab kebanyakan penjual kat sini boleh cakap BI... nak tawar menawar pun, kena tengok kedai juga laa... macam kedai souvenir kat atas tu, pakai tawar menawar korang boleh dapat harga murah...
anies sendiri tak tau apa motif anies snap gambar ni hahaha...
well tu je laa untuk hari ni... 2 minggu tak update, keras kejung jari jemari... pasal BW, insya allah anies akan terjah kejap lagi ya...
daaa....
to be continued...