✿...السلام عليكم✿
Bersambung dari SINI.
Sungai Rhine dan Köln memang tak boleh dipisahkan. walaupun tak sepanjang Nil atau sebesar Amazon, tapi kerana sungai inilah, warga Cologne banyak mendapat manfaat daripadanya dan salah satunya adalah industri pelancongan.
kalau yu ols ke sini, ada masa try laa naik cruise yang disediakan dan menyusuri panorama indah sepanjang sungai ni.
lepas berjaya men'shopping'kan diri, merabakkan purse dan berjaya merembat seketul Hermès Birkin 35 Ostrich Bag Vert Anis, maka anies pun panjangkanlah kaki ke tepi sungai ni.
memula seram juga laa nak jalan sorang2 sebab kiri kanan bangunan tapi sunyi je walaupun jam baru je pukul 3 lebih tapi view sekeliling macam dah nak dekat pukul 7 petang. time winter... faham2 je laa kan...
so, jalan dan jalan... akhirnya sampai juga... kesejukkan makin bertambah bila kena bayu sungai. bila nampak cahaya matahari kemerah-merahan, anies sangkakan bolehlah nak jamu mata layan sunset. tapi nan hado. sunset berlaku kat arah lain. kalau sunrise, mungkin ya...
okey laa macam biasa, anies tepekkan beberapa gambar yang ada. tak banyak snap sebab masa tu lebih pada perasaan'insecure' sebab tak ada orang kat tepi sungai tu. anies tercari2 juga laa kot2 ada yang tengah berjogging ke, bersenam ke... hmmm... tapi elek!
yeayyy.. dah sampai San Fransisco... dah laaa verangan tak habis2... jambatan ni dan sungai Rhine... landmark yang memang tak boleh dipisahkan dengan Cologne.
kalau rasa Euro korang tu masih berkepuk2 lepas rembat Hermès Himalayan Nilo Crocodile Birkin, rasanya boleh laa kot korang leburkan kat cruise yang sedia menanti ni... (ko tak yah nak kelentonglah anies oii. ko sanggup ke nak tunggu setahun baru dapat beg tu? hahaha) macam mana nak naik cruise ni? alaaa Google kan hado... banyak je syarikat yang menawarkan service ni... maka rerajinkanlah ya tangan tu...
sekali tengok macam feri nak gi Langkawi je... tuttttt... alamak... kan dah terbocor rahsia... 😬😬😬
and the rest... selfie je laa...
p/s Hermès Birkin 35 Ostrich Bag Vert Anis.. silalah jangan percaya cerita karut itu... tapi percayalah, beg tu memang ada. lebih2 lagi ada nama Anis. ko tak jeles ke jah?? 😉😉😉
oh ya... tak khatam BW lagi... sabo yekk
daa...
to be continued