✿...السلام عليكم✿
Bersambung dari SINI.
hari berikutnya kami terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Cologne. berat hati nak tinggalkan kota ni sebab tak habis tawaf lagi... tapi apakan daya... iti dan tiket yang dah siap beli dan kami kena akur juga.
oh, ya! baru teringat... kepada blogger Salbiah yang sekarang berada kat Stockholm tu, kalau ko rasa nak singgah Cologne sebelum balik Malaysia nanti, ko jengah2 laa blog ni ya! mana laa tau... ko boleh jumpa 'Marka Reus kat Cologne tu... 😎😎😎😎😎
okey, sambung balik.
sama macam sebelum ni, kami pilih kereta api untuk ke sesuatu destinasi.
jarak dari Cologne ke Bruxelles (Brussels) ni cuma 2 jam je dengan kereta api dan sama sebelum ni, pengangkutan yang kami guna ni amat2 selesa dan berbaloi2.
mmm tak tau apa lagi nak ditulis... layankan je laa ya gambar2 ni... kebanyakannya gambar2 sepanjang perjalanan.
cekidaut!
tiket kami. macam biasa, kami dah beli siap2. print out tiket dan nanti tunjukkan pada train inspector bila dah masuk dalam gerabak.
stesen kereta api Cologne.... arghhh Auf Wiedersehen Köln 😭😭😭😭
gambar2 sepanjang perjalanan ke Brussels... kawasan yang bersalji ni, masih lagi dalam Jerman. bila dah masuk sempadan Belgium, kami dah tak jumpa salji lagi. tinggal pokok2 botak je... tapi view tetap mentennnn cantikkk... sorry laa sebahagian gamabr terpaksa kecikkan saiz sebab.. faham2 je laa kalau ambil gambar dalam keadaan bergoyang ni...
yang ni pulak, gambar2 bila dah masuk sempadan Belgium...
kereta api yang kami naik stop di Bruxelles Nord. then kami kena tukar platform untuk ke Bruxelles Centraal (BC). kali ni tak terkejar2 sebab platform pun tak jauh. dari info yang anies dapat, kalau korang turun kat sini, korang boleh naik mana2 kereta api untuk ke BC sebab BC adalah stesen terakhir...
stesen Bruxelles Centraal. Alhamdulillah... akhirnya sampai juga anies di bumi kelahiran pemain tenis favourite - Justine Henin... masa turun ni, tercari2 juga laa... mana laa Mignolet ni... dia kata nak tunggu... tapi tak muncul2... mmm... 😉😉😉
mem besar yang tak berapa nak besar😆😆😆
p/s kalau ada yang tertanya2 apa maksud title entry ni? maksudnya, selamat datang ke Belgium; dalam bahasa France dan Dutch. ini kerana bahasa rasmi Belgium adalah France dan Dutch manakala 1% bahasa Jerman...
okey... sampai sini je dulu...
thanks 4 reading...
to be continued..
daaa...