✿...السلام عليكم✿
Bersambung dari SINI.
lepas letak luggage, kami pun buat kata sepakat untuk 'berpisah'.
sebenarnya, farah, nurul dan dania cuma nak shopping kat Hard Rock Cafe je manakala anies nak jalan2 kat sekitar bandar sambil mencari landmark2 yang terkenal kat Brussels ni.
so, kami pun berpisahlah. sorang ke kiri dan dan 3 orang ke kanan.
dalam hati cuak juga laa nak jalan sorang2 ni. ye laa... tempat tak familiar.. so, bila nampak sekumpulan budak sekolah dengan cikgu diorang, dalam hati dah confident, ni mesti diorang nak pergi termpat2 menarik.
anies pun teruslah mengekor diorang. tapi bila sampai satu tempat, tiba-tiba diorang masuk dalam sebuah bangunan. bila mendongak, nampak perkataan'museum'... waaaa ni bukan tempatnya... adushhh macam mana ni... anies dah melilau tengok keadaan sekeliling. nak tanya orang... tapi rasa waswas...
pusing2... nampak Musical Instrument Museum... mmm... nak masuklah... tapi bukan masuk nak tengok barang2... sebaliknya nak masuk dan nak tanya ke mana arah yang betul untuk ke GP...
salah santu pintu masuk Brussels Centraal. otw balik, kami jumpa buskers berbakat... boleh main instrument... of coz... dan suara pun sedap!
jumpa tugu yang sama macam kat Cologne. agaknya diorang ni berpakat kot nak buat tugu yang sama... hahaha... sila jangan percaya...
tak tau laa apa nama tempat ni... orang dah sesat kan... tak sempat nak telek sana sini... kalau baca signage pun bukannya faham sebab mostly dalam France or Dutch...
musical instrument museum... credit image. tak dan nak snap guna camera sendiri sebab dalam kepala cuma nak cepat sampai GP je...
seronok lalu bawah pokok 2 botak ni... rasa cam pengantin tengah lalu bawah bunga manggar kah! kah! kah!
tengok perkataan Bibliotheque tu, otomatik kepala teringat Bibliotheca Alexandrina kat Iskandariah. korang boleh skodeng entry-nya kat SINI.
taman apa entah... tapi cantik... kalau musim bunga sure berganda2 cantik agaknya... luas pulak tu... tak pasti, boleh masuk ke tak taman ni... kiri kanannya gabungan bangunan lama dan baru...
okey... selpie seketui tanda mem besar tengah cuak lepas call polis bantuan kah! kah!
well, di kesempatan ni, anies nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN kepada semua rakan2... moga2 ibadah yang hadir setahun sekali ini, akan dapat dilaksanakan sesempurna yang boleh. juga, mohon maaf banyak2 andai ada salah silap yang sengaja atau tidak disengajakan...
RAMADAN KAREEM 1438H