✿...السلام عليكم✿
Sebelum sampai di bumi London ni, anies ada laa baca beberapa info pasal tempat shopping murah. dan Bayswater salah satunya.
bila dah sampai, memang sama sekali tak menyangka yang kami akan menginap kat sini. so, muka ada banyakkkk senyum laa... tak payah buang duit tambang nak pergi jauh2 (bab2 gini pun kena berkira juga)
lagi pun anies bukannya nak shopping LV, Gucci, Hermes bagai... next time laa... kita datang dengan Menteri Kewangan ke, sugar daddy ke, kekasih gelap ke... haaaa... masa tu baru syok nak shopping kat Harrods... 😁😁😁
cara paling senang dan mudah nak sampai Bayswater - dengan Underground. sure tak sesat punya...
kiri kanan kedai. ada juga restoran. pelbagai jenis hidangan. Thai, Itali, Inggeris... nak masakan Melayu, pergi je kantin Malaysian Hall.
pantang jumpa bunga. bukan beli pun. sekadar nak cuci2 mata dan nak habiskan kodak je...
kedai souvenir pertama. sehari sebelum, anies dah singgah. tapi tak beli pun. sekadar survey harga. bila dah jumpa kedai yang paling murah (murah laa sangattt), so tak payahlah kita nak buang masa kan. terus je tuju kedai tu dan beli. tambah pulak, kami ni tengah kejar masa.
ada yang murah ada yang mahal... tepuk dada tanya purse, cukup ke tak?
kedai kedua. farah dengan nurul nak cari sweater...
yang in enterprem je... dah dapat barang yang dikehendaki, lega dah. tunggu sumbat dalam beg je. oh, ya, kat kedai2 souvenir ni boleh tawar menawar ke? tak boleh sebenarnya. tapi kalau korang dah beli banyak2 tu, mintak barang lebih sikit laa. contoh, korang beli keychain 20 bijik = 10 pound. korang mintak laa extra 2 3 bijik tapi dengan harga yang sama.
dari kedai souvenir, kami ke Whiteley's. jalan kaki je. kat sini kalau nak cari barang branded memang ada. murah ke mahal? tengok keadaan laa. kalau korang datang masa Krismas, mungkin ada sales kot.
dalam Whiteley's...
tengok purse, ada laa sikit baki duit pound. moh ler kita leburkan kat kedai ni. tapi dalam pada tu, otak sempat menyindir, "muat ke nanti luggage tu... jangan terlajak berat sudah ler..."
selesai membeli belah, kami pulang semula ke hotel...
to be continued....
thanks 4 reading...