Quantcast
Channel: Aniesβ™₯You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1683
↧

It's hard to say... good bye 😭😭😭

$
0
0
✿...Ψ§Ω„Ψ³Ω„Ψ§Ω… ΨΉΩ„ΩŠΩƒΩ…βœΏ

Last entry.

ya... entry terakhir untuk jalan2 ke Europe. boleh tarik nafas lega sekarang... huuuu haaaaaaaa...

Alhamdulillah... rasa terlepas 1 beban atas bahu. ceh, mengalahkan student postgraduate yang baru siapkan final tesis... hahaha...

sebenarnya trip ni tak dirancang pun. segalanya bermula bila farah 'jumpa'offer MAS bulan 8 tahun lepas. return flight KL - London tak sampai RM 2k. beria dia ajak. tapi anies sengaja keraskan hati. sebab masa tu tengah kerja. mana nak fikir tugas, mana nak fikir cuti. London kot. kalau negara2 ASEAN tu lain laa... fikir punya fikir, akhirnya anies bersetuju juga. bersetuju pun sebab 1 perkara je. tiket. ya, barangkali tiket yang murah tu adalah rezeki kami.

bila dah beli tiket, masa tu laa macam orang separa bengong. kita nak pergi mana ni? tak kan London je kot. seminggu kat London? oh no...

jadi mulalah plan nak ke mana. dari London, ke Paris. pastu ada yang teringin nak ke Swiss. eh, dah alang2 sampai Swiss tu, baik singgah Jerman.... dan seterusnya sampailah fasa terakhir iaitu booked hotel.

dari bulan 8 2016 hingga bulan 1 2017, boleh katakan hari2 dok cerita pasal trip ni. ye laa... sorang di KL, sorang di Kedah. dalam tempoh tu, kami cuma jumpa sekali je. selebihnya telefon dan WhatsApp yang jadi penghubung.

Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan. dari mula hingga akhir...

nak bebel apa lagi?

korang tanya laa apa2 je soalan. insya allah, anies akan cuba jawab sebaik mungkin...

luggage kami sebelum check in balik. korang tengok laa tu, betapa sihatnya mereka walaupun duduk obersi seminggu je hahaha... kalau duduk sebulan entah macam mana agaknya. sampai terlajak berat tu... masa ni kitorang dah sampai terminal 4, Heathrow. tinggal 2 jam je lagi nak berlepas. flight kami pukul 11++pm

kuih muih kat kantin Malaysian Hall. boleh agak tak berapa pound campur dengan teh tarik tu? 3 pound yu olss... tolong jangan convert to RM πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

antara benda wajib adaΒ kalau bercuti musim sejuk. and wajib pakai setiap masa.

yang ni memang sangat2 membantu. korang boleh cari kat Daiso. satu lagi, handwarmer. tapi yang tu anies tak beli.

dari kiri, nurul, farah, kak eida, dania and me. kak eida dan dania ni adik beraik. diorang duduk kat London and banyak bantu kitorang. terima kak Eida. terima kasih dania...

bye Heathrow, bye London... bye semua... mudah2an ada rezeki kami untuk jejak kaki ke sini lagi... insya allah...

😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭

thanks 4 your comments. thanks for reading...

daaaa
↧

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1683

Trending Articles