✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI. jangan malu2 ya kalau nak selak
pada mulanya, anies booked hotel lain. tapi entah macam mana, rupa2 nya booking tu kena reject. nasib baiklah anies cepat perasan. kalau dah sampai ke Taichung baru nak perasan, tidur kat stesen kereta api laa nampaknya.
hotel ni nama je VIP tapi tak de laa sampai dapat layanan bak VIP hahaha... lokasinya jauh sikit dari Taichung Railway Station (lebih kurang 9 minit berjalan kaki) tapi masih larat lagilah nak tarik luggage. ada laluan short cut tapi macam biasa laa... dah balik baru tahu. 😆
pun begitu, kami bersyukur sangat2 sebab hotel ni sangat2 dekat dengan Gancheng Bus Station. jadinya memang ada hikmahlah kenapa hotel yang 1st booking tu kena reject.
sama seperti sebelum ni, kami dah bayar siap2. so tinggal tunjuk passport dan no. booking. then terus dapat kunci.
well, anies recommend tak hotel ni untuk kitorang kalau stay kat Taichung? sangat2 recommended sebab bukan sahaja dekat dengan stesen bas dan stesen kereta api, hotel ni juga dekat dengan beberapa tempat menarik. tapi kami tak terjah pun tempat2 ni sebab... 1st, letih. 2nd, kami stay kat Taichung ni tak lama. tak sampai pun 20 jam, dah angkat kaki. so lepas mandi, solat, gosok baju dan makan, kami terus zzz...
sebelum tu, antara kemudahan yang disediakan oleh hotel ni adalah:
-free wi-fi (tapi slow ya amat!! yang peliknya nina dapat pulak access! grr...)
-breakfast
-luggage storage
-smoking area
-safety deposit box
-dry cleaning
-toileteries
-keetle
-elevators
-24 hours front desk dan banyak lagi...
dan macam biasa, anies share kan sebahagian gambar bilik kami kat VIP hotel ni... sebab anies tahu korang suka tengok gambar sambil baca caption, kan? kan??
alkisah, masa dah nak dekat sampai hotel ni, kami masih lagi tanya orang ramai. serius, kami tak nampak langsung signage hotel ni... adudududu... hotel ni ada 12 tingkat dan bertaraf ⭐⭐⭐
main lobby / front counter... ada staf diorang yang boleh speaking. ada yang tak tahu langsung. so kami berkomunikasi macam itik dengan ayam laa... (sik baik hensem len chai kat front counter tu. kalau tak memang kena kecam hahahaha)
hotel ni turut menyediakan breakfast. hmmm tak tahu laa kenapa anies snap gambar macam ni... memang sengaja nak bagi kepala korang teleng kot?
bilik kami di tingkat 7. ada tingkap (bidai putih), sangat luas dan selesa. memang berbaloi baloi...
antara kemudahan dalam bilik yang disediakan...
macam biasalah... tv tu cuma pak pacak je...
oh ya! dinding belakang tu bukan papan ya tapi wallpaper. cantik kan? anies memang suka deco macam ni sebab nampak ciri2 klasik. so sapa sama taste dengan anies dalam bab2 macam ni? angkat disket please...
bilik air bersih - antara keutamaan yang perlu diambil kira. semua toiletries lengkap dan paling penting, air mesti laju. kalau tak laju baik mandi perigi je...
shower room
peti ais cinonet... bila tiba kat Taiwan ni kan, baru anies perasan diorang ada macam2 jenama barangan elektrik dan semestinya kami tak pernah dengar langsung! contohnya macam peti ais ni laa... nama beliau adalah HOMESUN. beliau ni mungkin adik beradik dengan home run kot...
okey, tu je laa cerita pasal penginapan kami kat Taichung ni. bagi yang tertanya2, Taichung ni terletak kat mana? Taichung ni berada di tengah2 Taiwan. kalau tak silap, ia bandar ke-4 terbesar di Taiwan selepas Taipei, Koahsiung dan Taoyuan (kalau salah info tolong betulkan ya!)
oh ya, harga bilik kami? RM115.13 per night (double bed). harganya mungkin berubah mengikut keadaan semasa seperti currency, musim perayaan etc.
alamat: No. 5, Section 1, Shuangshi Rd, Central District, Taichung, Taiwan, 40046.
no. tel: +886 4 2229 6151
thanks 4 reading... have a nice weekends everyone!