Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1682

Test mata dan otak @ Museum of Illusions, Bukit Bintang KL

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Pertama sekali nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada bloggerKhir Khalid atas pemberian 2 tiket masuk ke muzium ni. anies dapat tiket ni sebab ada komen kat entry en. khir... kalau tak silap laa... apa2 pun tiket ni dah selamat di redeem pada Sabtu 2 minggu lepas...

tak lupa juga terima kasih kat blogger SalbiahM sebab sudi teman. saja je ajak dia dating sebab dari hari Spain terhumban dari WC 2018, dia makan tak lena, tidur tak basah, mandi tak kenyang... jadi sebelum dia ambil keputusan untuk belasah Sergio Ramos, baik laa anies ajak dia relaks2... tenang2 fikiran hahaahhahahaha

okey, berbalik kepada tajuk... muzium ni tak sama macam muzium yang korang selalu pergi tu... macam Muzium Negara ke, Muzium Kapal Selam ke... no no 100% tak sama sebab muzium ni terletak dalam bangunan hotel. acaner tu?

lokasinya dalam bangunan Star Hill (selepas renovation) kalau naik MRT, turun kat stesen Bukit Bintang. ikut exit ke Pavilion. keluar je, korang akan nampak signage muzium ni. senang, kan?

hmmm apa lagi ya nak anies cerita? korang layan gambarlah sambil baca caption, okey!

tiket + main entrace... muzium ni terletak dalam Ansa Hotel, Bukit Bintang...

entrance

visiting hours + entrance fee... don't forget to bring along your ID card...

lets explore!

cantik kan dapat snap gambar macam ni tanpa sebarang filter 360? macam mana nak buat ni, anies? haaa datang je lah ke muzium ni! sesuai sangat buat gambar DP... mesti ramai jeles😆😆😆





















yang ni memang menarik. kalau pergi ke satu sudut, korang akan nampak sebuah kotak. then beredar ke satu sudut, korang dapati kotak ni berubah jadi segitiga! kalau bawa anak2 rasanya dampai ke sudah dia akan tanya macam mana kotak ni boleh berubah😆😆😆

ada macam2 aktiviti untuk test otak dan mata kat tingkat bawah muzium...

apa yang korang nampak? tapi kan... bila korang tengok dekat2 korang akan dapati gambar ni...............

jom kita ke tingkat atas...

tengok dari dekat memang tak nampak apa2... tengok jauh sikit... laaa orang tua ni ke?

what do you see? 

macam mana boleh jadi banyak warna ni?? hah... kenalah datang sini!

dari tepi gambar ni macam timbul. bila tengok depan2, dah berubah wajah. jadi orang lain...

anies panggil ni terowong pening. korang kena melintas janbatan tu sambil dinding sekeliling berputar! jangan berhenti! kalau tak korang lagi bertambah pening.

dalam infinity room. ada banyak cermin dan lampu2 seolah2 korang berada di angkasa lepas...

setiap aktiviti atau bahan pameran disertakan dengan info dan instruction. so, korang tak payahlah nak perah otak macam mana ni berlaku macam mana tu terjadi... ;-)

setiap bahan pameran membuatkan pengunjung tertanya2...adakah semua ni kebetulan atau silap mata?

antara aktiviti merangsang minda... boleh duduk berjam2 kat situ untuk selesaikan kiub2 ni...

kami turun semula ke tingkat bawah...

front counter dan kiosk mini yang menjual pelbagai souvenir. anies sempat sambar FM je...sebagai kenangan...

okey tu je laa cerita kami... so, kalau korang dah sampai Bukit Bintang kelak, jangan lupa singgah sini tau! bawa anak2 sekali supaya mereka dapat timba ilmu dalam suasana yang berbeza.

thanks 4 reading... daaa

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1682

Trending Articles