Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1683

Hampir setengah abad berkhidmat... tahniah Cikgu Nor!

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Terbaca kat blog Etuza tadi, tiba-tiba anies teringat berita gembira minggu lepas masa balik kampung.

alkisah... cikgu tadikaanies dulu dapat hadiah mengerjakan umrah pada bulan depan atas khidmat dan bakti yang dicurahkannya selama ini.

kami panggil beliau Cikgu Nor. kalau korang nak tahu, dia mula jadi cikgu since pak cik anies kecik lagi. sekarang pak cik dah masuk 40++. bayangkan berapa lama dia berkhidmat sebagai guru tadika?
agaknya kalaulah beliau bekerja sebagai pegawai kerajaan, pasti berderet-deret anugerah khidmat cemerlang diterimanya. pasti bertingkat2 jawatan disandangnya.

tapi apa yang anies nak tekankan di sini bukan pasal anugerah, bukan pasal berapa lama dia berkhidmat, bukan pasal pangkat yang dikejar, tapi pasal dedikasi, komitmen dan kecintaan beliau terhadap tugas dan amanah yang diberi ke atasnya. bukan senaaaaang nak istiqamah dalam satu landasan.

umum pun tahu, gaji seorang guru tadika bukanlah lumayan sangat. lebih2 lagi berkhdmat dengan tadika swasta yang mana sumber pendapatannya bergantung pada yuran bulanan. namun pada anies, Cikgu Nor bukan pandang pada gaji tapi baginya kejayaan anak bangsa hasil didikannya, adalah penyebab utama mengapa beliau kekal sebagai guru tadika melebihi 40 tahun.

melihat anak2 murid boleh / mampu mengenal huruf, membaca, menulis, mengira, menghafal doa-doa, mengaji dan sebagainya adalah kemuncak kepuasan tak terhingga dan tak terucap dengan kata2. pendek kata, semua ini tak mampu dibeli atau ditukar dengan wang ringgit.

jadi, di kesempatan ini anies nak ucapkan terima kasih daun keladi kepada Cikgu Nor yang banyak membimbing, mengajar dan memberi ilmu kepada anies dan lain-lain. anies akui, kerana didikan Cikgu Nor jugalah, anies dah boleh membaca dan menulis seawal usia 5 tahun (anies masuk tadika pada akhir tahun - usia 4 tahun++).

semoga dengan hadiah tajaan umrah ini, boleh sahaja melonjakkan moral tetapi membawa nilai mabrur yang tak terhingga buat Cikgu Nor!

salute!

gambar tak ada kena mengena pun dengan cerita. tapi kalau nak tahu fasal gambar ni, boleh klik kat SINI ya...

thanks 4 reading!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1683

Trending Articles