Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1682

再见台湾 : itinerary ringkas 6D 5N @ Taiwan

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sebelum tu, tarik nafaspanjang-panjang... fuhhhhh... fuhhhhh...

alhamdulillah... sampai juga ke entry terakhir jalan2 Taiwan. Lap peluh, lap ketiak, lap pelipat hahaha...

well, sama macam sebelum ni, aniesakan kongsikan itinerary ringkas kami sepanjang berada kat Taiwan, 6D 5N.

Jujur cakap, anies memang excited nak share itinerary ni sebab anies nak orang lain dapat manfaat atas perkongsian ni. Walaupun tak 100% sempurna, walaupun 100% tidak memenuhi kehendak kami (dan mungkin anda juga), tapi cuma seperkara yang anies harapkan, apa yang dikongsikan ni kita sama-sama dapat kebaikan, pahala dan manfaat.

Kami mula beli tiket pada penghujung November 2017. alhamdulillah, masa tu dapat tiket murah Malindo Airke Taiwan. Tapi kami beli sehala je. Untuk return, kami tunggu sampai Februari 2018. Alhamdulillah, dapat murah juga. Terima kasih Asia Asia! TAPI, tiket murah return ni AA tak announce pun kat website.

suatu hari, anies dapat emel / notification dari Sky Scanner yang mengatakan, ada tiket murah ke Taiwan. then anies terus check web site AA dan memang betul apa yang dikatakan. tapi, masa tu terlambat 5 minit nak confirm beli. kalau masa dapat notify (on the spotanies terus beli, anies boleh dapat harga RM290. sebab lewat, harga terus naik jadi RM308++... arghh... frust jugalah masa tu. tapi apa nak buat. tak ada rezeki. tapi Alhamdulillah, harga yang kami dapat ni tak semahal harga2 yang pernah kami survey sebelum ni (ada sampai RM500++ sehala). so, moral of the story, tolong download apps Sky Scanner hahahaha... sempat iklan...

Untuk hotel pula, kami start buat survey lepas beli tiket flight. Kami juga sedia maklum, harga hotel pasti melonjak sebab tarikh kami berada kat sana jatuh pada weekends dan Labour Day. Part cari hotel murah ni, sampai bulan Mac 2018 masih tak complete lagi. Yelah, dah jumpa yang murah bulan ni, tetiba bulan depan ada yang lagi murah. Mana tak pening! Lagi satu, lokasi hoteljuga mainkan peranan. Takkanlah kita nak pilih hotel yang jauh, kan? Lainlah lutut kami ni diperbuat daripada besi. No hal kalau nak menapak jauh.

Since kami ni duduk berjauhan, WhatApps dan call sahajalah yang jadi penghubung. nina kat Penang, anies kat KL. Dalam tempoh lebih kurang 6 bulan, kami jumpa sekali je. Time tulah kena ambil peluang betul2. Bincang dari A sampai Z.

Alhamdulillah, everything went smoothly. Kami pergi dan pulang dengan selamat (fulus je yang tak berapa nak selamat) hahaha

Dan kesempatan ni, anies nak ucapkanterima kasih pada blogger ninaatas kerjasama, wang ringgit, titik peluh dan etc. yang dicurahkan untuk menjayakan trip ni... sob sob... sebaklah pulak... dan saya minta maaf banyak2 atas salah silap saya sepanjang 6D 5N kita bersama... yelah, kadang moody tak tentu pasal, kadang marah naik hangin, mengamuk bak puting beliung, kadang merajuk macam budak kecik nak coklat, kadang tercubit, tertampar hahahahhaa (ni semua poyo!😂😂)

akhir kalam... bila nak siap iti ke Kashmir ni, nina? Ops!!! hahahaha...

>>::<<

itinerary ringkas 6D 5N @ Taiwan

26 April 2018
💚berlepas dari KLIA dengan Malindo Air (6.50 am)
💚mendarat di Taoyuan Inter. Airport (10.40 am)
💚naik MRT ke Taipei Main Station (TMS). Beli Easycard, tiket kereta api dan THSR.
💚ke Carrefour Guilin Store beli barang2
💚menginap di Poshpacker hotel (1 malam)
entry2 berkaitan, klik di SINI, SINI, SINI, SINI


27 April 2018
💚check out hotel
💚ke TMS, naik bas ke Yangmingshan National Park. Berada di YNP kira2 3 jam.
💚kembali ke TMS. Singgah Chiang Kai-Shek Memorial Park dan Daan Park.
💚kembali ke TMS dan naik tren ke Taichung.
💚tiba di Taichung Raiway Station (5.20pm)
💚check in VIP hotel (1 malam)
entry2 berkaitan, klik di SINI, SINI, SINI, SINI, SINI


28 April 2018
💚check out hotel
💚beli tiket bas di Gan Cheng Bus Station untuk ke Chingjing Farm.
💚ke Chingjing Farm (berada di sini kira2 2 jam)
💚dari Chingjing Farm ke Puli Bus Station dengan bas.
💚dari Puli Bus Station ke Sun Moon Lake (SML) dengan bas
💚menginap di Tan Hui Modern Hotel (2 malam)
💚merayau2 sekitar SML
entry2 berkaitan, klik di SINI, SINI, SINI, SINI


29 April 2018
💚sarapan di hotel
💚beli pass SML di Shuishe Visitor Center
💚ke SML Ropeway, naik ropeway ke Farmosan Abroginal
💚selesai naik ropeway, berjalan kaki ke Ita Tao Pier
💚naik bot merentasi SML
💚rehat dan solat
💚aktiviti berbasikal hingga ke Xiangshan Visitor Center and return
💚membeli belah di sekitar SML
entry2 berkaitan, klik di SINI, SINI, SINI


30 April 2018
💚check out hotel dan bersarapan di hotel
💚beli tiket bas ke stesen THSR Taichung
💚tiba di stesen THSR Taichung, naik THSR ke Taipei.
💚tiba di TMS, drop luggage di hotel, lunch di restoral halal.
💚solat jamak di surau TMS
💚ke Sun Yat Sen Memorial Hall,
💚ke Taipei 101
💚ke Shilin Night Market
entry2 berkaitan, klik di SINI, SINI, SINI, SINI, SINI


1 Mei 2018
💚check out, drop luggage di hotel
💚sarapan di restoran halal Chang's Beef Noodle
💚ke TMS, naik MRT ke Taipei Zoo / Maokong Gondola
💚beli tiket, naik gondola, bersiar-siar di sekitar Maokong Gondola
💚naik MRT, berhenti di stesen Dr. Sun Yat-Sen Memorial Hall untuk menikmati Ice Monster
💚kembali ke TMS, ke hotel untuk collect luggage
💚bertolak ke airport
💚flight airbus AA, berlepas pukul 11.30 malam
💚tiba KLIA 2 - 4.30 pagi, 2 Mei 2018.
entry2 berkaitan, klik di SINI, SINI

Bajet:
💜flight tiket (return) – RM710++
💜5 buah hotel – RM1100++ (bahagi 2 orang)
💜transport – RM200++
💜lain2 (makan minum, souvenir, entrance fees, etc) – RM600++
::total RM2000++ per person

kami balik naik Air Bus pada hari tu sebab penumpang ramai termasuklah budak2 sekolah (kumpulan pancaragam rasanya)

dari TMS ke airport, sama macam waktu kami sampai. naik airport MRT. tambang FOC. macam mana nak dapat tambang FOC ni? boleh baca kat SINI.

kaunter check in TAO. memang panjang queue malam tu. tapi tak delah sampai kena tunggu lama... 

extra info: nak cari souvenir murah kat Taipei, cari kedai ni. kedai underground TMS. kat sini banyak pilihan. dari yang murah sampailah harga yahudi...

surau TMS. sebelah locker. sebelah parking lot. di tingkat bawah TMS. surau ni tak ada tempat berwuduk. akan tetapi ada bilik air khas untuk berwuduk bersebelahan tandas TMS. jarak lebih kurang 5 - 8 meter dari surau. means, korang kena ambil wuduk kat luar. kalau pintu bilik air ni dikunci, korang minta kebenaran dari cleaner. nanti diA akan bukakan pintu. (kalau pakai tudung, tak payah cakap banyak pun tak apa sebab dia tahu korang memang nak ambil wuduk)

okey..tu je perkongsian hari ni...
thanks 4 reading!


p/s kalau ada soalan berkaitan, boleh drop komen kat bawah ya...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1682

Trending Articles