✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Outdoor activity pertama lepas puasa dan raya... Alhamdulillah, diam tak diam, dah 9 outdoor activities anies join untuk 2019 ni. fuhhh ni yang rasa bersemangat waja! walaupun dapat pakai kebaya masa raya hari tu, tapi tetap tak puas hati sebab tak dapat pakai kebaya nyonya. hahahahaha... tunggu raya 2022 laa nampaknya... dah start mengarut daa...
asalnya tak plan pun nak join tapi kalau tangguh lama2 alamatnya semua ke laut dalam. so seminggu sebelum raya baru anies register.
namun sehari sebelum event, kitorang dapat perkhabaran yang running shirt tak dapat diedarkan kerana 'tersekat' kat kastam. so organizer decide nak teruskan juga memandangkan finisher medal dah ada.
so, pada pagi kejadian, buat pertama kali anies tengok para peserta datang dengan pelbagai jenis baju. yang pakai dress pun ada. selain tu, yang pakai cosplay Captain America pun ada.
event dimulakan dengan zumba. lepas tu, chief organizer beri ucapan dan minta maaf kepada semua runner kerana masalah t-shirt. anies tengok para peserta okey je. dan sebagai tanda minta maaf, para peserta boleh join event seterusnya FOC. manakala t-shirt pula akan dipos minggu berikutnya.
bagi anies, not a big deal kalau pihak organizer bertanggungjawab atas sebarang kesilapan. bukan diam membisu 1000 bahasa.
then, 7.45 am baru pelepasan dibuat. tapi baru masuk 1KM pertama, hujan pun turun selebat-lebatnya. otomatik mood nak berlari down sebab kasut dah berat sebab masuk air. memang bahaya kalau berlari dalam keadaan macam ni selain berisiko tergelincir atau jatuh tersembam
akhirnya sampai ke sudah para peserta just berlenggang kangkung je. sampai ke finishing line, hujan masih lebat.
satu perkara nak puji organizer ni, diorang sediakan makanan dan minuman 'berat' yakni takoyaki dan milk bubble. fuhhh... lemak2 yang hilang masa berlari tadi terus tambah balik hahaha...
lepas makan, hujan masih lebat. bila semua runner tiba, barulah majlis penyampaian hadiah disempurnakan.
oh ya, event kali ni cuma ada 2 kategori sahaja. 5KM dan 2.5KM je. 10 peserta terawal yang tiba di garisan penamat akan menerima hadiah wang tunai berserta mahkota (crown).
selain hadiah untuk pemenang, organizer turut menyediahkan lucky draw. hadiah terbesarnya adalah percutian ke Pulau Perhentian.
event selesai pukul 9.45am. dalam hujan masih turun dan baju basah, anies perlahan2 bertolak balik walaupun rasa tak selesa... apa nak buat... redha jelah kena mandi hujan...
gambar yang sempat anies snap ni ada yang blur sebab hp kena air... bertabahlah ya...
main stage. sampai ke sudah tak guna pun sebab hujan...
masa ni event tak mula lagi. tengoklah langit tu... macam nak runtuh gelapnya...
event sebegini memang tak sah kalau tak dimulakan dengan zumba... anies pun bukan ikut sangat zumba ni. sebab kadang2 step zumba ni lebih kepada tarian... so memang taklah nak bergelek depan orang ramai hahahaha...
pelepasan peserta untuk kategori 5KM. masa ni hujan belum turun lagi...
sorry gambar gegar... peserta 5KM memasuki kilometer pertama. dah rintik2 dah masa ni... oh ya, event ni berlangsung bersebelahan Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka... walaupun namanya DreamsGirl, tapi ramai je lelaki yang join...
ni lah rupa gambar hp bila kena air (wap air termasuk dalam lens camera)... memang blur habis! milk bubble dan takoyaki. dah penat2 pastu hujan, memang syok laa layan semua ni... thank you organizer sebab sediakan takoyaki ni. tak pernah lagi mana2 event yang anies join dapat makan sedap macam ni. selalu dapat roti dengan air mineral je. selain takoyaki ada juga cucur, air coklat dan biskut coklat.
sijil penyertaan dan beberapa voucher percuma khas untuk runner...
last but not least, finisher medal yang beratttt... kurlasss ko maria... hari tu dah dapat beg LV (boleh baca kat SINI) , laa ni dapat kasut Gucci... ko hado? hahahaha...
okeylah, tu je nak share dengan korang...
happy weekends...
thanks 4 reading...
daaaaa...