Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Pekena durian cendol @ Durian King, TTDI

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Dah lama nak makan durian cendol kat sini tapi tu laa... asyik lalu lalang je depan Pasar Besar TTDI tu. singgahnya tak.

so, lepas balik dari open house (dah habis raya pun ada open house lagi. dasat betul orang kita ni beraya) kelmarin, kitorang terus ke sini walaupun terpaksa redah jammed.

lokasi Durian King (DK) ni senang je. sebelah (dalam) parking lot Pasar Besar TTDI. kalau datang awal macam kami (2.00 pm), pelanggan memang tak ramai. and order pun dapat cepat. lagi satu, DK ni sepanjang tahun ada stok durian even bukan musim durian.

yeayy... masa untuk lupakan diet... hah? diet? apetu?

kita close up sikit supaya korang terliurrrrr.... kat sini isi duriannya dah siap dibuangkan biji. kalau tempat lain dia letak seulas sekali dengan biji. 

macam mana rasanya, anies? 👍👍👍👍👍 kalau nak repeat, no problem. janji korang sudi belanja anies😆😆😆😆😆

budak baru bangun tidur nak pekena cendol juga...

kalau tak nak makan cendol, bolehlah jamu mata dengan pelbagai jenis durian yang dijual. nak makan kat sini pun boleh. nak tolong kopekkan durian pun boleh. nak tapau pun boleh. hutang je tak boleh😆😆

macam anies cakap, datang awal so pelanggan belum ramai lagi...

kalau nampak bumbung merah kat belakang tu, maknanya betullah lokasi tang korang terjah ni... tapi jangan keliru juga. Pasar Besar Gombak pun design and bumbungnya sama dengan Pasar Besar TTDI ni!😀😀😀

nah, ni harga cendolnya... makanlah sampai perut sama tingginya dengan Gunung Everest😆😆😆

okeylah tu je nak share... oh ya sebelum tu, parabéns a Allison Becker e Roberto Firmino por vencerem a Copa América esta manhã!🏆🏆🏆🏆


thanks 4 reading
daaa

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles