Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1682

Larian Durian 2019

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Join event ni sekadar suka2 je sebab para peserta dikehendaki berlari bersama durian! kiranya macam sukaneka tapi dalam skala lebih besar. hahaha...

anies difahamkan event sebegini adalah pertama kali dianjurkan oleh pihak Bangi Golf Resort (BGR). so, bila cakap fasal golf, automatik dalam kepala dah boleh agak, larian ni akan berlangsung kat padang golf.

yap memang betul kami berlari kat padang golf tapi bukannya kat tengah2 padang tu. ada route tertentu yang perlu kami ikuti dan pastinya ia mengelilingi kawasan golf.

jarak laluan tak panjang. cuma 4.5KM. walaupun route pendek je tapi anies tengok bukan semua peserta mampu berlari. bukan sebab berat durian tapi sebab 'bentuk muka bumi' BGR yang pastinya tak rata macam padang biasa. turun naik turun naik 'bukit kecil' memang betul2 mencabar dan melelahkan. syukurlah cuaca hari tu redup je. disebabkan itu akhirnya durian run dah bertukar menjadi 'walk with durian' hahaha...

oh ya, larian durian ni merupakan sebahagian program dalam Durian Festival & Award 2019 yang diadakan / dianjurkan BGR. para pengunjung berpeluang untuk membeli pelbagai jenis durian termasuklah Musang King, Black Thorn, D24 dan sebagainya. turut dijual adalah anak benih durian, buah-buahan tempatan serta pelbagai food truck disediakan untuk pengunjung.

collect bib 2 hari sebelum event berlangsung. tiada running shirt diberi kali ni kerana.... (scroll down)

sebelum para peserta berlari, mereka dikehendaki mengambil durian masing-masing. dewan BGR ni semerbak bau durian

macam biasa, sebelum berlari, berzumbalah kita...

para peserta dah tak sabar nak lari sambil bawa durian. macam mana agaknya gelagat diorang ya?

macam2 gaya bawa durian. isi dalam beg, isi dalam plastik, isi dalam bakul etc.

selain kena bawa durian, pasa peserta digalakkan pakai costume. ada hadiah menanti untuk pakaian / costume terbaik. 

tak larat dah nak lari. asyik turun naik turun naik bukit je...

salah satu cara berlari dengan durian adalah, meletakkan durian dalam pasu gantung hahaha kreatif kan?

food truck

gerai jualan buah-buahan tempatan, anak benih etc.

alhamdulillah... selepas beberapa kali join event berlari, akhirnya merasa juga lucky draw prize... terima kasih BGR!

mesti korang tertanya2 kan? macam mana anieslari bawa durian? ni haa... letak terus dalam bakul! hahaha... mula2 rasa macam dah okey, tapi bila dah berlari terasa menyesal sangat. lenguh beb nak angkat durian ni. dah lah dapat durian bersaiz besar. berat pula tu. rasanya mahu sampai 1KG kot? nasib baik tak tercabut tangan hahaha...

ni laa durian yang aniesdapat tu... patutlah berat. tengoklah besar ke tak dia punya isi... rasanya? uiiii memang sedap! pahit2 manis gitu. still ada dalam peti ais sebab cadang nak buat bubur kacang hijau durian weekend nanti...

.... (sambungan) para peserta diberi finisher t-shirt sebaik tiba di finishing line...

finisher medal pun bentuk durian cuma tak ada bau durian je hahahaha...

p/s maaf laa ya kalau gambar kelabu asap. remember, hp anies masuk air hari tu? so bertabahlah ya...

okey tu je nak kongsi hari ni... BW akan kayuh perlahan2...

thanks 4 reading
daaa

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1682

Trending Articles