✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
dari Đà Nẵng Museum of Cham Sculptures, kami singgah ke destinasi kedua yakni Love Bridge atau Love Lock Bridge. jarak dari museum ke sini cuma 300 meter je (berkenderaan).
apa yang menarik kat Love Bridge ni? hmm bagi yang tak mabuk cinta, mungkin biasa2 je kot tempat ni. ia bukan jambatan sebenarnya tapi lebih kepada the wharf yang didirikan di pinggir Sungai Han.
pada pagar Love Bridge ni dipenuhi 'love padlock', sama macam korang jumpa kat Namsan, South Korea, kat Asiatique, Bangkok atau mana2 tempat seluruh dunia.
macam mana nak dapatkan love padlock ni? jangan risau, kat sini ada kedai souvenir. sorry, harganya anies tak tahu.
kat sini juga ada statue berbentuk ikan macam Merlion kat Singapore. dan di sini juga menjadi lokasi menarik untuk bergambar berlatar belakangkan Dragon Bridge yang menjadi salah satu mercu tanda Da Nang.
so, kalau dah sampai Da Nang, wajiblah ambil gambar Dragon Bridge ni. tapi lagi lawa kalau bergambar pada waktu malam sebab Dragon Bridge ni dihiasi pelbagai lampu.
sayangnya, masa kami sampai ke sini pada malam kedua, kami sempat tengok Dragon Bridge bercahaya cuma beberapa saat je. lepas tu terus gelap sampai ke sudah. so, memang tak ada langsung gambar Dragon Bridge pada waktu malam.
En. Rasyid cakap, kalau datang weekends, apa pertunjukan bunga api kat Dragon Bridge ni. tapi since kami datang weekdays, hmm asap bunga api pun tak nampak. hahaha...
oh ya, berdekatan Love Bridge ni ada Happy Yatch Restaurant berbentuk cruise. yang pasti tiada makanan halal dihidangkan di dalamnya. sekadar ambil gambar dari luar jelah...
selesai berposing sakan, kami pun pulang ke hotel untuk makan malam dan solat...
dan sebahagian gambar yang sempat anies snap khas untuk tatapan korang...
enjoy!
antara mercu tanda Da Nang - Dragon Bridge...
halaman Love Bridge... nampak tak lampu bentuk 💗💗 tu? maknanya betullah, korang tengah dilamun cinta bila dah sampai sini hahaha...
'Merlion' Da Nang. sebenarnya nama dia bukan Merlion. anies saja je beri nama Merlion sebab kat mulut ikan tu juga boleh keluar air pancut...
view Sungai Han dari Love Bridge... dah remang2 senja masa ni...
satu2nya kedai souvenir yang ada kat Love Bridge... tak pasti, harga yang ditawarkan murah or sebaliknya...
jom kita jalan sampai ke hujung... walaupun hampir senja, orang masih ramai kat sini...
kalau nampak yang bertudung tu, of coz laa dia salah seorang ahli rombongan kami hehehe... ni view dari entrance Love Bridge...
see? banyak kan love padlock? yang kat belakang tulah (cruise) Happy Yatch Restaurant... tak bergerak pun...
rugi kalau dah sampai Da Nang tapi tak bergambar berlatar belakangkan Dragon Bridge ni... ni pun kena beratur nak cop spot bergambar kat sini hahaha... sambil dalam hati cakap terima kasih kat pak cik anies yang pandai snap gambar... hehehe
tuan tuan dan puan puan sekelian. kita perkenalkan.... 'Rozita Cik Two'! 😂😂😂😂😂😂 #feelingfeelingretis
okey tu je perkongsian hari ni... maaflah ya, anies belum sempat nak BW...
thanks 4 reading...daaa...