Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Đà Nẵng, Vietnam: Bà Nà Hills

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

Mula2 anies decide nak bahagikan cerita kami di Ba Na Hills (BNH) ni kepada beberapa bahagian. tapi lepas fikir balik, rasa malaslah pula. takut datang angin malas, terus blog tak ber'update'.

since nak cover semua cerita BNH dalam 1 entry, anies rasa better buat tulis dalam bentuk point. kalau taip panjang2 bukannya korang baca, kan? alaa...tahu daa tektik korang tu bila blogwalking... kan? kan?😁😁😁

so, kepada yang bercadang nak pergi BNH suatu hari nanti, harap2nya entry ni dapat membantu. kalau tak faham, drop je soalan kat ruangan comment di bawah. insya allah anies cuba jawab yang termampu.

💜kami bertolak dari hotel jam 8.00 pagi. saranan En. Rasyid (our tour guide), kalau pergi awal, keadaan di puncak BNH tak sesak.

💜jarak dari hotel ke BNH lebih kurang 27KM dan ambil masa 50 minit.

💜anies tak pasti ada ke tidak public transport untuk ke BNH. kalau taxi tu memang ada. cuma kena sedia duit lebih jelah.

💜sebaik tiba, kami terus ke BNH main entrance. sebelum tu sempat bergambar depan main entrance. kemudian En. Rasyid edarkan admission ticket pada semua ahli rombongan.

💜dari main entrance ke Hoi An Station agak jauh. kalau yang datang bertongkat, sakit kaki tu, harap sabar ya.

💜BNH cable car ada 8 line. ia merupakan cable car kedua tertinggi di dunia selepas cable car di Fansipan, Hanoi, Vietnam. dari 8 line, ia terbahagi kepada 3. group line (saiz cable car lebih besar dan boleh memuatkan 10 orang), transit line (cable car akan berhenti di station tertentu) dan direct line (cable car akan terus ke puncak)

💜since kami datang berkumpulan, of coz akan naik cable car bersaiz besar. dari Hoi An Station ke Marsaille Station memakan masa hampir 15 - 20 minit. sepanjang jalan, mata dijamu dengan view BNH yang sangat cantik dan memukau.

💜setiba di Marseille Station, saranan En Rasyid tadi memang meleset. ternyata di kawasan tersebut penuh dengan para pelancong. sebaik keluar station, kami disambut dengan Golden Bridge (GB).

💜GB dan BNH memang sinonim. ada yang panggil jambatan tangan. yang pasti, orang sangat sesak kat sini. terpaksa berlaga tumit. nak bergambar berselfie agak payah. so terpaksalah lupakan niat nak dapatkan gambar yang cun atas GB ni. and anies snap / record video yang mana sempat je.

💜keluar dari GB, kami masuk Flower Garden (FG). kat sini, masa musim bunga memang cantik. taman bunganya sangat2 luas. kalau nak ronda sejam memang tak cukup. since orang pun ramai, anies jelajah kawasan yang terdekat je. tak larat nak jalan jauh.

💜bila semua ahli rombongan selesai melawat FG, kami ke Bordeaux Station untuk meneruskan perjalanan ke puncak BNH. puncak BNH juga dikenali sebagai France Village (FG)

💜FG ni hampir sama macam Bukit Tinggi Resort, Pahang tapi skalanya laaaagi besar! so, perjalanan dari station 1 ke station 2 cuma ambil masa 5 minit saja.

💜setiba di station, benda pertama yang kami nampak adalah roller coaster. uniknya ia adalah self-controlled roller coaster. anies dengan pak cik memang nak naik sebab roller coaster ni dah termasuk dalam admission fee. tapi bila tengok Q...hmm lupakan jelah...

💜kami bergambar terlebih dahulu sebelum masing-masing berpisah untuk merayau-rayau sekitar FG. pengunjung tetap ramai dan cuaca kat sini nyaman je. walaupun cahaya matahari terik, tapi angin sejuk yang lebih terasa. kata En Rasyid, kalau datang time winter, sila bawa sweater tebal ya.

💜anies terus merayau sampai ke kaki tangga pagoda. tak larat nak naik sampai ke atas. cukuplah snap gambar dari bawah.

💜puas bergambar, kami kembali berkumpul dan bertolak ke station cable car untuk pulang. tiba di Bordeaux Station, kami kena tukar cable car (di Marsaille Station) untuk sampai ke Hoi An Station.

💜ada kedai souvenir BHN sebaik keluar dari cable car. lepas membeli, kami sempat menjamu dessert Vietnam. tak tahu apa namanya. ia terdiri daripada santan, air gula dan pelbagai kekacang. sangat sedap. harganya 33K Dong secawan.

💜lepas makan, kami terus ke parking. diam tak diam rupanya hampir 5++ jam kami habiskan masa di BNH. kata En Rasyid, kalau spend masa seharian di BNH lagi best. huhuhu... ada yang patah kaki nanti hahaha...

dan macam biasa... gambar, gambar dan gambar... bertabahlah...

💜💜💜💜💜💜

sebelum masuk, marilah kita posing dulu. nama posing ni adalah posing sakit pinggang ya tuan puan... eh ehhh beg siapa tu tertinggal? 'sepoil' laa...

entrance BNH yang sangat besar. anies cakap dalam hati, "bangunan apalah yang besar sangat ni. museum ke?"...bila dah masuk ke dalam... (gambar bawah)

ni laa deco dalamannya. bercirikan Cina klasik. ticket counter dan toilet ada di sini. untuk ke station cable car, guna tangga / escalator sebelah kanan. manakala exit BNH sebelah kiri gambar...

admission ticket + pamphlet. sila serahkan tiket kepada staf bertugas sebaik tiba di pintu pelepasan...

laluan menuju ke station cabel car (Hoi An Station). ni laluan khas untuk group tourists. kiri dan kanan laluan ni dipenuhi taman-taman dan kolam ikan. sangat cantik! yang berbaju oren / bertudung tu, ketua trip kami, kak Su.

jadual cable car bagi group tourists...

cable car yang bakal kami naiki. lebih besar dari cable car yang kami naiki kat Taiwan. boleh baca kat SINIdan SINI.

view sebaik berlepas / dalam cable car. sebelah kanan gambar adalah parking lot, diikuti entrance dan yang berbumbung tu, Hoi An Station. mereka yang menaiki cable car 'transit' dan 'direct' akan ikut laluan berbumbung (sebelah kiri gambar)

ralit tengok view yang superb di bawah padahal... nak posing ajet ajet ayu😂😂😂😂😂. sebelah anies tu laa our tourist guide, En. Rasyid. oh ya... perjalanan dari Hoi An Station ke Marsaille Station memakan masa 15 - 20 minit.


dah sampai Station Marseille. FYI, kat sini ada 2 tarikan utama, yakni Golden Bridge dan juga Flower Garden. jom kita terjah 1 per 1!

Golden Bridge. see? nampak tak betapa ramainya umat manusia kat sini? sangat2 susah nak dapatkan background Golden Bridge yang cantik. kalau snap gambar macam ni bolehlah. tapi nak selfie, bertabahlah sebab asyik kena langgar dengan orang je... kalau suruh orang ambilkan gambar, mesti ada yang 'prank' kat belakang. you know what i mean, rite? 

view laluan cable car yang kami naik tadi dari Hoi An Station... FYI, untuk naik BNH ni, cuma cable car sahaja laluan yang ada. tiada jalan raya.

gambar macam ni jelah yang mampu diambil. tak ada gambar jari jemari tu... 😂😂😂... btw, pagar Golden Bridge ni tinggi tau... tengok tu...separas bahu anies... so jangan mimpilah korang nak buat aksi panjat semata-mata nak bergambar atas pagar tu...

short video @ Golden Bridge.

lokasi seterusnya adalah Flower Garden (FG). dalam FG ni juga ada tempat pembuatan wine. dari FG juga boleh tuju ke White Buddha Statue... 

pada mulanya, anies malas nak turun ke bawah tu sebab nanti bila naik semula terpaksa mendaki. so snap dari atas je sambil tengok gelagat orang ramai...

tapi bila rasa macam rugi je kalau tak merayau, jadi anies pun turunlah ke bawah. sebelum turun, moh kita posing ala patah pinggang Che Ta dulu 😂😂😂😂...

sepanjang laluan memang penuh dengan bunga-bungaan macam dalam gambar ni. oh ya... sebelah kiri gambar adalah tempat pembuatan wine...

'hamparan' bunga bungaan... kena tengok dari atas baru cantik... nanti ada masa anies share gambar2 bunga yang ditanam kat sini, okey! oh ya... sebenarnya ni adalah 'ekor merak'. kepala merak tak nampak...

kalau kaki larat nak berjalan, bolehlah pergi ke White Buddha Statue tu... nampak dekat tapi sebenarnya jauh beb!

puas merayau dalam FG, moh kita sambung naik cable car ke French Village. dari GA Bordeaux Station ke Louvre Station cuma memakan masa 5 minit sahaja... FYI, kalau pilih cable car direct line, mereka akan terus tuju ke French Village tanpa singgah Golden Bride / Marsaille Station.

nampak tak yang berlingkar-lingkar sebelah kanan gambar? tulah self-controlled roller coaster. syok ooo sayang betul tak naik hari tu. padahal dah termasuk dalam pakej tau! then, tiang cable car kat sebelah kanan gambar? itulah direct line dari main entrance BNH.

yeahhh... dah sampai 'kampung'anies... 😂😂😂...

French Village (FV) ni sangat2 luas. kiri kanan dipenuhi bangunan bercirikan Perancis... dan bangunan-bangunan ni terdiri daripada restoran-restoran mewah...

marilah kita merayau dari satu tempat ke satu tempat sambil ditemani angin dingin...

kat sini memang ramaiiiiii umat manusia...

since namanya kampung, jadi tak sah kalau tak ada bunga2 macam ni... menambahkan lagi seri kampung Perancis ni...

masa ni anies merayau berseorangan. yang lain dah tak larat nak jalan. tambah pula, laluannya mendaki tapi masih landai... oh ya, kepada yang tanya, kenapa namanya French Village. dulu, ketika penjajahan Perancis, tempat ni menjadi lokasi tentera Perancis berkumpul. selepas merdeka, kerajaan Vietnam menjadikan tempat ni sebagai lokasi pelancongan...

anies jalan sampai sini je. kaki tangga pagoda... tak larat nak naik sampai atas... korang nampak rendah je kan tangga tu? sebenarnya ada sambungan lagi tangga sampai ke puncak.

bangunan ni kat area masuk berdekatan station cable car... kalau nampak payung penjaja tu, sama ada jual souvenir atau jajan...kami tak beli pun. mahal lor...

memang dah aim nak bergambar kat sini. konon-kononnya macam bergambar depan globe USS Pulau Sentosa 😂😂😂😂😂 tapi tu laa... memang payah nak dapat gambar yang perfect. mesti ada yang kacau daun grrrr...

bersama ahli rombongan sebelum melangkah pulang... 

sebelum balik, pekena dessert Vietnam ni. tak tahu apa namanya. terdiri daripada kekacang dan santan. ada kepingankelapa manis yang sangat2 sedap. jangan lupa try kalau korang datang BNH ni. kiosk nya terletak depan kedai souvenir selepas keluar dari cable car...

short video dalam cable car OTW balik..

okey tu je perkongsian untuk hari ni.... sebenarnya ada banyak lagi gambar yang anies snap... cuma tak larat nak upload kat dalam blog ni. nanti ada masa anies share... insya Allah...

btw, thanks 4 reading...
daaa...
p/s selamat bercuti panjang bagi yang ambil cuti Isnin😊 + sambung BW

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles