✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bila tiba musim durian, semua benda nak dijudukan dengan durian. paling tak boleh terima, durian + maggi? whattt?? eeeuuuwww... buat kembang tekak je...
tapi bila Tealive keluarkan edisi khas durian, tekak tak de laa rasa kembang tapi sebaliknya nafsu yang membuak2 hahaha...
so marilah kita beratur bersama2...
Duriang Milk Tea... memang ni ejaannya. bukan loghat orang Terengganu ya... gabungan durian D24 + milk tea + jelly = memang sedap! tak manis dan puas hati. tapi dalam gambar ni tak nampak isi durian. selain Duriang Milk Tea, Tealive juga mengeluarkan Duriang Smoothies dan Coco Duriang. both Duriang Smoothies dan Coco Duriang akan dicuba dalam masa terdekat. so korang kenalah try sebelum tempoh tamatnya berakhir hujung bulan ni... oh ya, harga setiap satu berbeza ya...
dah cair baru nak snap😆😆
macam mana rasa Bubble Softea ni, anies? uhh... kalau tanya fan Tealive ni, of coz dia akan cakap sedap😆😆 even tak sedap pun dia tetap akan cakap sedap sebab ada orang belanja😆😆😆
softea ni adalah ais krim milk tea yang dihidangkan bersama pearl dan brown sugar syrup. kalau tak suka manis, korang boleh minta ais krim dan pearl je.
(update) harga 1 cup = RM5.90. 50% off till 31st of July 2019.
so far, softea ni cuma ada 1 flavour sahaja. dan cuma boleh didapati di kafe2 Tealive terpilih. kalau tak silap, ada kat The Curve, IOI City Mall dan Sri Petaling (bersebelahan budak picit roti Family Mart). kat kiosk Tealive biasa memang tak ada lagi. mungkin akan datang kot? so, sabarlah yek...
tu je nak share hari ni...
thanks 4 reading
sambung BW sebelah petang nanti...
daaa