✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
lepas makan tengah hari dan solat, kami pun menuju ke destinasi kedua yakni The Marble Mountain (TMM).
jarak dari hotel ke TMM cuma 8KM je. perjalanan pun smooth je.
sebaik turun bus, kitorang pandang sana pandang sini. apa yang menarik kat TMM ni? sebab suasana sekelilingnya tak ubah macam nak masuk pintu gua!
kemudian, barulah En. Rasyid memberitahu kami, rupanya kalau nak tahu lebih lanjut, kami kena naik elevator / lif.
wah, biar betul? ya... memang betul. kami kena naik lif/ elevator. FYI, TMM ni adalah satu-satunya gunung di dunia yang boleh sampai ke puncak hanya dengan menaiki lif! hebat ke tak hebat?
tapi nak masuk bukan FOC ya. kalau nak naik, kena bayar 40K Dong. kalau nak turun pun kena bayar. 15K Dong. kalau nak turun FOC, boleh ja. tapi korang kena pusing TMM ni dulu baru jumpa laluan keluar.
lepas naik lif dan tiba di point pertama, anies perhatikan muka ahli rombongan dah 'lain macam'. kenapa lain macam? sebab sekitar TMM (point pertama) banyak element Buddhism / Hinduism. sana patung, sini patung. sana pagoda, sini pagoda. jadi, anies boleh syak diorang jadi macam tu sebab kurang selesa.
kat TMM ni ada 14 point semuanya. untuk sampai ke 14 point ini, korang perlu lalui pelbagai cabaran seperti laluan sempit, laluan berbatu, curam, batu-batu tajam dan sebagainya. hanya yang benar-benar adventurous a.k.a kaki hiking je mampu sampai ke 14 point ni tanpa sakit kaki or sakit lutut or sakit belakang or sakit hati. 😂😂😂😂
dan korang pun tahu, ahli rombongananies ni, semuanya orang pencen. bila cakap pencen, korang pun tahu kan berapa usia diorang ni... makanya, tak sampai pun sejam kat point pertama TMM, diorang dah ajak turun ke bawah semula. haaa... bertabahlah...
tapi sebelum diorang beredar, anies (berseorangan) sempatlah turun dan snap apa yang ada di sekitar point pertama dan kedua TMM ni khas untuk tatapan korang. kalau pergi dengan blogger Nina, rasanya kitorang boleh kot jelajah seluruh TMM ni... kan, Nina? 😂😂😂
okey laa, macam biasa gambar, gambar, gambar... haaa... jangan cakap anies tak payung ya...
perkarangan / halaman / parking lot TMM... kebanyakan tourist je yang datang ke sini. orang tempatan mungkin datang ke sini ketika Wesak Day / Deepavali kot...
keadaan elevator / lif dari sebelah hadapan. yang jenis gayat mesti tak suka lif transparent macam ni, kan? 😂😂😂
pintu masuk lif. kena tunggu turn dulu...
sikit punya besar tiket masuk TMM...harga ada tercatat kat sebelah bawah tiket.
macam ni lah bentuk elevator / lif TMM bila dah sampai di puncak... manakala view di belakangnya adalah rumah2 penduduk...
macam yang anies beritahu tadi... ada 14 point perlu ditempuh untuk melengkapkan misi menjelajah TMM. tapi kami? cuma sampai 2 point je 😂😂😂😂
keluar lif, jumpa point pertama. Xa Loi Tower. boleh je kalau nak masuk tapi kena naik tangga... tinggi jugalah tangganya...
papan tanda... perhatikan sebelah bawah gambar... boleh agak tak ketinggian (kedudukan) antara tempat anies berdiri dengan pelancong yang berada kat bawah tu?
Linh Ung Pagoda dari atas...
gigih turun ke bawah sebab nak tengok pagoda ni dekat2... kalau ikutkan hati nak je masuk sekejap untuk ambil gambar tapi masa ni ada acara sedang berlangsung dalam pagoda. so, anies tengok dari luar jelah...
pintu gerbang Linh Ung Pagoda. dari sini pun ada laluan keluar ke parking lot (kembali ke elevator)...
kawasan sebelah kanan Linh Ung Pagoda...
keluar dari pintu gerbang, sebelah kiri... akan jumpa patung Buddha ni...
taman sebelah kiri pagoda...
taman dengan pelbagai statue berhadapan pagoda...
kaunter tiket turun lif...
tiket turun lif berharga 15K Dong.
moh laa snap sekeping sebagai kenangan sebelum turun lif... no more posing Che Ta. ni posing tengah garu pinggang😂😂😂
gerai2 souvenir... ada yang murah, ada yang mahal. kenalah pandai tawar menawar. masa nilah khidmat tour guide diperlukan 😂😂😂
kebanyakan souvenir diperbuat daripada marble. daripada barang perhiasan diri sampailah ke peralatan memasak. nampak tak batu lesung marble warna putih (sebelah bawah gambar) tu?
anies tak pasti sama ada yang ini pintu keluar utama (dari dalam TMM) atau gambar di bawah👇👇👇
since kami tak masuk, ambil gambar dari luar jelah...
okeylah tu je perkongsian untuk hari ni... hutang BW belum dilunaskan lagi... maaflah minggu ni agak sibuk sikit. maklum sahajalah... hujung bulan, kan...
thanks 4 reading and happy weekend!
daaa