Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Bau kepam

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Masa lepak dengan member hari tu, entah macam mana boleh termasuk 'topik bau kepam'. then dia pun mengadu kat anies tentang perangai office mate dia.

office mate A ni bukanlah jahat orangnya. dia okey je. cuma satu sifat pelik yang buat orang lain tak senang duduk adalah, pakaian dia.

dia bukan pakai seksi atau menjolok mata atau melanggar undang2 syarikat, tapi disebabkan bau kepam yang melekat kat baju dia.

err... nak explain macam mana ya?

macam ni. pernah tak korang rendam baju melebihi 2-3 hari then lepas tu korang sidai. bila dah kering, baju tu ada bau yang tak menyenangkan?

tak pun... korang sidai baju tapi tak kena cahaya matahari. korang tak perasan baju tu masih lembab dan korang terus pakai? then, baju tu akan ada sedikit berbau?

haaa... tak tahulah nak terangkan macam mana tapi tulah yang membuatkan A dengan office mate yang lain pening kepala.

diorang dah tegur secara baik tapi tu lah... dia buat macam tak tahu je. hidung dia tersumbat kot sampai bau pada badan sendiri pun tak sedar?

benda yang sama anies pernah alami yang mana masa tu salah seorang office mate pakai baju 'bau kepam' ni, sampai kena sembur perfume kat air cond nak hilangkan bau kepam. dia yang pakai, memang tak perasan langsung. kena pula duduk dalam air cond. memang pening dibuatnya dari pagi sampai balik. azab oiii!!😡😡😡😡😡

entry ni bukan nak malukan sesiapa. cuma kita kenalah sedar dan alert selalu. sebelum pakai baju tu, hidu sekejap kalau-kalau ada bau yang tak menyenangkan.

kalau kita kerja berseorangan tak jadi masalah. ni, kita kerja ramai2 lebih2 lagi duduk dalam air cond.

time hujan, anies rasa masalah ni banyak berlaku disebabkan baju tak kering. so, alert lah selalu. jangan jadi bahan umpatan orang hanya kerana kita pakai baju bau kepam.

okey...tu je nak membebel hari ni.

maaf kalau anies tak sempat nak BW. selain kerja banyak, kepala ni selalu juga ting tong... cuaca panas lor...

thanks 4 reading... daa...

gambar sekadar hiasan

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles