Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Đà Nẵng, Vietnam: bersiar-siar @ My Khe Beach

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

salah satu tarikan Da Nang adalah pantainya yang putih, bersih, luas dan air lautnya yang membiru. jadi tak hairanlah kalau nama-nama resort tersohor ada didirikan di sekitar persisiran pantai Da Nang ni.

luckily, our hotel kat Da Nang ni tak jauh dari pantai. jalan kaki je dah boleh sampai. tapi jangan terkejut kalau korang nampak ramai orang / pelancong cuma bertuala atau badan basah dan berkaki ayam berjalan lenggang lenggok pulang ke hotel. sebenarnya diorang baru lepas mandi kat pantai berdekatan.

masa mula2 sampai di hotel, kitorang hairan jugalah kenapa lantai hotel ni berpasir. rupa-rupanya pengunjung hotel baru balik dari pantai.

seperkara lagi yang anies dapat simpulkan, pada awal pagi dan lewat petang (sebelum sunset), pengunjung pantai memang ramaiiiiiiiii yakmat! tapi pada sebelah tengah hari, seorang umat manusia pun tak ada. siapa sanggup berjemur tengah2 panas tu oiii... ada yang masak kena salai dengan matahari...

so, waktu yang sesuai untuk bermandi manda kat sini adalah pada awal pagi dan lewat petang. sebelah malam ada juga yang mandi tapi tak digalakkan sangat sebab kawasan sekitar pantai tiada lampu dipasang. so memang bergelaplah kawasan tu.

anies ke pantai My Khe ni dua kali. sekali pada sebelah malam dan sekali lepas balik dari The Marble Mountains. pasir kat sini sangat2 halus. memang kalahlah pasir kat Pantai Cenang tu. hahaha...

selain bermandi manda, ada juga aktiviti pantai dijalankan kat sini. riding banana boat, parasailing, jet ski dan macam2 lagi. kalau nak join aktiviti semua ni, sediakan duit je. harga pula lepas convert to RM lebih kurang sama je macam harga kat Port Dickson or Pantai Cenang.

dan macam biasa...sebahagian gambar yang sempat anies snap...

see? besar kan pantai My Khe ni? bukit / gunung yang korang nampak tu, kat situ merupakan sebuah teluk...

ni pula view sebelah kanan pantai (kedudukan anies berdiri)... Alhamdulillah, cuaca baik dan redup je...

apa lagi kalau bukan hotel, kan? since Da Nang dah famous, maka mencanak-canaklah hotel tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan...

antara aktiviti pantai yang ada...

nah, ni harganya..

lupa nak zoom gambar pasir pantai yang teramatttt halus... sampai tenggelam kaki dibuatnya... nak jalan memang payah... siapa yang berjoging kat sini memang boleh lelah dibuatnya... hehehe

kami tak bercadang pun nak mandi manda kat sini... dapat tengok pantai pun dah happy...

dekat area anies snap gambar ni, kawasan larangan mandi sebab aktiviti jet ski berlaku kat sini...

malam pertama kami sampai sini, anies dengan mak cik dan pak cik sempat terjah ke sini... waktu malam memang tak ada lampu. cuma kat sini je yang terang benderang...

apa lagi kalau bukan lampu dari hotel-hotel...


short video @ My Khe Beach

memahat memori. ni gambar spontan... macam tak percaya je bila elok pulak kejadiannya dengan sekali snap hahaha... puji kemain!

tu je nak share... maaflah kalau anies belum sempat nak BW...

thanks 4 reading..
happy weekend...

daaaa

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles