✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Jujur cakap, sejak anies lahir ini kali pertama menyaksika pihak masjid mengadakan program seumpama ni.
sebelum ni, kalau ada pihak yang menyembelih korban bersama pihak masjid, cuma kerja2 melapah dan agihan daging je yang dibuat. tak ada langsung aktiviti memasak atau jamuan makan diadakan.
kalau program kenduri masjid, yang tu memang saban tahun dibuat. since ini majlis julung2 kali diadakan, suasana tampak sangat meriah dan harmoni. macam ada kenduri kahwin laa pulak.
program memasak bermula sejam lepas solat hari raya dilangsungkan manakala kerja2 penyembelihan dilakukan pada pukul 10.00 pagi.
sebanyak 4 ekor lembu ditumbangkan. 30kg daging akan dijadikan juadah (tambah 10kg tulang) dan selebihnya diagihkan kepada yang layak.
AJK masjid lelaki akan menyembelih, melapah dan mengagihkan daging manakala AJK masjid wanita akan memasak.
hanya dua jenis lauk saja disediakan. sebabnya program ni baru je dibincangkan. tak sampai seminggu kot. jadi tak banyak benda nak disediakan.
walaupun hanya dua jenis lauk yakni daging masak asam pedas dan sayur keladi rebus asam, tapi anies perhatikan para tetamu dan mereka yang terlibat tampak berselera menjamu juadah.
daging baru kan...makan panas2... lauk tambahan cuma ikan masin goreng. tu pun dah cukup membuka selera.
jamuan makan berlangsung lepas solat zohor berjemaah. lepas jamuan makan, barulah daging2 korban diedarkan.
apa yang boleh anies katakan, program macam ni memang menyeronokkan. harap2 tahun depan pihak masjid dapat buat lagi.
dah siap potong. tinggal nak dibersihkan je sebelum dimasak..
pekarangan masjid masih lengang sebab daging korban belum sampai lagi...
AJK masjid wanita pun ramai yang belum sampai lagi...
Alhamdulillah cuaca pagi tu sangat baik. berangin sentiasa..
ko jangan tak percaya ahkak ko punyalah gigih buat kerja. so macam mana? berapa markah nak beri untuk gaya mutu keunggulan ni? 😆😆😆😆
kerja2 memotong dan mengasingkan daging...
sayur keladi masak rebus asam... snap direct terus dari dalam periuk 😆
daging masak asam pedas... 30 kg daging + 10 kg tulang selesai!
menikmati hidangan... duduk bawah pokok sambil ditiup angin... memang nikmat! tak sedar bertambah 3 pinggan!!
anies punya. ambil lauk dulu. lepas tu baru ambil nasi... kalau ada kicap ni, mahu tambah 5 pinggan😆😆😆 diet? sorry laa... buat masa ni tak ada dalam kamus harian hahaha
tu jelah nak share hari ni... ada yang masih bercuti sempena Aidil Adha? yang dah masuk kerja, selamat bekerja...
thanks 4 reading
daaa