Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Hội An, Vietnam: bersiar-siar + ber'gerek'

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

lepas lunch dan check out hotel, kami pun bertolak ke satu lagi tempat menarik lagi bersejarah yakni Hội An.

jarak Hội An dari Da Nang cuma 29KM je dan ambil ambil masa kira2 45 minit. Hoi An ni pada awalnya sebuah perkampungan tepi sungai. tapi lepas dapat pengiktirafan daripada UNESCO, kerajaan Vietnam terus membangunkan kawasan ni dan berjaya menarik ribuan pelancong saban bulan.

pada sebelah siang, keadaan Hoi An ni biasa2 je. tak ada apa2 yang menarik kecuali gerai2 jualan dan pemandangan sungai. masa kami sampai, cuaca amat terik sampai susah nak buka mata.

lepas check in hotel, anies ambil keputusan untuk merayau2 + bersiar2 tengok kawasan sekitar. lebih kurang sejam jugalah anies merayau2 sambil menikmati pemandangan yang tak ubah macam Jonker Walk tapi versi yang lebih tenang dan damai.

bila badan dah lencun, baru balik bilik. sebelum sampai bilik, dah janji dengan pak cik nak naik basikal merayau sekitar Hoi An.

lepas solat asar, anies pun keluar sekali lagi. kali ni our tour guide, En. Rashid pun ikut sekali bergerek.

sewa basikal cuma 30K Dong sebuah dan mesti return sebelum jam 8.00PM. bila dapat basikal, apa lagi... memang excited lah! tapi masa mula2 nak kayuh tu, terhuyung hayang jugalah sebab jarang berbasikal, kan? kena pula seat tinggi. nasib baik tak tersembam. 😂😂😂

dek kerana pak cik dan En. Rasyid asyik bersembang sambil berbasikal, anies pun tinggalkan diorang dan buat hal sendiri. tapi bila nak suruh ambil gambar,anies pergi cari diorang semula 😂😂😂

lastly, hanya pak cik je yang ikut anies bergerek. En. Rasyid terpaksa temankan ahli rombongan yang lain...

sebelum pukul 7.00PM, kami pulangkan basikal sebab waktu makan malam dah tiba. lepas ni nak keluar lagi...

apa2 pun aktiviti bergerek kat sini memang best. cuma cuaca je tak berapa nak best sebab panassss...

sebahagian gambar yang sempat anies snap untuk tatapan korang...


tak tahulah pokok krismas tahun bila punya tu 😂😂😂

Thu Bon River yang tenang pada sebelah siang. masa ni kerja2 mengorek pasir (mendalamkan sungai) sedang dijalankan...

inilah 'trademark' Hoi An. kedai / rumah lama diubah suai (dinaik taraf) dan dijadikan restoran, bar, hotel dan sebagainya... beginilah suasana pada waktu siang di Hoi An, yang tenang dan mendamaikan...

ticket stall ni menjual tiket2 show dan tempat tarikan tertentu terutama untuk aktiviti sebelah malam di Hoi An... pada masa sama ia berfungsi sebagai kiosk informasi Hoi An...

anies tak tahu nama area ni tapi anies panggil Dataran Hoi An sebab kawasan ni agak luas dan menjadi point pertama sebaik saja korang sampai sini...

view Thu Bon River dari atas jambatan...

deretan bas / van pelancong...

ni shortcut ke kawasan tumpuan pelancong... hanya basikal sahaja dibenarkan menggunakan laluan ni...

tourist map - sebenarnya kalau sesat pun, boleh jumpa pangkal jalan sebab Hoi An ni kecil je...

boleh baca, kan?

kenderaan personal memang banyak... lagi petang, lagi banyak...

kalau tak silap, ni bangunan sekolah...

yeayyyy dah sampai Jepun! pintu gerbang Torii versi Hoi An. sebenarnya Hoi An dan (penjajahan) Jepun ada kaitan. kalau nak tahu lebih lanjut, silalah semak sejarah ya... 

kalau tak silap lalaun ni diberi nama Japanese Street...

replika kapal tradisional yang ada kaitan antara kerajaan Vietnam dan kerajaan Jepun suatu masa dahulu...

kiri kanan laluan penuh dengan kedai menjual pelbagai souvenir...

antara tokong bersejarah di Hoi An. nak masuk kena bayar...

kalau nak feeling2 nostalgik, sila pakai Ao Dai dan naik'lanca' ni keliling Hoi An... 😂😂😂

menjual barang dengan cara 'mengandar'macam ni masih boleh didapati di Da Nang dan Hoi An. kat Ho Chih Minhanies tak pasti ada ke tak...

aktiviti bergerek dimulakan di tepi sungai Thu Bon... ni basikal yang anies guna...

syok wooo lepak tepi sungai ni... angin menderu2...boleh terlelap dibuatnya...

tak tahulah apa nama bangunan ni... nak kata dewan, tapi saiznya kecil je...

perahu berwarna warni dengan tanglung tu, bakal digunakan pada sebelah malam nanti...

deretan kedai, restoran, bar yang diubahsuai dari bangunan lama akan berubah wajah bila malam menjelma...

ni baru nak start bergerek dengan pak cik...dari tadi dia asyik bersembang je...

masuk laluan pasar malam yang akan beroperasi dalam masa beberapa minit saja lagi...

penat mengayuh, kita pekena ais lemon tea.... perghhhh dia punya sedap dia sebijik macam ice lemon tea dalam botol tu. sumpah, memang sedap!

rehat jap... 

jangan lupa sewa basikal dan bergerek kalau korang dah sampai Hoi An... ia satu pengalaman unik dan tak mungkin dapat kat mana2...

tu je lah nak dikongsikan... minggu ni kita cuti panjang lagi, kan? so selamat bercuti...

thanks 4 reading...daaa

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles