Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Singgah Tea'amo @ SS15/4 Subang Jaya

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sebelum tu, anies nak ucapkan tahniah kepada blogger Sha Mohamad kerana berjaya meneka soalan yang anies kemukakan dalam entry INI dengan tepat dan pantas. tahniah sha! tunggu saya pos hadiah, ya!

okey, berbalik kepada tajuk. sebenarnya sebelum puasa hari tu memang nak datang sini. anies dapat info ni dari Twitter, di mana adik kepada owner Tea'amo ni ajak semua pembaca hadir ke soft launching Tea'amo.

so, anies pun pergilah beberapa hari lepas dibuka secara rasmi. tapi bila sampai, staf cakap kafe tak buka lagi. pada hal masa tu dah pukul 3.00pm++. masakan tak buka lagi kot?

so, anies pun balik kehampaan. then, disebabkan cuti panjang tempoh hari dan pada masa sama, cuaca kat dalam rumah panas membahang sampai tak boleh nak buat kerja, then anies decide untuk lepak kat sini sambil buat kerja. (hari ni lagi teruk jerebu oiii!!)

Alhamdulillah, kafe pun buka seperti biasa. tanpa banyak soal terus order minuman yang paling digemari kat Tea'amor yakni Brown Sugar Royal Milk Tea. terus ambil large size sabab nak duduk lama, kan?

macam mana rasanya, anies? uiii memang sedap. terasa kepekatan tehnya. pearl pun manis ditambah pula ada taufa pudding. memang ngamlah combination nya.

sambil buat kerja, teguk sikit demi sikit. habis kerja, air pun habis juga. sebelum balik, anies order taufa pudding. ada topping pearl sekali. ni pun sedap. sekali hadap je dah licin.

oh ya. lagi satu, Tea'amo ni 100% produk Muslim, tau! so tak payah ragu2 kalau nak datang ke sini. kata nak support produk Muslim, kan....

suasana dalam kafe pun tenang je walaupun diorang pasang lagu BTS kuat-kuat, anies still boleh enjoy buat kerja hahahaha...

lokasi Tea'amo ni kat Jalan SS 15/4 Subang Jaya. boleh refer entry INI untuk dapatkan lokasi tepat, ya.

sama ada take away atau minum kat kafe, sila order dulu, ya...

menu yang terdapat di Tea'amo. yang ada logo 🔥🔥 maknanya favourite orang ramai... maaflah ya kalau tak nampak. hp buruk macam ni laa kualiti gambarnya...

ruang penyediakan... dalam chiller tu ada taufa...

deco dalam Tea'amo...sejuk sebab ada air cond dan tenang sebab orang tak ramai...

Brown Sugar Royal Milk Tea.. and i like it!! pearl dah tenggelam dek brown sugar. insya allah ada rezeki nak datang lagi dan order yang ni. sorry, gambar taufa pudding ter delete hehehe

okey tu je nak share... selamat bekerja...jangan lemau ya lepas cuti panjang... hehehe
daaaaa

p/s sambung BW

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles