Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Hội An, Vietnam: suasana malam + Nguyen Hoang Night Market / Hội An Night Market

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

Alhamdulillah... akhirnya muncul juga entry terakhir jalan2 ke Da Nang dan Hoi An.

untuk itinerary 4D 3N dan hotel, insya Allah anies akan share pada entry akan datang.

FYI, kami berada kat Hoi An cuma 2D 1N je. memang sekejap sebab tiada apa2 yang menarik kat sini kecuali suasana malamnya bak pesta dan pasar malamnya yang meriah. waktu siangnya senyap sunyi. tapi sebaik matahari tenggelam, orang ramai bagaikan kalkatu jumpa cahaya!

ditambah pula ada kawasan yang sengaja digelapkan (tiada lampu) dan kemudian diganti dengan lantern berwarna-warni.

paling mencuri tumpuan adalah, lantern yang memenuhi sungai Thu Bon. ia dibiarkan hanyut dan otomatik, sungai Thu Bon bertukar wajah bagaikan Songkran Festival.

tapi, kalau nak hanyutkan lantern ni, korang kena bayar. harganya kalau tak silap 25K Dong / per lantern.

selain tu, korang juga boleh naik sampan dalam suasana malap. ada bayaran dikenakan. kami nak naik sampan pada mulanya tapi macam tak confident je lepas tu sebab gelap. kalau tenggelam habislah 😂😂😂

dari sungai Thu Bon, korang boleh merayau jauh sikit untuk saksikan beberapa show yang sedang berlangsung. kalau nak tengok, kena beli tiket dulu.

kalau malas nak berjalan2 and perut lapar, ada berpuluh restoran / bar disediakan. restoran halalanies jamin memang tak ada langsung. TAK ADA.

so, wahai pengusaha2 restoran Muslim, nilah peluang untuk korang melabur kat Hoi An! 😀😀😀

kalau tak nak buat apa2 aktiviti or sekadar nak cuci mata je, maka singgahlah pasar malam ter'famous'ni.

inilah antara penyumbang kemeriahan malam di Hoi An. saiz / keluasan pasar malam kat sini agak besar dan paling mencuri tumpuan pastinya gerai2 yang menjual lantern berwarna-warni.

selain lantern, t-shirt, makanan, souvenir, accessories, pakaian wanita etc boleh didapati di sini. para peniaganya anies perhatikan diorang boleh berbahasa Inggeris walaupun tak lancar / fasih. kalau nak tawar menawar pun senang. berbeza dengan peniaga kat Son Tra Night Market (boleh baca kat SINI).

lebih kurang 3 jam merayau2, sebelum balik ke hotel kami pekena jus buah asli. perghhh memang terbaik punya jus.

habis minum, kami pun bergerak pulang ke hotel...

p/s maaf ya... gambar kurang memuaskan...

orang ramai berebut2 nak bergambar kat pokok Krismas ni...

deretan kedai / restoran dan bar...

view sungai Thu Bon... boleh nampak tak perahu / sampan dan lantern? hehehe...

penjual lantern dan peraih sampan / perahu di tepi sungai Thu Bon sedang menunggu pelanggan...

view sungai Thu Bon...

macam yang anies katakan, pelancong sangattt ramai...

jom terjah pasar malam! ni entrance Nguyen Hoang Night Market...

orang ramai lebih berminat bergambar dengan gerai lantern berbanding membelinya 😂😂😂

makanan halal boleh dikatakan tak ada langsung kat sini... kecuali buah-buahan...

jalan dan terus jalan sambil cuci mata...

kami cuma beli t-shirt je... sebab hanya kat sini baru jumpa t-shirt I💓Da Nang...

p/s korang jangan marah anies ya kalau anies tak BW ke blog korang. SEBABNYA? korang check dulu sama ada blog korang bebas dari masalah di atas ↑↑↑ atau tak. kalau ada, tolong selesaikan cepat2 ya!

okey tu je yang anies nak share hari ni... minggu ni kite cuti panjang lagi...yahooo...

thanks 4 reading... daaa

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles