✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Sinopsis:
Sebuah keluarga menganggur yang tinggal di sebuah rumah sempit mula nampak 'tuah' mereka apabila Min, kawan kepada Ki-Woo menghadiahkan sebongkah batu. selepas itu bermulalah perancangan mereka untuk menakluki keluarga kaya Park. bermula dari Ki-Woo diikuti adiknya, Ki-Jung dan seterusnya ayah mereka sebelum mereka bertiga melancarkan satu tindakan rahsia untuk menyingkirkan pembantu rumah Park demi membawa emak mereka masuk ke dalam rumah agam Park.
segalanya berjalan lancar dan teratur sehinggalah kemunculan semula bekas pembantu rumah Park. satu demi satu hal tak disangka muncul dan mengubah nasib keluarga Kim.
apa yang terjadi kepada keluarga Kim? adakah tindakan dan penyamaran mereka akhirnya terbongkar?
>>::<<
semua ni gara-gara Anugerah Oscar 2020 yang berlangsung pagi semalam (waktu Malaysia). siapa sangka filem dari Asia buat pertama kalinya diangkat sebagai Best Picture selain merangkul 3 anugerah utama lain yakni Best Director, Best International feature Film dan Best Original Screeplay.
so bila dah tahu Parasite menang, anies pun saja2 laa buka website TGV and GSC. ehh... filem ni ada kat wayang? hahaha gelak kat diri sendiri sebab dah lama sangat tak tengok wayang. then, terus plan lepas kerja nak pergi tengok. pada mulanya bimbang juga tak ada penonton. tapi once dah beli tiket, waahhh hampir penuh jugalah pawagam malam tadi.
okey, hmm nak ulas apa ek fasal filem dari Korea ni?
untuk sejam yang pertama, filem ni smooth and predictable. yalah, bila orang miskin berjaya 'menguasai orang kaya', dah pasti kita menjangkakan segalanya akan jadi baik2 sahaja. tapi ia tak berlaku. jalan cerita menyimpang hampir 360 darjah tapi itu yang membuatkan penonton terus kekal di kerusi.
dari segi lakonan, semua pelakon dapat deliver watak dengan baik. cuma entah kenapa anies berasakan kemunculan seketika Park Seo-Joon macam ada yang tak kena dengan lakonan dia. PSJ nampak macam sedikit kaku.
well, kalau ada masa pergilah tengok dan cari point kenapa filem ni diangkat sebagai Best Picture dan kenapa ia diberi judul 'Parasite'. anies tak nak share kat sini. nanti kang dicop spoiler pula hahaha
yang bawah 18 tahun tak boleh tengok filem ni...
Ki-Woo / Kevin ketika pertama kali bertemu Mrs. Park...
Min memberikan batu bertuah kepada Mr. Kim sambil diperhatikan ahli keluarganya...
emak Ki-Woo dibebelkan oleh pekerja pizza sebab mereka tak buat kerja melipat kotak seperti yang disuruh...
Mrs. Park dengan bangganya menunjukkan lukisan anak bongsunya kepada Ki-Woo...
official trailer. credit
okey tu je nak kongsi.
thanks 4 reading...