✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Mickey Pearson (Matthew McConaughey) seorang pelajar miskin tapi pintar dari Amerika dapat melanjutkan pelajaran di Universiti Oxford. tapi dia tak habiskan pengajiannya sebaliknya menceburkan diri dalam pelbagai aktiviti haram sehingga berjaya memiliki perniagaan marijuana. pun begitu, di sebalik sisi gelap Mickey, dia seorang yang sangat menyayangi isterinya (Michelle Dockery) dan sesiapa 'usik'isterinya, pasti akan terkorban.
disebabkan perniagaan marijuananya berjaya, ia telah menarik minat seorang peniaga berbangsa Yahudi bernama Matthew (Jeremy Strong) untuk bekerjasama dengan Mickey. walaupun kolaborasi mereka belum betul-betul berlaku, tapi disebabkan satu insiden tak terduga telah menyebabkan 'tension' antara mereka mula memuncak. Mickey tak duduk diam sebaliknya cuba mencari dalang di sebalik insiden tersebut.
siapa dalang sebenar insiden tu? antara isteri dan perniagaan marijuana, siapa yang Mickey pilih akhirnya?
komen:
terus terang cakap, kalau tengok mana2 filem arahan Guy Ritchie ni, tak sah kalau tak pening untuk sejam yang pertama. why? sebab jalan ceritanya jarang yang direct to the point. mesti ada 'kona sana kona sini', barulah anies akan faham maksud yang ingin disampaikan. 🤣🤣🤣
jadi untuk filem ni, ia memang tak terlepas dari yang anies sangkakan. namun yang menariknya, disebabkan 'kona sana kona sini' tulah yang membuatkan anies terus hayati plot seterusnya meskipun orang kat kerusi sebelah dah berdengkur-dengkur🤣🤣🤣
cuma untuk filem Guy Ritchie kali ni, tak banyak adengan ganas, berdarah-darah, tumbuk menumbuk disajikan. kekuatan filem ni terletak pada dialog2 dan body language.
kalau tanya apa yang tak best fasal filem ni, anies tak suka OST utamanya. lagu tak sedap... sorry...
so, daripada ⭐⭐⭐⭐⭐anies beri ⭐⭐⭐1/2.
filem ni bakal masuk pawagam seluruh tanah air mulai esok, 13 Februari 2020.
disclaimer: apa2 yang anies kongsikan di atas sekadar pendapat peribadi sahaja dan tiada kena mengena dengan pihak lain. harap maklum.
terima kasih kepada budiey.com atas pass tayangan perdana The Gentlemen ni. siapa yang datang malam tadi dengan suit lengkap akan diberi peluang untuk menyertai satu kontes anjuran Lord's Tailor dan hadiah utamanya ada suit lengkap bernilai RM4000++
antara adengan2 dalam The Gentlemen
Mickey bersama isterinya, Rosalind ketika menghadiri gala dinner yang melibatkan orang2 tertentu...
Dry Eye (Henry Golding) bertemu Mickey kerana mahu bekerjasama dengannya. di sebelah Mickey adalah Ray, pembantunya.
Fletcher (Hugh Grant) sedang bercerita dan berkongsi idea bersama Ray untuk menjayakan 'misinya'...
Ray dan Coach memerhatikan orang suruhan Dry Eye yang mati kerana melarikan diri sebelum digilis kereta api...
credit gambar
trailer. credit video
thanks 4 reading.
selamat menonton!