Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

NeilMed Sinus Rinse - produk best untuk penghidap resdung

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Siapa kat sini penghidap resdung, sila angkat mouse sekarang!!😁😁😁

weiii... ramai juga ya... so far, apa ikhtiar yang korang buat selain membuat rawatan corong lilin resdung / rokok resdung?

ya, anies tahu ramai yang guna rawatan ni dan anies juga tak terkecuali menggunakannya. tapi tu dulu laa... lepas baca macam2 cerita fasal 'rokok resdung' ni, anies terus stop. tak buat dah. bukan serik atau rasa tertipu tapi sebab tak ramai yang boleh buat rawatan ni 🤣🤣🤣

walaupun taklah sampai tahap kronik tapi anies masih berjaga2 terutama dalam soal pemakanan. bukan semua makanan boleh belasah. ayam, seafood dan yang sekeluarga dengannya masih boleh makan tapi tak bolehlah setiap hari. dalam sebulan, ada laa 2 - 3 kali.

lepas dapat info tentang keberkesanan produk ni anies memang tak ragu2 untuk cuba. tambah pula ia tak ada kesan sampingan dan mudah digunakan.

apa yang perlu anies buat adalah cuma 'cuci hidung'setiap hari seperti mana yang disyorkan. selain menggunakan NeilMed Sinus Rinse ni, anies juga melakukan scrub muka (2x seminggu) serta mengambil ubat (saranan) doktor (1 kapsul per week). dan yang terbaru, anies buat bekam muka, seperti yang anies share kat SINI dalam usaha mengurangkan resdung.

so far, apa perkembangannya lepas guna NeilMed Sinus Rinse ni? Alhamdulillah, nak kata pulih 100% tu tak ada laa. gatal2 hidung, bersin setiap pagi tu nampaknya dah berkurangan. dalam masa sama minum air kosong dalam kuantiti banyak juga diperlukan (disebabkan ubat yang doktor bekalkan).

ni laa produknya... boleh didapati di farmasi terpilih. anies beli kat Big Pharmacy. untuk 60 sachet, harganya RM60++ sekotak. tapi sebelum guna produk ni, make sure korang dapatkan nasihat pakar / doktor terlebih dahulu ya. 

turut disertakan 'buku panduan' penggunaan produk ni. kalau tak faham, korang boleh tonton video di bawah tentang cara-cara penggunaannya.

video - cara menggunakan NeilMed Sinus Rinse

kalau ada sebarang pertanyaan fasal produk ni, tulis je kat ruangan komen di bawah. anies akan cuba jawab sebaik mungkin.

thanks 4 reading.
daaa

p/s bilalah nak selesai masalah komen blogger ni....

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles