Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Liverpool Mahkota Eropah

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersempena pembukaan musim baru EPL 2020/2021 pada esok hari yang menyaksikan team juara terhebat kesayanganku, LiverpoolFC bakal bertemu juara EFL Championship 2019 / 2020 - Leeds United (welcome back Mark Viduka, Lee Bowyer, Alan Smith, Harry Kewell to EPL!) maka, anies nak ambil kesempatan ni nak buat book review yang ditulis oleh Axello.

bagi korang yang selalu ikuti perkembangan bola sepak, dalam dan luar negara pasti dah mengenali penulis ni. Axello selalunya akan bercerita tentang tektikal yang digunakan oleh sesebuah pasukan bola sepak, tak kiralah sama ada ia kelab bola sepak mahu pun pasukan negara. meskipun Axello ni penyokong Liverpool tapi semua team dia ulas.

so, sesiapa yang nak belajar serba sedikit tentang ilmu tektikal bola sepak, bolehlah terjah FB / website Axello. klik kat SINI, SINI dan SINI. selain bola sepak, Axello juga menulis tentang info2 menarik yang diperoleh dari seluruh dunia.

okey fasal buku ni pula, Axello menceritakan tentang tektikal yang LFC gunakan serta suka duka LFC ketika bertanding dalam UEFA Champions League, musim 2018/2019 di mana LFC menjadi juara buat kali ke-6. (juara terbaru UCL adalah Bayern Munich FC)

daripada buku ni juga kita boleh faham dan belajar macam mana Klopp (manager LFC) mengendalikan pasukannya terutama bila berdepan dengan kelab yang lagi hebat atau, apa tindakan yang beliau ambil sekiranya LFC ketinggalan gol, injured players, formation dan macam2 lagi.

secara peribadi, of coz laa anies sukakan buku sebegini sebab jarang sukar nak jumpa buku yang mengulas fasal tektikal lebih2 lagi dalam bahasa Melayu. so, thanks to Axello kerana menghasilkan buku ni. bukan sahaja sebagai penambah ilmu, tapi juga sebagai memorabilia untuk LFC fans.

no. ISBN: 978-967-243-7017
harga: RM25
penerbit: Patriots Publishing
m/s: 144
colour: 2 colours
untuk membeli, sila klik di SINI.

antara kandungan buku:

maaf laa ya... gambar blur...

bahasa yang Axello guna sangat mudah difahami... yang tak minat bola pun boleh 'jatuh cinta' dengan penulisan beliau😁😁

back cover

okey, tu je laa perkongsian untuk hari ni. 
selamat membaca.
happy weekend!

daaa....

p/s buku ni dah beli 3-4 bulan lepas, tapi baru sekarang terhegeh2 nak review🤣🤣

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles