Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1683

Jom bantu Bunga!

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sebelum tu, anies nak beritahu, Bunga yang dimaksudkan ialah seekor kucing. ya... Bunga ialah seekor kucing betina peliharaan pasangan suami isteri yang mengendalikan perkhidmatan penjagaan kucing secara persendirian yang dikenali sebagaiKatsumi Petcare (sila klik link IG Katsumi Petcare di SINI)

last month, Bunga dihantar ke vet kerana ada ketumbuhan muscle dalam mulut / dekat rahang. selepas beberapa hari, vet benarkan Bunga pulang dan kesihatannya dipantau rapi oleh pihak Katsumi.

Bunga sedang menerima rawatan. Bunga bukan kucing yang agresif tapi ia jenis yang tak boleh disentuh sembarangan kecuali orang yang ia kenal je... kredit gambar.

Bunga tak menunjukkan sebarang tanda2 sakit sehinggalah beberapa hari lepas dia muntah dan dalam muntah tersebut ada darah.

pihak Katsumi terus bawa Bunga ke vet dan kali ni Bunga kena admitted. Bunga memerlukan penjagaan rapi sebab apa yang terjadi padanya adalah sesuatu yang rare terjadi pada kucing. jadi, perkara ini sedikit sebanyak merunsingkan pihak Katsumiterutama dari segi kewangan.

jadi untuk itu, dengan rasa rendah hati anies ingin mengajak kawan2 di luar sana agar kita sama2 bantu meringankan beban pihak Katsumi. kawan2 boleh hulurkan sumbangan ke akaun ini:


Maybank - 163028687076 (Puan Hanariawati)

kalau tak dapat hulurkan sumbangan dari segi kewangan, anies mohon kawan2 copy-paste entry ini dan share di mana2 akaun sosial media anda yang aktif.

atau pun bagi yang ada memelihara haiwan seperti kucing dan tinggal dalam negeri Selangor / KL, korang boleh DM pihak Katsumi di IG nya untuk dapatkan khidmat grooming, lion cut, cat sitter etc.

Bunga - ketika sihat. seekor kucing yang kuat tidur... menggeliat pun comel, kan? kredit gambar.

kita mungkin tak kenal pihak Katsumi secara personal. kita mungkin anggap Bunga hanya seekor haiwan. tapi sebagai saudara seIslam, sebagai makhluk yang sama2 tinggal di bumi ini, inilah masa untuk kita saling membantu.

mungkin hari ini mereka dalam kesempitan. esok lusa, nasib kita? tiada siapa yang tahu.

jom kita bantu Bunga!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1683

Trending Articles