✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Manusia mempunyai sistem motivasi automatik yang dikenali sebagai'survival instinct'. Maksudnya seperti, sekiranya seseorang itu dicampak ke pulau yang tiada penghuni, 'survival instinct'-nya akan berusaha mencari makanan dari tumbuhan seperti buah-buahan, mencari makanan dari laut seperti ikan, menadah air hujan untuk dijadikan minuman, membina tempat berteduh daripada ranting-ranting dan daun-daun dan lain-lain.
pernah tengok filem ini? credit photo
Konsep 'survival instinct'berkesan apabila keadaan kita berada dalam keadaan tertekan (pressure / stressed). Apabila ada pihak iri hati dan cuba untuk menjatuhkan kejayaan kita, 'survival instinct' akan bermula dan fikiran kita akan menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam menangani apa sahaja rintangan / dugaan / cabaran.
Semangat kita akan menjadi lebih membara dalam mengharungi apa sahaja kesusahan dan kepayahan. Jiwa kita akan disentuh dan memberi semangat untuk membuktikan kejayaan kita dan menunjukkan kepada mereka (orang lain / musuh) yang ingin melihat kita gagal bahawa mereka sebenarnya salah. Anda mesti pernah mendengar kata-kata'Pantang dicabar', kan?
Sebab itu juga, sering kita mendengar kisah-kisah kejayaan mereka yang kaya-raya bermula daripada kemiskinan / tiada apa-apa / zero. Mereka pada asalnya hidup susah dan kemudian berusaha untuk memperbaiki diri untuk keluar daripada kepompong kesusahan itu. Jadi di sinilah 'survival instinct' memainkan peranan yakni 'ia digerakkan' dalam keadaan tertekan!
Senang untuk difahami bagaimana'survival instinct' ini berfungsi adalah melihat contoh gunung berapi sebelum ia melepaskan laharnya. Lagi lama 'ia bergolak' dalam perut bumi, maka akan lebih banyak lahar dan lava yang dilepaskannya.
Oleh yang demikian kawan-kawan, apabila keadaan menjadi tertekan, maka jadikanlah ia sebagai picu untuk anda aktifkan 'survival instinct' dalam usaha mencapai kejayaan.
diubahsuai daripada emel Irfan Khairi.
p/s sakit hatiiiiiii dengan blogspot ni!!!!!