Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Selamat pengantin baru Pa'an + Shima

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Dah nak masuk sebulan diorang bernikah, baru hari ni mak cik dia terhegeh-hegeh nak berkongsi cerita. 🤣🤣🤣

dalam entry INI,anies ada tanya, kenapa anies ke Semporna, Sabah kan? dan... inilah jawapannya. meraikan pernikahan anak saudara pertama a.k.a cucu sulung.

supposed Pa'an nikah September tahun lepas. tapi dua minggu sebelum tu, kakak ipar (ibu Pa'an) tiba-tiba jatuh sakit. so, majlis terpaksa postponed ke Mac 2020. tapi, bila masuk Mac, tup tup PKP lah pula... maka, kenalah tangguh lagi sampai September.

orang kata, kalau dah jodoh tak ke mana kan? jadi, pada pagi Khamis 17 September jam 8.45, mereka selamat dinikahkan oleh pegawai agama bertempat di pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah cawangan Semporna. dalam majlis tu, cuma 5 orang sahaja yang boleh hadir (masuk dalam pejabat). so, anies dan family members yang lain tunggu kat luar.

ikut perancangan asal, mereka akan bernikah di rumah Shima di Pulau Pom Pom. tapi disebabkan PKP dan SOP, mereka terpaksa akur bernikah di pejabat JHEAINS. tak apalah. yang penting mereka dah selamat disatukan.

since tak ada sebarang majlis diadakan lepas mereka dinikahkan, jadinya peluang seketika yang ada, kami manfaatkan untuk berjumpa dan berkenalan dengan ahli keluarga Shima yang hadir. lepas semua bersurai, anies sekeluarga terus ke restoran berhampiran. lapo beb... sebab masing-masing belum bersarapan. lepas makan, terus balik hotel dan bersiap sedia untuk bertolak pulang ke KL.

di sinilahmereka dinikahkan (tingkat atas)... ada juga family / pengantin lain tengah tunggu giliran sebelum dibenarkan masuk ke dalam...

barakallahu lakuma... selamat menempuh alam rumah tangga wahai anak saudaraku...

roti sardin dari bumi Borneo, alas perut untuk sarapan😃😃😃 kuah kari dia superb sedap! siap minta extra lagi 🤣🤣

oh ya, last but not least, TAHNIAH diucapkan kepada blogger Cik Suerin kerana berjaya meneka dengan tepat. so, korang... jangan lupa follow blog awek Utagha ni ya! klik kat SINI untuk follow blog Cik Suerin.

tu je nak share hari ni.
thanks 4 reading
daaaa


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles