السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
expo ni free entrance. cuma parking je kena bayar. RM5. kalau tak nak parking, boleh naik LRT and turun kat Stesen Bukit Jalil.
tapak expo ni dilangsungkan kat Car Park B. sebelum masuk, semua pengunjung mesti patuhi SOP yang ditetapkan yakni scan QR code (Apps MySejahtera), pakai mask, ambil suhu badan dan sanitize tangan. tiada limit masa untuk berada dalam expo ni.
tapi yang jenis tak tahan sejuk sebab air cond tu, anies sure tak sampai 1/2 jam dah keluar. memang sejuk mencengkam!😆😆 boleh kalah salji kat Mount Rigi.
well, apa yang dipamerkan kat expo ni? since namanya Home Expo, so majoriti barangan yang ada tentulah perkakasan dan peralatan rumah. just name it. dari TV sampailah ke karpet. dari penyidai baju sampailah ke sofa. dari dapur elektrik sampailah ke lampu tidur. semuanya ada kat sini. yang tak ada cuma fulus je 😆😆😆😆
korang yang bakal masuk rumah baru atau berniat nak
sebelum masuk, staf akan pastikan korang patuhi SOP terlebih dahulu... jangan memandai scan tapak tangan ya!
'wall catalog'. nak cari barang yang ada diskaun? boleh belek2 kat sini.
macam2 jenis penyidai / ampaian. rambang mata nak pilih yang berkenan...
barangan letrik. jangan tanya anies mana lagi murah. kat expo or kat kedai... rasanya sama je😆😆
berkenan betul dengan kipas kaler merah tu... memang ngam untuk fans Liverpool😊😊
dalam banyak-banyak perabot, yang ni paling aniessuka. multipurpose rack. diperbuat daripada kayu cengal emas. lubang-lubang / corak-corak tu adalah semula jadi ya. bukan disebabkan anai-anai. NO! kalau tak nak buat rak, ia boleh dijadikan hiasan dinding. memang kebabom! harga? ko rasa perabot kayu cengal boleh dapat dalam RM100 ke??😆😆 sila tanam pokok cengal sendiri kalau nak dapat harga macam tu😆😆😆
peminat perabot berasaskan kayu boleh datang ke sini... oh ya nak tawar menawar pun boleh ya... tapi kalau nak beli, gunalah duit sendiri😆😆😆
nak perabot yang simple pun ada... nak yang lagi simple, pergilah IKEA😆😆
sofa ke kerusi urut tu? ni sofa laa... adjustable sofa...
langsir pun ada ya... tapi langsuir tak ada😆😆😆
marble table of coz ada... tapi tak berani nak tengok harganya😆😆
tilam dan katil mestilah ada kan? sempat jugalah anies borak2 dengan salah seorang staf kat situ. sekarang, diorang prefer jual katil dan tilam custom made. so customer boleh pilih katil pilihan mereka. contoh, nak kepala katil serba baldu warna hijau tahi kerbau tapi nak saiz single. diorang boleh buatkan. ni contoh yaa... sebab most participant expo ni adalah kilang-kilang...
dah lamaanies cari buaian ni. bila tanya, ingatkan materialnya rotan rupanya plastik (jenis tebal / berat). sempat juga laa main buaian tu sambil borak2 dengan staf...
singki apa yang korang nak? yang tak ada singki free je😆😆😆😆
peralatan elektrik...mesin basuh, air cond, air cooler etc ada kat sini...
brochure... alaa bukan baca pun😆😆 orang bagi kita ambil...
kalau lapar, ada food truck kat luar tapak expo... kalau nak makan nasi kandar Hussain, sila pergi restoran!😆😆😆
lokasi expo. betul-betul depan Stadium Nasional Bukit Jalil...
okey tu je laa yang anies nak share hari ni...
thanks 4 reading... daaa
p/s BW belum habis lagi