✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI. (jemput baca ya!)
lepas lunch dan solat jama' kat SINI, (jemput baca ya!) our trip diteruskan memandangkan masih banyak lagi tempat yang belum kami jejaki.
pada mulanya anies agak excited sebab perut dah kenyang dan of coz, boleh berjimba jimbi dengan jayanya. TAPIIIII.....
entah kenapa, sebaik duduk dalam bas, ya Allah... mata ni tak boleh angkat langsung. dia punya mengantuk tu macam tak tidur seminggu!
sedar2 sahaja, kedengaran enjin bas dimatikan. dalam hati rasa nak menyumpah diri sendiri sebab terlepas banyak moment menarik sepanjang perjalanan. so, perasaan excited tadi terus merudum walaupun kaki dah sampai ke ladang bunga ni.
sebenarnya ini tak ada kena mengena pun dengan perasaan mengantuk tadi. jujur cakap... anies rasa sedikit kecewa bila tour guide bawa kami ke ladang ni. tak tahulah kenapa. mungkin juga sebab sebelum ni, dalam kepala membayangkan Choy Flower Garden ni satu ladang bunga yang luas lagi memukau mata dengan bunga matahari dan lavender yang cantik.
sedar2 sahaja, kedengaran enjin bas dimatikan. dalam hati rasa nak menyumpah diri sendiri sebab terlepas banyak moment menarik sepanjang perjalanan. so, perasaan excited tadi terus merudum walaupun kaki dah sampai ke ladang bunga ni.
sebenarnya ini tak ada kena mengena pun dengan perasaan mengantuk tadi. jujur cakap... anies rasa sedikit kecewa bila tour guide bawa kami ke ladang ni. tak tahulah kenapa. mungkin juga sebab sebelum ni, dalam kepala membayangkan Choy Flower Garden ni satu ladang bunga yang luas lagi memukau mata dengan bunga matahari dan lavender yang cantik.
tapi bila dah sampai, ladang bunga mataharinya macam ladang bunga biasa je. bunga2 matahari yang ada dah layu dan 'tak lagi tegak berdiri'. kawasan ladang pun macam tak terurus. maksud anies, daun-daun kering tak dibersihkan sedangkan itu kawasan pelancong.
aniesbukanlah nak expect ladang ni macam sebuah ladang yang gah macam kita selalu tengok kat Google Images tu. cuma tu laa... kita bukan datang secara free, kan? jadi pihak tour guide seharusnya kena peka dengan pemilihan tempat yang dilawati. bukan sekadar melepaskan batok di tangga.
apa2 pun Alhamdulillah... dapat tengok bunga matahari yang melata dan lavender secara dekat sedikit sebanyak aniesdapat belajar sesuatu. kalau ada rezeki memang nak datang lagi.. tapi kalau boleh time bunga baru nak kembang... insya Allah..
dan macam biasa, sebahagian gambar yang anies snap untuk tatapan korang...
entrance ke Choy Flower Garden. tak macam entrance biasa yang ada reception / receptionist. ia tak ubah macam warung kopi tepi jalan (jalan bertar tu, jalan raya utama, ya!). masa kami sampai, ada penjual telur bakar, kuaci dan manisan. anies tak makan pun. just tengok je mak cik2 pakcik2 pencen makan dengan penuh berselera pada hal sebelum datang sini kan dah lunch? adehh 🤣🤣🤣🤣. oh, ya. entrance fee-nya anies tak tahu. sebab dah termasuk dalam pakej lawatan.
nilah ladangnya... dari entrance (nampak tak bumbung warung sebelah kanan gambar?) korang kena 'meredah' pokok-pokok bunga matahari yang ketinggiannya, membuatkan korang rasa macam 'ketot' sekejap🤣🤣🤣🤣
kat ladang ni tak ada kawasan 'sedikit' tinggi atau bukit. jadi, kalau korang ke sini janganlah letak harapan untuk dapat gambar ladang bunga matahari yang terbentang luas melainkan korang ada bawa dron...
jujur cakap, memang payah nak jumpa bunga matahari yang bukan sahaja besar gedabak, penuh kelopaknya tapi juga segar dan tegak berdirimacam tengah menyanyikan lagu Negaraku. why? sebab masa anies datang sini dah masuk penghujung musim sejuk. macam yang pernah anies war warkan sebelum ni, nak tengok bunga yang segar-bugar, datanglah ke Dalat pada penghujung November - Disember...
ya, betul. masa ni tengah panas terik. dalam pukul 2.00 - 3.00 petang... tapi udara sekeliling sejuk... sebab kawasan ni berada di tanah tinggi...
hati-hati bila meredah pokok-pokok bunga matahari ni sebab ia berduri...
cuba cari benda tersembunyi🤣🤣🤣 siapa tak nampak, dia anak raja kapur🤣🤣🤣🤣
cun tak kalau gambar ni jadi wallpaper?
ladang lavender cuma bersebelahan je dengan ladang bunga matahari...
mula2 anies memang tak percaya ni pokok lavender...
betul ke ni lavender putih? yang pakar, tolong jawab...
khabarnya lavender ni ada 39 species. yang dalam gambar ni, anies tak tahu apa species dan namanya sebab tak ada info dipaparkan kat ladang ni...
ehhh... ada entiti👻👻👻 laa kat pokok lavender tu! nampak tak?? nampak tak???
yelah... tu macam 'momok made in Malaya' je🤣🤣🤣🤣🤣🤣
okey,'momok' dah keluar. dia tengah menggeliat sebab dah penat menyorok katanya... 🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣
okey, tu jelah perkongsian untuk hari Jumaat penuh barakah ni. insya Allah, kalau mood rajin anies sambung lagi cerita menarik 'di hadapan' Choy Flower Garden ni.
ada apa kat situ? stay tuned!!!
thanks 4 reading...
happy weekend...
daaaa