Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Bila mesin ATM / CDM tiba-tiba reboot...

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
  • Pertama, korang kena tenang dan relaks. tunggu seketika apa yang akan berlaku seterusnya sambil perhatikan screen mesin ATM.

kalau ada orang tengah beratur kat belakang, suruh mereka beredar atau guna mesin ATM lain dan beritahu mereka masalah yang dihadapi.

  • kedua, buat laporan. ada nombor telefon bantuan dilekatkan pada mesin ATM. beritahu pihak berkenaan masalah ini dan mereka akan minta lokasi mesin ATM, nombor IC dan nama penuh sekiranya korang berada bukan dalam premis bank atau di luar hari bekerja / weekend.

pihak bank akan terminate kad ATM serta-merta. kemudian mereka akan minta korang hadir ke bank untuk dapatkan kad baru. kalau berada dalam premis bank, gantian kad baru akan diperoleh pada hari sama.

dalam kes mesin ATM reboot ni, tiada bayaran dikenakan untuk kad baru. (charge sebanyak RM12 jika kehilangan / kesilapan berpunca daripada diri sendiri. tapi charge ini untuk pemegang akaun Maybank ya. bank lain, anies tak pasti)

  • ketiga, snap gambar mesin ATM (jika perlu) untuk dijadikan bahan rujukan / bukti ketika menuntut kad baru. kad yang 'ditelan' mesin ATM akan diambil oleh pihak security.

benda ni sekadar perkongsian sahaja. ia berlaku pada anies minggu lepas. yalah... hal-hal macam ni kan selalu buat orang panik lebih-lebih lagi time kita memang perlukan wang sangat-sangat. jadi, in case hal ni berlaku pada korang, at least lepas baca entry ni korang tahulah apa nak buat nanti. 

bila terjadi macam ni kat korang, jangan laa pula menangis berguling-guling kat mesin ATM tu ya... buat malu mereka dan keluarga mereka orang je nanti🤣🤣🤣🤣

tu je nak share hari ni.
thanks 4 reading.
daaa

p/s mem besar tengah sakit mata. so BW lambat sikit ya...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles