✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Ramai yang ambil kesempatan bila tengok kawan-kawannya berniaga. Ada yang ingat si kawan tu banyak duit/ kaya-raya sampai dia tidak segan silu minta diskaun atau minta percuma atau minta harga lebih murah daripada harga modal yang dikeluarkan.
Anda mungkin tidak tahu atau pura-pura tidak tahu, banyak kos yang perlu ditanggung peniaga. Contohnya, pengusaha restoran yang perlu menyediakan kos sewa premis, gaji pekerja, bil air dan macam-macam lagi. Dan ketahuilah, hari tidak selalu cerah. Ada hari mereka akan rugi disebabkan makanan tidak habis.
Jadi, apa salahnya sebagai kawan atau pembeli kuih-muih di tepi jalan, kita berilah duit lebih kepada mereka dengan niat untuk membantu agar bisnes mereka semakin berkembang / survive. Contohnya, kita beli barang berharga RM4.50. Kita pun hulur not RM5 tapi tidak perlu ambil baki. Niatkan sahaja baki RM0.50 itu sebagai sedekah.
Jadilah 'tangan di atas' untuk rajin membantu, bukan tangan 'di bawah' yang menjatuhkan orang lain tanpa kita sedari.
"Orang berjaya ialah orang yang gembira melihat orang lain berjaya."
Duit yang tidak berkat, walau banyak mana pun kita miliki, kita tidak akan berasa cukup. Hati tidak akan puas mengejar dunia. Dapat sikit nak banyak. Dah dapat banyak, nak lagi banyak. Tapi, duit yang berkat walau sedikit, kita tetap berasa cukup.
p/s sudahkah anda bersedekah hari ini?