✿...السلام عليكم✿
Rasa macam tak larat nak up satu per satu. so, anies combine semua soalan2 dalam 1 entry. tapi apa2 pun, terima kasih kepada blogger2 ini:
arz-mohashaiful zaidimass-naimazraa lyanasalju putih
kerana sudi tag. so, berikut soalan2 dan jawapan2nya yek!
tagged by
Salju putih
1. apa perasaan korang semua bila jadi blogger?
mmm… biasa je...
2. berapakah usia blog korang?
4 tahun 4 bulan
3. nyatakan entry yang korang paling suka kat blog korang?
entry jalan2 dan cuti2 mesia
4. warna background apa yang korang suka letak kat blog korang?
dulu setia dengan warna putih sebab suka kaler ni tapi rasanya kena tukar ke warna lain untuk bangkitkan mood pembaca.
5. kenapa korang suka tulis blog?
sebab boleh kongsi ilmu dan ia juga sebahagian daripada tugasanies.
6. apa tagline blog korang?
otherwise known as anies the great
7. apa cerita di sebalik nama blog korang?
tak ada apa2 cerita. cuma itu idea pertama yang terlintas ketika buat blog dulu.
8. tempat di Malaysia yang masih belum pernah dilawati.
Sarawak.
9. waktu korang pilih untuk edit blog.
bergantung kepada keadaan dan mood semasa.
10.makanan kegemaran korang.
roti canai + asam pedas ikan pari
11.minuman paling sedap yang pernah korang minum.
of coz la minuman buatan sendiri ;-)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1. apa benda yang perlu ada dalam bag korang sebelum nak keluar rumah?
kunci rumah.
2. pengalaman travel paling best dalam hidup?
Mekah / Madinah. bukan travel tapi buat umrah.
3. fast food favourite korang?
KFC.
4. cita-cita / impian / keinginan?
sihat hingga ke akhir hayat. tak guna ada harta melimpah ruah tapi terlantar di atas katil hospital...
5. filem apa yang paling korang suka?
banyak filem yang disukai... tak tau nak pilih...
6. apa situasi yang buatkan korang rasa bahagia?
ketika bersama2 insan2 yang disayangi.
7. apa hobi korang?
membaca dan surf internet.
8. siapa cikgu kesayangan korang masa zaman sekolah dulu?
tak ada. sebab guru2 masa sekolah dulu garang2 belaka.
9. apa warna kegemaran korang?
putih.
10. apa yang harus / wajib ada dalam handbag / beg korang?
jawapan sama dengan nombor satu.
11. jujur punya opinion tentang blog aku ini? kenapa?
header blog tu boleh kasi cantik lagi tak?
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1. apakah yang membuatkan anda update entry terbaru?
apabila ada idea dan cerita2 best untuk dikongsi.
2. apakah filem yang paling anda minati?
tak tahu laa... banyak sangat pilihan.
3. bila waktu yang paling anda suka berblogging (pagi, petang, malam?)
kalau dulu pagi2 lepas masuk kerja. tapi sekarang prefer waktu antara 10am - 1pm. rasanya time tu ramai tengah online kot (pendapat sendiri)
4. apakah tujuan jangka masa panjang anda berblogging?
dari dulu sampai sekarang, niat berblog adalah untuk berkongsi ilmu. tak lebih daripada tu. bunyi macam poyo tapi tu lah hakikatnya. moga2 ada yang bermanfaat, dapat dikongsi bersama dan moga2 ia menjadi sebahagian daripada amal jariah apabila tidak bernafas lagi.
5. apa yang anda buat bila tidak ada idea untuk update entry terbaru?
bila tak ada idea, BW je... mana la tau, tengah2 BW dapat idea?
6. apakah blog saya cepat untuk loading?
okey je. tak lambat dan tak cepat sangat.
7. bila dalam kesukaran, siapa yang paling anda ingat ketika itu?
of coz, DIA... di atas sana....
8. apakah anda pernah menghargai mereka dengan buat entry mengenai mereka? jika ada sertakan link.
tak ada.
9. apakah status anda? (bekerja / belajar)
bekerja.
10. adakah anda menyimpan gambar ketika kecil?
yap. ada 1 album khas untuk my childhood memories.
11. apakah pengalaman yang paling teruk yang pernah anda hadapi masa kanak-kanak?
kena rotan dengan pelepah kelapa. sakit woo…
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1. ayat mak hampa yang selalu dia guna?? macam mak aku "kalau aku pi cari jumpa satg siap hang"
"dah solat ke belum?"
2. kalau orang tanya "lah pasai apa hang gemuk @ kurus sangat". agak2 jawapan apa patut bagi?
eh, sama laa.. tak ada beza pun
3. Nazim Othman hansem tak? kalau tak pasai apa?
tak tahu...
4. adik aku nie asyik tengok Running man gelak-gelak dari pagi sampai malam, dah lama dah keadaan nie, lebih setaun, ada penawar terbaik?
rosakkan je tv tu... hahahaha
5. kalau hampa dapat kawan yang 24 jam asyik nak berdiet padahai dah tahap tinggai tulang sumsum dah, hampa suka ka atau rasa nak sepuk dia?
sepuk je. lagipun tak kena bayar kan? ;-)
6. sebenaqnya aku dah krem otak nak buat soalan, 1 + 1 dalam mathematics form 4 @ 5 berapa jawapannya nya.
jap, nak amik kalkulator.
7. kerja rumah yang paling hampa tak suka buat?
kerja rumah yang mana satu ni? mengemas ke or kerja yang cikgu beri tu?
8. kalau tetiba orang mai blog hampa lepas tu sound kat cbox, hampa nak pendam ka hampa nak maki?
mmm tak pasang cbox.
9. kalau nak maki apa makian terbaik kena bagi kat orang bajet2 bagus nie?
diam je. kalau maki kan nanti dapat dosa free? (ayat ustazah)
10. adoyaiiii susah betui nak buat soalan,, awak kat mana??
kat atas bumi bawah langit
11. teka nama penuh aku boleh tak?? hihi
sara liyana?
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1. siapakah date pertama anda dan di mana anda berdating dengannya?
ekekeke... nak tahu ek? dia seorang lelaki dan kami berdating dengan jayanya di bawah pokok taugeh.
2. nyatakan 3 saat terindah di dalam hidup anda.
mmm... banyak... tak tahu nak pilih. tapi yang paling best adalah moment2 ketika di bangku sekolah.
3.apakah kereta / motosikal pertama yang anda miliki?
kereta jenama perodua.
4. apakah menu masakan yang pertama sekali anda belajar dari ibu tersayang.
sup ikan.
5. sekiranya anda mengalami tekanan, apakah yang anda lakukan?
main games sampai bateri kong, tengok Running Man (dan ketawa berguling2), tidur, drive laju2, makan coklat dan of coz tak lupa... solat.
6. di manakah anda mendapat pendidikan tinggi?
di dua buah IPTA @ selangor dan KL.
7. destinasi pelancongan yang paling jauh pernah anda pergi?
Mekah / Madinah - bukan melancong tapi buat umrah.
8. apakah tujuan anda menulis blog?
pada mulanya cuma layan blog kakak ipar je. lepas tu, tergerak hati nak berkongsi apa2 sahaja ilmu yang bermanfaat dengan orang ramai.
9. sekiranya kawan baik anda sendiri menikam anda dari belakang, apakah tindakan anda?
selidik dulu. jika perlu bersemuka, yes... anies akan bersemuka.
10. siapakah individu yang telah mengubah hidup anda?
mama, guru2 yang pernah mengajar secara langsung dan tidak langsung serta diri sendiri (Allah tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan dia mengubah nasibnya sendiri)
11. sekiranya anda tidak melakukan pekerjaan yang anda buat sekarang, apakah pekerjaan yang bakal anda ceburi?
catering.
lega dah jawab semua ;-)