Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all 1644 articles
Browse latest View live

Sekadar ingatan bersama


Mengapa kambing (daging) digunakan untuk akikah?

15 Ramadan 1435H : selamat hari jadi anies!

$
0
0
✿...السلام عليكم✿


Dengan itu, bertambah lagi usiaku ini.
yang ke berapa ni?
baru je 18 tahun.
^_^

so, cam ne ek anies boleh tahu
yang hari ni birthday hijrah anies?

sebenarnya memang dah lama tau
sebab arwah abah ada buat note
kat surat beranak tentang tarikh lahir
anies ni.

then 2 tahun lepas, terjumpa 1 website
ni and anies check, memang betul... anies
lahir pada 15 Ramadan.

so kalau yu ols nak tahu 
BILA TARIKH LAHIR YU OLS 
MENGIKUT TAHUN HIJRAH,
klik je kat SINI.

ok... tu je...
anies nak gi makan kek kat atas tu sekejap.
ops!!


p/s Vielen Dank, dass du meine Liebe...
 fur Ihren wunch...

Entry merapu : ada apa dengan Germany?

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Der Weg ins Finale...

-Deutschland war in der Gruppe "G" oder
Gruppe "7"

-Deutschland beendete die Gruppenphase mit
7 Punkte

-Deutschland erzielte 7 Tore in der Gruppe
Stufen: 4 vs Portugal, 2 vs Ghana und 1 vs
USA

-Deutschland erzielte 7 Tore gegen Brasilien

-Und natürlich sind wir in der 7.
Monat des Jahres und gewinnen Ziel war
erzielte 7 Minuten zum Ende der Verlängerung
Zeit ... was für eine Weltmeisterschaft!

wir haben gewartet, so lange Zeit,
um diesen Moment zu sehen.
und heute bezahlt sie aus!
es gibt keine mehr Alptraum für uns.
es ist Zeit zu feiern.
Herzlichen Glückwunsch an alle!
Sie mich stolz gemacht haben!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

kalau sesapa nak feeling2 macam
Maya Karin, silalah bertandang ke
rumah Uncle Google Translate ya!


sehari sebelum WC bermula,
sempat anies edit pic ni.
saja2 je edit and nak letak kat profile
dalam WhatsApp dan contact list.

lepas upload, ada laa hamba Allah
yang dok sindir2.

"boleh pergi ke team Hitler ni? 
takat group stage je kot..."
"hey, come on laa... Oranje!"
"Brazillll baiii... ada Neymar tahu tak?"
"apa hal ni? kata fan Liverpool, 
tapi sokong Germany... support la England!
ada Steven Gerrard!"
"apa ni? tak patriotik langsung!"
dan macam2 lagi.

anies just senyum je.
tapi pastu dalam hati menjawab:

"sukati orang ler nak support sapa!"
"tak de kena mengena fan Liverpool,
then kena support England! apa kes??"
"ooo... tak patriotik ya? dah tu, 
janganlah pakai BMW! pakailah Proton Saga!"

dan pagi tadi, mulut2 yang dok bising
sebelum WC, sibuk2 hantar mesej.

"suka lettew jerman menang..."
"ko tak nak isytihar cuti umum ke? 
jerman dah menang tu!"
"alaa... 1-0 je pun..."
"hah, cepatlah belanja! dah menang, kan?"

pulakkk...

apa2 pun, it's time to celebrate.
dan kalau boleh nak lupakan apa yang
dah berlaku pada WC 2002.
perit woo masa tu...

tapi hari ni, dah boleh tersenyum lebar.
masa menaip entry ni pun rasa bersemangat je.
masakan tidak!
semalam birthday,
then hari ni dapat 'hadiah'.

tetiba rasa tak sabar pulak nak tunggu
WC 2018 di Rusia.

boleh ke Germany pertahankan kejuaraan ni??


p/s untuk fans Argentina yang berwarganegara Malaysia... terimalah...



selamat menyambut Nuzul Quran, esok. KL cuti buat pertama kali...
yahooo...

Roti titap vs CDM 25

$
0
0
✿...السلام عليكم✿


Mula2 kenal roti titap ni
masa tertengok Majalah 3.
masa tu Mazidul dok tayang2
roti ni semasa dia berkunjung ke
salah sebuah warung yang agak
pemes kat Kelantan iaitu Kopitiam Kita.

bila tengok roti ni, tetiba terfikir...
kenapa sepanjang duduk kat Kelantan,
anies tak tahu pun tentang kewujudan
roti ni ek??
kesian...

sejak tu, ada jugalah usha2 kedai2
roti kat KL ni semata2 nak cari
roti macam yang ditunjukkan dalam
Majalah 3 tu.

pusing punya pusing, akhirnya jumpa roti ni.
laa... dekat je... kat dalam JJ rupanya.
sebungkus cuma 4 keping je.
tapi sekeping roti tu ketebalannya
bersamaan 2 keping roti biasa.

so setiap kali pergi ke JJ,
pasti anies akan angkut sebungkus.
roti ni expired date nyer kejap je.
so kalau nak 'lanjutkan' expired date nyer,
simpan je dalam peti ais.
seminggu selepas tu
still boleh makan lagi.

dah lebih 2 minggu berpuasa ni,
boleh dikatakan tiap2 hari anies
bersahur dengan roti titap ni.
bezanya dengan menu kat Kopitiam Kita tu,
anies tak letakkan kaya.

just letak telur separuh masak
dan lepas tu makan dengan sos cili.
sekeping je dah kenyang.

kalau malas or terlajak tidur,
just bakar je.
bila nampak dah hitam sikit,
terus je ngap!

oh, ya... nak buat roti titap ni senang je.
sapu je planta atas roti dan bakar 2-3 minit.
pada masa yang sama, rebus telur.
dalam tempoh 10 minit dah boleh
hadap roti titap ni.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

pagi ni, bising2 budak2 kat opis
pasal 'minah CDM25'.
aduyai.... penangan media sosial...
sekejap je kena troll, viral etc.

anies bukan nak troll budak ni
or nak 'menambahkan minyak'
yang sedia ada ni.

cuma mampu menggeleng bila tengok sikap yang
ditunjukkannya lebih2 lagi kita sedang berpuasa ni.

so, harap2 apa yang dah berlaku ni,
usah kita menambahkan lagi dosa sedia ada.
lihatlah apa yang terjadi ni sebagai
sempadan untuk kita agar berfikir lebih
waras dalam setiap tindakan.

mana tahu kan, esok lusa kita pulak
diuji lebih dahsyat daripada 'CDM 25' ni??
who knows rite?
sesi BW terpaksa ditangguh kerana line tenet tengah nazak...

"Aku tak pernah beraya since darjah 3!"

$
0
0
✿...السلام عليكم✿


“Macam mana? jadi tak ni?” soal officemate aku.
“err... boleh ke ni?”
“ish, apa pulak tak bolehnya?”
“aku... seganlah...”
“nak segan mende nyer... 
bukan ada sesiapa pun kat rumah aku tu. 
hah, macam ni. kalau kau rasa segan, 
kau duduk je dalam bilik bila ada orang datang...” 
cadang officemate aku.
“kalau aku duduk je, nanti apa pulak kata family kau...”

aku kurang bersetuju dengan cadangannya itu.
walaupun dia kawan aku, tapi aku masih ada adab.
aku tak sesekali bersenang lenang
di rumah orang lain dan buat rumah tu macam rumah aku.
no, no!

"alaa... rileks laa... aku pun macam tu juga bila balik kampung."
aku terdiam dan tak tahu macam mana nak membalas.
"hah, tak pun... kau ikut aku.
kita ronda-ronda satu kampung. macam mana?"
aku memikirkan sejenak cadangan itu.
"boleh juga..." jawab aku yang sebenarnya masih teragak-agak

maklum sahajalah, ini kali pertama aku beraya di halaman 
orang dan kali pertama juga aku merayakan Aidilfitri! 
tak percaya? tapi... silalah percaya! 
tahun ni merupakan kali pertama aku menyambut lebaran.

“hah, kau biar betul ni?” soal officemate aku pada suatu hari.
aku mengangguk.
“kau tak pernah beraya since kau darjah 3?”
aku mengangguk lagi.
"lepas mak aku meninggal, aku tak pernah beraya."
“maknanya, dah lebih 30 tahun kau tak beraya?"
kepalaku angguk lagi. 
aku lihat, kawan aku ketawa dan menggeleng. 
mereka tak percayalah tu!
“habis tu, selama ni kau beraya macam mana?” 
soal kawanku yang lain.
“yelah... pagi raya kau buat apa? 
tak kan kau tidur sampai ke petang?” 
soal kawan aku yang duduk di meja sebelah aku.
aku tersenyum.
“aku tak tidur. aku pergi solat raya tapi lepas tu aku duduk je kat rumah.”
“kau tak pergi beraya?”
“tak pernah!”
“masya-Allah....” serentak kedengaran kawan-kawanku seperti mengeluh.
“habis tu, duit raya? kau tak pernah dapat? 
kau tak pernah beri?”
aku menggeleng dan mereka juga turut menggeleng.
“baju raya?”
“tak pernah ada!”
“hah, kau ni biar betul? 
apa.. selama ni kau beraya kat dalam hutan ke?”
aku ketawa sambil menggeleng.
“aku pergi ke masjid pakai t-shirt dan kain pelekat je...”
“orang lain tak pandang kau ke?”
“entah...”

selepas itu, kawan-kawan aku berborak sesama mereka. 
topik hangat tentulah pasal aku yang tak pernah beraya ni. 
eh, besar sangat ke masalah aku tak pernah beraya ni?

“macam ni la... kau ikut aku balik kampung dan beraya. 
memandangkan beberapa bulan yang lepas, 
abah kau dah meninggal, so kau cakaplah dengan 
family kau yang kau nak beraya dengan aku. 
macam mana?”
aku terdiam seketika.
“nantilah... aku fikirkan...”

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ini adalah cerita benar tapi
ianya bukan berlaku pada anies.
ia berlaku pada someone yanganieskenal.

memula dengar pasal hal ni, memang terkejut jugalah.
yelah... bunyi macam selama ni dia duduk kat oversea.
tak pernah beraya. tak pernah ada baju raya.
tapi tak tahulah pulak sama ada dia pernah makan
ketupat, lemang, kuih raya etc. atau sebaliknya.
nak kata dia datang dari keluarga miskin, tak juga.
sebab dia duduk di kawasan perumahan.
nak kata dia tak ada pendapatan,
mustahillah sebab dia ada kerjaya dan
masih belum berkahwin.

apa2 pun, harap2nya setelah dia beraya di halaman
orang pada raya yang lepas, tahun ni dia bersemangat sikit
nak beraya. at least ada beli sehelai baju dan
merayakan bulan kemenangan ini bersama family.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

terima kasih YAB Nuffnang yang sudi beri
duit raya walaupun mem besar blog ni, 
mood dia ke laut sejak akhir2 ni.
BW pun jalan sekali harung!
btw, terima kasih Nuffnang!

dan di kesempatan ini, anies ingin mengucapkan
selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.
segala silap dan salah yang dilakukan
sama ada sengaja atau pun tidak,
mohon setulus hati agar diberi kemaafan.

yang pulang beraya, semoga selamat
pulang dan selamat kembali.
hati2 di jalan raya!

✿Selamat Hari Jadi + Selamat Hari Raya, anies!✿

Kami nak beri hadiah2 ni kat yu ols!!

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

AUTO PUBLISHED


Cash RM30
Cash RM20
Cash RM20
1 naskhah Al-Quran
Buku-buku terbitan Ana Muslim Sdn Bhd
Buku agama x 1 pemenang
Kain ela 2M warna plain
Wallet Sophie Paris
Wallet
Widescreen Sticker
Voucher RM5 untuk barang preorder di Cayesha
Brooch
2 car perfume
Keychain Sarawak
EXO-M postcard
Bookmark + keychain
Topup RM10 x 2
Topup RM10 x 2
Topup RM10 x 2
Topup RM10 x 1
Topup RM5 x 1
Topup RM5 x 1
Topup RM5 x 1
Topup RM5 x 1
Topup RM5 x 2
Topup RM5 x 2
Watermark x 5
Header blog x 2
Hadiah Misteri x 2

betul ke ni?
ya betul...
kalau tak percaya, klik banner ni!


all the best tau!!

Jalan2 buang duit... ke manakah??

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Bak kata blogger2 pemes,
title entry mesti gempak.
barulah orang nak baca.
tak gitu??
^_^

alkisahnya, tadi ternampak iklan MAS ni.
so, apa lagi mencanak2 lah nafsu
nak berjalan2 a.k.a cuti2 mesia.


walaupun ramai yang 'macam dah tak percaya'
kat MAS ni since peristiwa MH370 dan MH17,
sebagai anak Malaysia yang patriotik
(patriotik laa sangatt kann...)
anies tetap pilih MAS kerana masih
mempercayai service nyer yang tip top tu!
(this is my opinion ya!)

lagi satu, anies tak berapa suka sangat
dengan hidden2 charges ni.
penat woo... kita nak berjimba jimbi.
bukan nak fikir cukai tu cukai ni.
bayar tu bayar ni...
so, bila tak ada hidden charges, kita bolehlah
pergi dan balik dengan senyuman yang
mekar bak delima... (apakah??)

dah belek2 offer yang ada kat web site MAS tu tadi,
rasanya hati ni macam dah nekad nak pergi ke tempat tu.
tengok tiket $$ pergi-balik, tak laa mahal.
mahal lagi handbag Coach.

pastu tengok kat booking.com untuk booked hotel,
$$ nyer pun okey laa...
mahal lagi downpayment kereta Ferrari.
dan paling best, tentulah pay later.
anies memang suka bab2 pay later ni.

next plan, cari tempat2 yang best untuk diterjah.
kali ni, rasanya NO-NO shopping.
kalau ada pun window shopping je kot!
selebihnya, kita jadi YB melawat kawasan je la...

kalau dah berjalan2 ni, makan minum adalah priority.
jadinya, tempat2 makan yang halal (sedap) 
mesti masuk dalam senarai.
kalau tak nanti, pagi petang siang malam kena
telan pil chi kit teck aun or bermandikan
minyak cap kapak.
no no no....

ni je la kot buat masa ni.
segalanya dalam perancangan.
yelah... kita cuma merancang.
dan of coz... DIAlah sebaik2 Perancang.

last but not least...
rasa2 yu ols... ke manakah destinasianies kali ni?
boleh teka tak?
insya-Allah kalau boleh teka dengan tepat,
ada ole oleuntuk yu ols...

p/s ada yang nak ikut ke?
jom lerr... aniesbelanja, yu ols bayar!
^_^

BW SEDANG BERTATIH. SABAQ NOO...
AKAN SAMPAI JUGA KE TERATAK YU OLS...

Preview screening Into The Storm. TQVM blogger Anys + Nuffnang!

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Sinopsis

mengisahkan tentang pengkaji dan 'pemburu'
tornado yang sanggup menggadai nyawa
demi memastikan tugasan mereka dapat
dilaksanakan.

sementara itu, dua adik-beradik Donnie dan
Trey merupakan penggemar selfie
(merakam video) demi memenuhi
tuntutan 'kapsul masa'.

tornado yang melanda bandar Silverton
telah menemukan 2 adik beradik ini dengan
pengkaji dan pemburu tornado. ketika tornado
membadai, mereka bukan sahaja perlu
menyelamatkan diri tetapi pada masa yang
sama harus memenuhi 'tuntutan gila' mereka
untuk merakam huru-hara yang 'dilakukan' oleh
tornado tersebut.

my review

daripada 5*anies beri 3* sahaja. bila tengok
tajuk je, anies dah dapat agak bahawa filem
ni pasti berkisar tentang bencana alam. 
dan pastinya mengingatkan anies kepada filem
Twister yang pernah ditayangkan pada tahun 1996.

since ianya hanyalah satu naskhah fiksyen,
maka sudah pasti filem ni tak lepas daripada babak2
yang 'tak masuk akal.' antara yang paling nyata adalah
ketika mana kenderaan yang digunakan oleh pengkaji
dan pemburu (lupa namanya) boleh 'survive' dan kebal
daripada hambatan tornado sedangkan pada masa yang
sama kapal terbang yang berada di airport Silverton
boleh terbang dengan sendirinya dek penangan tornado.

selain tu, pada pandangan anies filem ni anda unsur
sarcastic. selain dua beradik dan kumpulan pengkaji
tornado tersebut, terdapat 2 orang sahabat lain yang
dilihat terlalu ghairah untuk menjadi 'instant famous'
dengan merakam beberapa aksi gila demi meraih
jutaan Like / viewers walaupun ketika itu tornado
hanya beberapa meter di belakang mereka. ffftttttttt!!

more info about Into The Storm, click HERE.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

dan di kesempatan ini, anies nak ucapkan
JUTAAN TERIMA KASIH kepada blogger Anys
yang sudi memberi 2 tiket untuk ke preview ni.
semoga murah rezekimu, Anys! amiinnn....
oh, ya! sebelum tu... jangan lupa singgah2 lah ke
blogAnys ya!

tak lupa juga kepada pihak Nuffnang, TERIMA KASIH
di atas layanan anda. harap2nya ada rezeki anies
dan blogger2 lain untuk join mana2 aktiviti
yang Nuffnang anjurkan.

tiket.
nak tau tak, oleh kerana tak penah
tengok wayang kat OU ni,
anies dah tersilap masuk hall.
suppose masuk ke hall 5 tapi anies
masuk hall 4. sik baik laa movie tak start lagi...
(tepuk dahi sendiri)

goodies daripada Mr. Nuffy.
suka suka suka!!

dan goodies lagi daripada Mr. Nuffy...
suka, suka, sukaaaaaaaaaaaaaa

Mini GA majalah Aisyah edisi kedua

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

AUTO PUBLISHED

Mini GA majalah Aisyah edisi pertama
telah selamat dihadam.
tahniah kepada semua pemenang dan
terima kasih kepada yang telah menyertainya.
anies hanya announce menenerusi emel je
pada pertengahan bulan puasa tempohari
(kalau tak silap laa...)

untuk edisi kedua majalah Aisyah ni,
sekali lagi anies nak buat mini GA
khas untuk yu ols...
nak join tak?


SYARAT2nya simple je.
so, sila baca sampai habis ya!


PENYERTAAN DENGAN BLOG

1. anda merupakan follower blog ni.
2. di ruangan komen, sila nyatakan MENGAPA ANDA 
PERLUKAN MAJALAH AISYAH.
3. jumlah perkataan mestilah melebihi 20 patah perkataan.
4. sertakan sekali NAMA & ALAMAT SURAT MENYURAT.**
5. jika yu ols nak buat entry untuk mini GA ni, 
sila TINGGALKAN LINKtak nak buat entry pun tak mengapa.


--- atau ---


PENYERTAAN DENGAN ACC. FACEBOOK

1. sila LIKE FAN PAGE MAJALAH AISYAH. klik DI SINI.
2. di ruangan KOMEN BLOG INI, sila nyatakan seperti berikut:

SAYA DAH LIKE!
NAMA:
ALAMAT SURAT MENYURAT**:

** tujuan anies meminta alamat surat menyurat adalah untuk memudahkan proses penghantaran hadiah. sebelum ni ada peserta yang join tapi tak memberi sebarang respon meskipun dah dihubungi berkali.

DATELINE: KHAMIS = 14 OGOS 2014


HADIAH
4 BUAH MAJALAH AISYAH EDISI KEDUA 
AKAN MENJADI MILIK 2 PESERTA 
YANG JOIN MENERUSI BLOG DAN 
2 PESERTA YANG MENYERTAI 
MENERUSI ACC. FACEBOOK.

so, all the best!!

Tak payahlah nak sombong sangat!!

Misi membayar 'hutang2' BW! tapi sebelum tu...

Ikan pari kukus berempah

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

AUTO PUBLISHED

Masakan ni, anies tak ikut mana2 resepi.
just guna bahan2 yang ada kat rumah.
bak kata orang, kira ni macam resepi
campak2 je... tapi dalam campak2 tu...
bila makan, tak sedar diri!
sampai bertambah2 nasi!
hah, sapa nak jawab tu!


bahan-bahannya:

ikan pari (ikan lain pun boleh)
bawang putih
bawang merah
kunyit
halia
serai
cili (siap blend)
sos tiram
garam
daun pisang / aluminium foil

(kuantiti bahan, ikut jumlah ikan ya!)

cara memasak:

1. blend semua bahan2.
2. perap ikan pari dengan bahan2 yang siap di blend selama 10 minit.
3. bungkus / balut ikan dengan daun pisang / aluminium foil.
4. kukus selama 15 minit.
5. hidangkan bersama kicap yang telah dicampur dengan perahan limau, bawang besar dan cili hiris.

** bahan yang sama boleh juga digunakan untuk ayam dan daging.

dah masak nanti, jangan lupa jemput anies sekali ya! ;-)

#NNPremiereScreening #LucyMovie. TQVM Nuffnang!

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Sinopsis

Kisah bermula apabila Lucy (Scarlett Johansson), 
seorang pelajar yang tinggal di Taiwan telah disuruh
oleh Richard untuk menghantar 'barang' kepada
seorang lelaki bernama Mr. Jang. pada mulanya
Lucy enggan berbuat sedemikian tetapi terpaksa
melakukannya selepas dia digari oleh Richard.

sebaik sahaja bertemu dengan orang
suruhan Mr. Jang, Richard ditembak mati dan
Lucy ditangkap oleh mereka.

Lucy yang ketakutan berusaha untuk membebaskan
diri tetapi tidak berjaya. selepas menyaksikan
seseorang dibunuh oleh Mr. Jang, Lucy telah
ditawarkan kerja oleh Mr. Jang iaitu sebagai
keldai dadah bersama 3 orang yang lain.

dadah yang hendak diedarkan itu perlu disimpan
di dalam perut melalui pembedahan. Lucy, tanpa
sedar telah dibedah tanpa pengetahuannya.

ketika ditangkap, perut Lucy telah ditendang beberapa
kali sehingga menyebabkan bungkusan dadah di dalam perutnya
'pecah' dan aktif. kesannya, dadah itu telah menukarkan
Lucy daripada seorang perempuan yang biasa kepada
seorang yang luar biasa dengan kemampuan
boleh menguasai minda dan otaknya hingga 100%
berbanding otak manusia biasa di mana kemampuannya
hanya sekitar 8 - 10% sahaja.

my review

selepas menonton, apa yang anies boleh simpulkan
filem ini mirip filem The Matrix. bezanya
filem ini tiada superhero yang perlu menyelamatkan
manusia, bumi atau alam yang lain.

filem ni juga bagi anies, umpama kita sedang
menelaah buku fizik dan biologi. so, bagi mereka
yang sukakan filem yang 'memerlukan otak'...
bolehlah layan filem ni.

jalan ceritanya ringkas dan straight to the point.
cuma di 15 minit terakhir, plot cerita berlangsung
begitu pantas dan 'terpaksa' buat kesimpulan sendiri
kenapa Lucy tiba-tiba 'diserap oleh komputer'.

penampilan Choi Min-Sik (pelakon Korea) sebagai
Mr. Jang - pada pandangan anies, kalau wataknya
dijadikan 'lebih jahat' lagi, mungkin cerita ni
lebih 'kick' daripada cerita2 yang seumpama dengannya.

dari 5*****, anies beri 4**** 1/2.
cerita ni tak bosan. ada adengan ngeri, suspen dan paling
best bagi anies, ada sesuatu yang dapat dipelajari iaitu
bagaimana otak kita, meskipun saiznya kecil tapi
kemampuannya mampu menggegarkan alam ini.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TERIMA KASIH BANYAK2
kepada pihak Nuffnang kerana
memilih anies sebagai salah
seorang pemenang untuk menghadiri
tayangan perdana ni.

tiket.
sama macam sebelum ni, sesat sekejap dalam OU.

goodies button badge.
boleh buat koleksi pasni ;-)

Alhamdulillah... melekat lagi.
terima kasih Nuffnang!
tenggek lama2 tau!
sebelum terlupa, TERIMA KASIH kepada yu ols yang sudi klik
mana2 adv. kat blog ni! 
may Allah bless u!!

ada cerita sensasi antara anies dan Encik Nuffnang. nak tau apa dia? tungguuuuuu

Baby raya + accident raya + kad raya blogger... etc. = cerita raya!

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Memang sengaja anies'ikan pekasam'kan
entry ni. alaa... raya kan sebulan. kuih raya
kat dalam balang tu pun masih boleh makan
kan? apatah lagi entry yang suam2 kuku
kambing ni... tak ada sesapa kesah pun...
eceh!

raya tahun ni, nak kata meriah sesangat
tu, tak ada laa... nak kata tak best sesangat
tu... bohonglah... so 50 : 50 sambutannya.

family members, tahun ni boleh dikatakan
hampir semua beraya di kampung. so, petang
raya memang meriah tak hengat laa...
tambah2 pulak... masing2 tak sabar nak tunggu
budak ticit ni...

nak kata baby raya tak juga. sebab dia menjengah dunia 4 hari sebelum raya. so, consider baby raya juga la yek! lahir kat salah sebuah hospital di Bangi (lupa namanya) dengan berat 2.71kg, Sarah'selamat balik kampung' pada masa kitorang tengah busy mengacau dodol. yap, namanya pendek je... Sarah. cucu ke 26 dalam family kami. tapi masa petang raya pertama, Sarah kena kuning dan jam tu juga pergi hospital. yang best nyer... balik hospital terus pergi Mydin!! apakah??

kek raya ke? boleh laa kot... sebab celebrate birthday mem besar blog ni, mak cik-mak cik anies yang tersayang tu dengan murah hatinya telah sponsor ketiga2 kek ni. Alhamdulillah... semua dapat merasa. yang tak dapat tu, tercari2 kat dalam peti ais. mmm... tinggal kotak je laa...

beberapa hari sebelum raya, Encik Prudential hantar kad ni. ingatkan kad raya. rupanya kad birthday... senyum sorang2 sebab rasa macam dah lama tak dapat kad ni. btw, terima kasih Encik Prudential!

TERIMA KASIH DAUN KELADI kepada bloggerKaty R'bain, Vee Sandi, Amanina dan Hafiza Aizzawa yang sudi mengirimkan kad raya ni... terharu ia ols!!! tahun lepas punya kad raya daripada Henrietta Jose dan Acik Riotaro pun aniestak balas sebab terlupa sangat2. minta maaf ya Acik dan Rietta! apa2 pun TERIMA KASIH! oh, ya! jangan lupa, singah2 la ke blog diorang ni yek!

accident ni berlaku pada raya keempat (kalau tak silap). kazen anies, nak pergi beraya dengan adik-beradiknya. sebelum masuk ke satu simpang ni, dia dah beri signal. tiba2 datang seorang budak menunggang motor, muncul sebelah dia. kereta bergesel sikit dengan motor tu tapi budak tu terus melompat! kazen anies yang panik ni terus mengelak budak tu dan dummm!! langgar tiang! budak motor tu parah juga kerana tulang rusuk tertusuk limpa. ayah budak tu marah sesangat kat pak cik anies sebab kononnya telah melanggar anak dia sampai parah. tapi dia tak boleh buat apa2 sebab anak dia, di sisi undang2 memang salah 100%. sebab apa? first, tak pakai topi keledar. kedua, tak ada lesen. ketiga, masih di bawah umur dan keempat, motor tu kemungkinan motor curi! hah, hambik! lengkap punya kesalahan!

hadiah raya... eh, bukan! hadiah birthday kata si pemberi. THANK YOU LALLING!

shawl raya... boleh gitu? raya tahun ni mencipta sejarah apabila mem besar memakai shawl buat pertama kali. seumur hidup tak pernah pakai shawl sebab tak ada nafsu nak pakai... hahaha... tapi sebelum raya tu, terjengah kat FB Bella Ammara dan ternampak shawl ni. terus je order sebab tengok saiznya yang panjang dan lebar. sangat2 kena dengan taste anies yang tak nak pakai inner neck. bila dah pakai, rasa macam... best nyerr... nak kena order lagi ni! ;-)


tu je la kot cerita raya anies.
mana gambar ramai2?
tahun ni tak sempat nak snap.
tak tahu laa kenapa tak sempat...
tahu2 je, dah malam. esoknya masing2
dah tinggalkan kampung...
kalau nak tengok juga, tunggu
raya tahun depan ek? ^_^

Rumah terbuka Nuffnang 2014 yang ____________

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Selasa lepas, ketika buka email ni...

biar betul ni? tak kot... Nuffnang tersalah hantar ni... tapi bila baca semula, eh... betullah! pastu mulalah acara tari menari setempat sambil tersengih2 macam kerang tembelang. Alhamdulillah... rezeki dengan YAB Nuffnang lagi...

Sabtu lepas, habis je open house kat
kilang Max Oil, terus kami ke Damansara Height.
sincerely, kami memanglah tersangat tak familiar
dengan kawasan kejiranan orang kaya ni.

pusing punya pusing... tak jumpa jalan.
bila tengok signboard, dan jumpa jalan
yang sebenar, tapi pastu tersilap loronglah pulak.
kena berpatah balik. entah macam mana boleh
termasuk highway... tak pasal2 dari jalan
tak ada tol... kena bayar tol... hambeekk ko!

kenapa tak guna GPS? kami guna... tapi tu la... 
si driver ni asyik menceceh je sepanjang jalan. 
mana laa nak dengar suara cik GPS tu...

hampir setengah jam melilau kat area Damansara tu,
akhirnya jumpa juga tempat yang dituju...

Wanaka The Bungalow. terletak di Jalan Dungun, Damansara Height. banglo ni terletak di atas bukit. so, kena panjang sikit leher untuk mencari sebab kat bahagian luar banglo ni memang tak ada signboard. kami cam tempat ni pun sebab ternampak banner Nuffnang.

kami sampai kira-kira pukul 3.40 petang.
masa tu, tengok kereta dah berderet kat
tepi jalan. tiba di kat pintu masuk... mata anies
dah ternampak seseorang yang sangat2 familiar.
dalam masa yang sama, dalam hati dah set, 
nak cari someone yang supposed anies jumpa pada
bulan puasa hari tu tapi sayangnya kami tak berjodoh...

then bila sampai je kat banglo, sah! memang dia orangnya!
so, nak tahu siapa orangnya?

tadaaa... ni la orangnya! masa kat pintu masuk, anies jumpa 'abang Nara' ... sapa tak kenal kan dengan pemilik blog tentang artis tersohor ni... Beautifulnara. com. @ BN. sebelum datang ke sini, anies memang dah agak, BN mesti datang punyalah! then seterusnya... blogger Farah Wahyda a.k.a Mrs Secretary! farah tanya anies kenapa tak beritahu nak datang... anies cakap, sesaja... nak wat suprise kekonon... lepas tu, macam2 ceritalah yang 'terjadi' antara kami ni...

lepas register, kami merayau2 dalam banglo tu.
dah macam YB melawat kawasan pulak...
sambil2 tu kami cari juga laa mana2 blogger2 yang
kami kenal. tapi tu laa... jumpa muka yang familiar dan famous je...
macam blogger2 kat bawah ni...

pemilik blog kukukupukecik... siapa lagi kalau bukan Yuyu Zulaika! first time jumpa dan... alahai... comel je dia ni... tambah2 lagi tengah pregnant. katanya dah masuk 8 bulan. sempat anies usik dia... bersalin kat Langkawi ke? cepat2 dia menggeleng sambil ketawa. Yuyu datang bersama suaminya...

blogger yang tak perlu diperkenalkan lagi... seorang pencinta warnamerah... siapa lagi kalau bukan blogger Red Mummy! sama macam Yuyu, RM pun datang bersama suaminya. ni pun first time bertentangan mata dengannya...

well, mari kita skodeng apa yang ada / berlaku
kat dalam Wanaka The Bungalow ni?

lepas register, setiap orang akan diberi kertas ni. macam kuiz laa... so, just follow the instruction, merayau2 sikit dalam banglo tu then submit. of coz, ada hadiah menarik disediakan.

antara fun games yang dijalankan sepanjang open house ni... memang sporting laa blogger2 ni walaupun berlainan bangsa!

ada demo memasak by blogger Kasih Aleeya. hari tu, beliau masak kuah lontong dan sambal ikan bilis (kalau tak silap laa). oh, ya! kalau nak tengok gambar2 sepanjang #NNRaya ni, boleh terjah blog beliau.

wishing board dan #WowPhotoBooth. tapi yang paling curi tumpuan of coz WowPhotoBooth la... tak percaya? tengoklah pic kat bawah ni!

mentang2 laa FOC kan... sampai repeat gitu... gambar ni nak frame kan sebagai kenangan. ye laa... next year belum tentu dapat lagi ke tak peluang macam ni... nak tahu lebih lanjut tentang WowPhotoBooth, klik DI SINI.

kambing golek dan mille crepe by Humble Beginning. punya laa sedap mille crepe ni... entah berapa ketul selamat masuk ke perut! kalau yu ols nak rasa mille crepe ni, klik DI SINI. 

port yang sentiasa menjadi sasaran pengunjung di mana2 sahaja rumah terbuka.

kalau selama ni jumpa di alam maya je kan... bila dah bertentangan mata ni, masing2 memang berborak sakan la...

halaman Wanaka The Bungalow. beberapa jam sebelum majlis, hujan turun di kawasan tu. so, kawasan agak redup dan sedikit basah.

last but not least... di kesempatan ini anies nak ucapkan jutaan TERIMA KASIH kepada pihak Nuffnang serta para sponsor2 kerana memilih anies untuk menghadiri #NNRaya pada kali ini. suatu pengalaman yang menyeronokkan bila dapat berkumpul beramai2 di bawah satu bumbung macam ni walaupun tak pernah bertemu / bertentangan mata sebelum ini. TERIMA KASIH juga kepada blogger Farah dan minta maaf banyak2 sebab sebelum balik, tak sempat nak jumpa. kami ada hal lain lepas tu... dan harap2 next time kita jumpa kat SP pulak ya!


tu sahaja cerita bergambar kali ni...
daaa..

Ikan bakar special Encik Yusof, Jeti Anjung Batu, Melaka

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Suppose cerita ni di share pada bulan lepas.
entah kenapa asyik terlupa je...
laa ni dah masuk bulan 9.
so, kalau nak label sebagai story kepam pun
anies tak kisah. janji blog ni ada benda
yang nak dibebelkan. ^_^

okey, back to the title.
resto yang kami pergi ni mungkin tak famous kot.
tapi, since kami dah terjebak makan kat sini,
all i have to say: ini resto ikan bakar
TER'BEST' yang pernah kami makan!
SERIUS! dari lauk pauk sampai la ke
nasi lemaknya. semuanya sedap2 belaka!
service pun bagus. oleh kerana kami dah
booking awal2, so sampai je... terus tarik
kerusi, duduk dan tunggu makanan dihidangkan.

harga pulak? err... tu tak tahu nak cakap.
sebab makan2 ni, mak cik anies yang belanja.
so, kitorang just buka mulut dan burrrrppp!!
ops!

malas nak taip intro panjang2.
jadi layankan lah yek apa yang ada ni!

kebetulan dah berkumpul ramai2 ni, so kami celebrate birthday opah dan afiq sekali!

sebelum masing2 lupa daratan, cepat2 anies snap 'apa2 yang patut'. kicap dan nasi lemak adalah 2 benda wajib kalau makan ikan bakar kat Melaka ni!

ikan siakap masak sweet sour dan bakar. sluurrrppp... masa taip ni, air liur mengalir dengan begitu deras sekali! tolongggg...

sotong goreng tepung dan sosnya. ni pun, toleh belakang dah tinggal pinggan je! memang rangup dan manis sotongnya. waduhhh... bila nak repeat lagi ni??

semua sekali dalam 30++ orang. masing2 makan bertambah! tambah2 lagi ditiup bayu laut...perrrghhh... heaven! nikmat duniawi...

ada lauk yang tertinggal. kangkung goreng belacan. ni pun sedap juga. anies ratah macam tu je...

ada nampak tak kupang rebus? sebelah jug hijau tu... hah, yang ni pun best jugak... almaklum laaa... dah lama tak makan kupang.

my family... sebelum datang ke sini, masing2 dah kosongkan perut. so, bila dah makan... hah, tengoklah! memang sah2 lupa daratan! bukti DNAnya? tengok je laa budak yang pakai baju kuning tu...

ni restorannya. lokasinya senang je. bersebelahan jeti utama ke Pulau Besar (kira-kira 15KM dari bandar Melaka dan 1KM je dari Medan Ikan Bakar Terapung, Umbai) tak tahu? alaa... PTPTN Google Map / GPS kan ado! dibuka setiap hari, dari pukul 5 petang hingga 1 pagi. kalau nak booking awal2, telefon je nombor di atas. Insya-Allah, anies jamin, resto ni memang tak menghampakan tekak dan perut yu ols!


p/s encik Yusof ni bekas penjual / pemborong ikan.
so, ikan2 dan seafood di resto ni... of coz yang
fresh2!

okey... daaa...

bloglist September dah di update. sesiapa belum join lagi, boleh klik kat SINI.

#NNPremierScreening #AsAboveSoBelow. merci beaucoup Nuffnang!

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Sinopsis

Scarlett Marlowe (lakonan Perdita Weeks) merupakan 
seorang arkeologis, berhasrat untuk menyambung kerja-kerja 
yang dilakukan oleh mendiang bapanya yang 
juga merupakan pengkaji sejarah terkenal untuk mencari 
a philosopher stone. di Paris, Scarlett telah melakukan 
suatu eksplorasi untuk mengkaji kubur-kubur 
yang tertanam di bawah bandar Paris. bersama-sama 
rakannya George (Ben Heldman) dan Benji sebagai 
jurukamera, mereka meminta bantuan daripada 
seorang penduduk Paris bernama Papillon. Papillon 
turut membawa Souxie dan Zed bagi melancarkan 
misi Scarlett. apabila mereka telah menemui kubur-kubur 
yang tertanam di bawah bandar metropolitan itu, 
Scarlett meneruskan hasratnya untuk terus 
mencari philosopher stoneitu. namun, pencarian 
itu tidak semudah yang disangka kerana mereka 
bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan 
pelbagai cabaran di dalam terowongtersebut 
tetapi juga mereka diburu dan dihantui pelbagai 
gangguan yang juga merupakan ungkitan kepada 
dosa-dosayang pernah mereka lakukan sebelum itu.

my review

filem ini mirip kepada filem The Da Vinci Code 
dan juga filem The Enchanted. Namun bezanya 
dengan filem ini, jalan ceritanya straight to the point. 
bermula dari mereka memasuki kubur di bawah tanah, 
kemudian terperangkap serta diburu dan akhirnya 
mereka berjaya mencari jalan keluar setelah 
berhadapan dengan cabaran dan kematian.

filem ini dirakam secara amatur. jadi, anda yang 
menonton akan berasa pening (mungkin juga akan muntah
kerana terpaksamengikut keadaan kamera yang 
berlari-lari,bergolek-golek, jatuh terhempas dan sebagainya.

kalau dah nama filem fiksyen, of coz jalan 
ceritanya tak terlepas daripada perkara-perkara 
yang tak logik. sebagai contoh, dengan 
menggunakan philosopher stone tersebut, Scarlett 
dapat mengubati luka Souxie yang cedera parah 
selepas dihempap batu.

cerita ini ada elemen suspen dan seram. 
kalau anda jenis yang kuat melatah dan penakut, 
tak yah tengoklah kot. takut2 nanti ada yang terkucil 
pulak dalam panggung. 
^_^

daripada 5 bintang, anies beri 3 1/2 bintang.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, rezeki di awal bulan bersama Nuffnang.
TERIMA KASIH banyak2 kerana sudi memilih anies
sekali lagi untuk menyaksikan tayangan perdana
filem ini.

macam biasa... pass masuk untuk 2 orang. kali ni, dah tak sesat lagi. lagak macam dah selalu datang ke TGV ni... hahaha...

sebelum masuk panggung, layan sekejap gelagat manusia di ruang legar TGV.

row seat kami. sekadar info: jika di TGV, seat (row) A terletak paling hadapan manakala di GSC, seat (row) A terletak bersebelahan pintu masuk / seat paling belakang.

apa ni? ni bukan kedai ya tapi poster filem yang bakal berada di pawagam... unik kan?


last but not least, sekali lagi TERIMA KASIH
NUFFNANG dan kepada yang akan menonton,
enjoy the movie!

daaaa....

#NNPremiereScreening #TheMazeRunner. terima kasih Nuffnang!

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Sinopsis

kisah bermula apabila seorang remaja lelaki, 
Thomas dihantar ke suatu tempat yang dipanggil The Glade. 
di situ, dia bertemu dengan sekumpulan remaja lelaki 
yang tidak dikenalinya yang juga senasib dengannya. 
The Glade dikelilingi tembok konkrit yang besar (the maze
dan tiada siapa pun berjaya melarikan diri dari situ. 
sikap ingin tahu yang dimiliki Thomas telah membawanya 
mencari apakah misteri yang tersimpan di sebalik the maze.

setelah berjaya menewaskan Grievers (mechanical creatures) 
yang menyerupai seekor labah-labah raksasa, Thomas 
dan kawan-kawannya menemui kunci rahsia untuk membawa 
mereka keluar dari situ. akan tetapi usaha untuk mencari 
pintu dan jalan keluar itu perlu dibayar dengan kudrat, darah, 
air mata serta erti persahabatan.

my review

filem ini merupakan adaptasi daripada buku yang 
menggunakan judul yang sama, karangan James Dasher 
yang telah diterbitkan pada tahun Oktober 2007. 
buku yang dikategorikan sebagai young-adult-post 
apocalyptic science fiction ini, pada mulanya akan membuat 
penonton tertanya-tanya, bagaimana dan kenapa
sekumpulan remaja lelaki ini dihantar ke suatu tempat 
yang asing serta terpisah daripada dunia luar.

pertembungan antara sifat ingin tahu dan peraturan 
yang diwujudkan di kalangan komuniti The Glade 
sering mencetuskan pertikaman lidah antara 
Thomas dan Gally. kehadiran Teresa sebagai glader 
terakhir bukan sahaja menambah masalah tetapi 
juga menjadi tanda tanya dalam komuniti itu 
bagaimana Teresa mempunyai talipati dengan Thomas.

filem ini banyak unsur suspen terutama ketika 
mereka dihambat oleh Grievers dan bunyi-bunyian 
yang 'dikeluarkan' oleh the maze. selain itu, pada 
pandangananies, filem ini ada unsur-unsur konspirasi 
terancang untuk masyarakat dunia. siapakah yang
merancang? apakah tujuannya? akan berjayakah
konspirasi tersebut? kalau nak tahu apa konspirasi
yang anies maksudkan, yu ols kenalah pergi tengok ya!

oh, ya! besar kemungkinan filem ini akan ada 
sequelnya, sama seperti buku-bukunya.
(dah nama pun trilogy...)

untuk filem ni, daripada 5*****, anies beri 4****.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

first of all, TERIMA KASIH kepada pihak Nuffnang kerana memilih anies buat kali ke-3 ke preview screening ni. bohong laa kalau cakap tak teruja… sama terujanya macam dapat BE! (hello BE? apa khabar? sihat ke? lama tak jengah blog ni?) ^_^

buat pertama kali kami tengok kat GSC Berjaya Times Square seat okey, condition dalam panggung pun okey. tak sejuk sangat...

last but not least nak menjawab pertanyaansahabat kita ni, aiman mania... macam mana ek anies boleh dapat pass ke preview screening ni??


rasanya bloggers lain pun dah pernah cerita kot.
tak mengapa sharing is caring kan?

caranya mudah je. pertama, rajin2 laa skodeng kat
web site Encik Nuffnang tu. kalau ada post 
tentang preview screening, cepat2 klik. baca syarat2nya
sampai habis dan isikan butiran berserta jawapan 
(jika ada soalan diutarakan - selalunya memang ada).

yang ni paling penting. sebelum klik SUBMIT COMMENT,
sertakan URL blog yu ols. kalau terlupa nak taip, submit sekali lagi.

lepas tu, tunggulah emel pengesahan seperti di atas. make sure, yu ols kena selalu check emel laa bila dah dapat emel pengesahan, cepat2 laa buat RSVP.

pada hari kejadian, yu ols kena laa berangkat ke mana2 
panggung wayang yang dinyatakan dalam emel tersebut.
kalau boleh datang awal. kalau lambat, alamatnya yu ols akan
dapat seat paling depan laa... sakit tengkuk woo...

andaikata yu ols duduk di luar KL dan tak dapat nak join, 
yu ols BOLEH FORWARD emel tersebut kepada
kawan2 yu ols yang duduk di KL / Selangor sepertimana
yang dilakukan oleh bloggerAnys (klik di sini)

(mostly aniesdapati preview screening ni dibuat di
panggung2 wayang dalam area KL / Selangor sahaja)

akan tetapi, pastikan RSVP itu BELUM DIISI BUTIRANNYA.
ini kerana ketika yu ols mengambil pass tersebut,
pihak Nuffnang akan meminta butiran seperti yang tercatat pada RSVP.

usai menonton, buatlah sedikit review macam yang
anies buat ni pastu, post / share / twit kat FB, Twitter or IG Nuffnang.


dengan cara tu, who knows yu ols akan terpilih sekali 
lagi untuk menyaksikan preview screening filem2 seterusnya.

so, selamat mencuba dan selamat menonton! 
Viewing all 1644 articles
Browse latest View live