Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all 1679 articles
Browse latest View live

Time for... family dinner

$
0
0

...السلام عليكم

Last weekend, adik-beradik mama anies saja2 buat 'kenduri makan2' (kalau dah kenduri tu, memanglah ada makan2 kan...)
depa pun tak planning apa2.
dan buat kenduri ni pun tak ada tujuan apa2.
masing2 beli apa2 yang patut then masak sama2.

so malam tu, kami makan...

ayam goreng rempah, ikan bawal masak sweet sour, ikan pekasam, sayur campur, acar timun, daging masak asam pedas dan buah rock melon (menu ikut pusingan jam)
p/s tolonglah redha dengan kualiti gambar ya...

bila dah kumpul and makan beramai2 ni, memang seronok tak terkata.
masing2 dok bercerita dari A-Z.
bila penat pot pet pot pet dan perut pun dah penuh, masing2 start amik nombor tunggu giliran untuk berurut pula...
tu la aturcaranya bila berkumpul ramai2.

sekian terima kasih.

Lazy

$
0
0
...السلام عليكم

Suatu hari, di pejabat...

Man: Usop, aku tengok kau lately... tak macam dulu. dulu kau rajin tolong orang, selalu datang awal, buat kerja pun on time... tapi sekarang... kau macam dah 'kureng' je...

Usop: sebenarnya, aku perhatikan orang kat opis ni... yang datang lambat, yang pemalas dan selalu delay je memanjang... yang tu lah yang akan naik gaji dan naik pangkat... jadi, mulai sekarang, aku pun nak jadi macam diorang!

Man: ???

singa: "ada aku kesah?"

Eyes

Thr3e

$
0
0
...السلام عليكم

Hari ni, genaplah 3 tahun usia blog ni.
how time flies.
daripada suka2 baca blog kakak ipar, akhirnya terjebak juga.
(kak M... bila nak update ni? baby Arissa dah boleh berlari dah ni!)

tak dinafikan, dalam tempoh 3 tahun ni, banyak perkara / benda yang anies peroleh / pelajari daripada planet blogging ni.
ada yang lucu, ada yang sedih, ada sedap (blog masakan), ada yang comel (blog cerita pasal anak2) dan ada juga yang pelik2.
itulah yang istimewanya tentang dunia blogging ni.

apa2 pun, di kesempatan ni anies nak ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH yang tak tertingga kepada anda (termasuk encik dan puan anon) yang sudi membaca, komen termasuklah 'mem'folllow blog ni.

segala kekurangan, tersilap kata (typo juga), anies mohon jutaan kemaafan.
juga nasihat, teguran (juga sindiran), pesanankhidmat masyarakat anies terima dengan terbuka dan berlapang dada.

mudah2an jika ada perkara baik yang dikongsi di sini, harap dapat dimanfaatkan bersama.
dan mudah2an juga usaha yang tak seberapa ni, akan diberkati-Nya.

terima kasih.


hari ini juga, adalah hari ulangtahun pemergian abahanies.
jika tak keberatan, mohon kalian sedekah al-Fatihah untuk arwah.
al-Fatihah...

Work

$
0
0
...السلام عليكم

Work hard in silence, let your success be your noise!
happy Monday + happy working!

ya Allah ya Tuhan kami, kembalikanlah suasana yang indah seperti ini kepada kami.
amin...

Setia Eco Walkathon 2013

$
0
0
...السلام عليكم


Rakyat Malaysia pertama yang membawa pulang pingat emas Olimpik!
*muntahijau*

>>::<<

Ahad lepas, hari yang ditunggu2 tiba jua.
seawal 5.30am kami dah sampai kat Setia Alam.
lelapkan mata 5 minit pastu terus solat Subuh.
then barulah gerak ke Setia Eco Park.

sebenarnya ni merupakan aktiviti outdoor pertama anies dalam tahun ni.
last year, kali terakhir anies join World Walking Day 2012 kat Putrajaya.
pastu, dah busy dengan kerja, so mana2 aktiviti outdoor terpaksa dilupakan buat seketika.
sebahagian pic masa WWD 2012:

insya-Allah, World Walking Day 2013 akan berlangsung lagi.
venue belum decide lagi.

boleh cari tak, where i am??

jarak pun tak jauh.
cuma 5KM je.
kalau kat Putrajaya tu, dari Istana Kehakiman sampailah ke simpang PICC then berpatah balik.

okey, berbalik kepada Setia Eco Walkathon (SEW) ni.
sama seperti WWD, SEW ni berlangsung saban tahun.
tahun ni, SEW menerima penyertaan sebanyak 3300 penyertaan.

masa ni baru pukul 7 pagi.
jerebu agak tebal.

warm up session.
mmm... biasalah...
aktiviti macam ni, selalunya didominasi oleh non-Malay.

@ starting line.
muka excited!

lautan hijau.
oh ya!
walkathon bermula tepat jam 7.30 pagi.
tengok kat belakang tu!
kelabu asap je...

bukan orang dewasa / muda je yang join.
kanak2 pun ada.
tapi paling respect, pak cik yang dah berumur 70++ pun join sekali.
kiteorang baru masuk 1KM, dia dah U-turn ko!
ko mampu??

Hulk, Superman dan Spiderman yang tersalah landing.
sian...

1st water station.
yang besar gedabak tu mascot Setia Eco.

masa ni tinggal 1KM je lagi sebelum finishing line.
so amik kesempatan untk posing2.
sian yang kena bongkok tu sebab nak beri laluan kepada unpaid model tu.
;-)

walking allows you to deal better with your stress and increase energy.
hah, so kalau dah stress sangat2, jangan dibaling periuk belanga lesung batu giling tu!
gi la jalan2.
ke Bandung ke, Liverpool ke, Disneyland ke... 
(ayat2 hint)
;-)


oh, tengok tu!
peserta negara kita semakin manghampiri garisan penamat!
sikit lagi!
sikit lagi!

yeahhh!!
(sambil lompat bintang)
akhirnya beliau berjaya menamatkan walkathon beliau dalam jangkamasa tepat 1 jam!
(ek eleh... pok cik yang umur 70++ tu selamba je dia jalan 20 minit dah tiba finishing line!)

cepat2!
pasangkan lagu Negaraku!
sejarah bakal tercipta!

you're the best!
tahniah kerana berjaya mengharumkan nama sendiri!

bagus tak?
lepas penat berjalan, organizer sediakan nasi untuk sarapan.
weehhh... jangan salah tafsir ye.
tu nasi + lauk pauk organik giteww...
sedap beb!
kenyang sampai ke petang.

goodie bag, massage bip dan medal.
kat message bip tu ada nombor bertuah.
tapi bila wat lucky draw, selalunya memang unlucky.
kesian...


lepas makan, check berat.
bagus tak?
tapi bila tengok slip ni, rasa nak melompat2.
walaupun lemak2 manja tu masih berkampung di sana sini dalam badan ni, tapi bila tengok ideal body weight tu, tetiba rasa membuak2 nak berdiet monyet.
sabaq no... bulan puasa ni kita pulun habis-habisan.
raya nanti, kita boleh posing2 dengan kebaya nyonya!
;-) 

Friend

$
0
0
...السلام عليكم

Adakalanya, kita boleh tahu siapa kawan dan siapa sahabat dengan hanya satu kesilapan sahaja...

ini *kawan siam* saya.

Chaupadi

$
0
0
...السلام عليكم

Meskipun kita telah memasuki era yang serba-serbi canggih lagi terkini, namun masih ada masyarakat di dunia ini yang belum terbuka fikiran mereka sepenuhnya akibat 'dibelenggu' oleh adat, amalan tradisi  kuno dan sebagainya.
salah satu daripadanya adalah 'Chaupadi'.
amalan tradisi ini masih diamalkan oleh sebahagian masyarakat di negara Nepal.


menurut amalan ini, mana2 wanita yang didatangi haid hendaklah mengasingkan diri mereka.
ini bermakna, mereka tidak dibenarkan berada di dalam kediaman mereka sepanjang proses haid berlaku.
mengapa?
mereka percaya, wanita yang didatangi haid ini akan membawa 'sial' (kepada keluarga) dan kediaman mereka akan dimasuki haiwan liar.

di mana mereka akan ditempatkan?
sebuah bilik khas (hut) dibina berdekatan dengan kediaman dan kaum wanita akan 'tinggal' di situ selama haid berlangsung.
jika mereka didatangi haid selama 14 hari, maka 14 harilah mereka akan berada di situ.
pun begitu, mereka tetap diberi makan, mandi dan membuat aktiviti yang lain.
bezanya, mereka tidak diebnarkan berada di dalam kediaman.

pun begitu, masih ada individu / NGO yang menentang amalan ini disebabkan beberapa perkara.
antaranya, kes rogol yang terjadi ke atas wanita yang 'sedang mengamalkan Chaupadi' ini sehingga melahirkan anak.
pun begitu, tentangan ini ibarat 'mencurahkan air ke atas daun keladi' kerana wujud masyarakat / individu yang masih berpegang teguh dengan amalan ini.

p/s alhamdulillah, Islam tidak mendiskriminasi kaum wanita seperti amalan ini. malah mereka yang didatangi haid tetap dipandang mulia di sisi-Nya.


Devils and man

Why i am so cute?

Last Sunday...

$
0
0
...السلام عليكم

Kalau ikutkan plan awal, kenduri ni sebenarnya berlangsung pada hari Sabtu.
tapi, disebabkan hal2 yang tak dapat dielakkan, maka ditunda ke hari Ahad walaupun hari tersebut, kenduri kat kampung tu berlangsung di sana sini.

ada tiga sebab kenduri ni diadakan.
pertama, mama dan ayah anies akan mengerjakan umrah hujung bulan ni.
kedua, kenduri arwah.
dan ketiga, kerana menyambut orang baharu iaitu...

Ahmad Muaz.
sempoi punya nama.
(bagus juga... tak berbelit2 nak menyebutnya ;-)
masa ni baru je berusia 2 minggu.
Muaz merupakan cucu ke 24 dan cucu pertama bagi sebelah ayahnya.

ni Danish.
2 tahun 5 bulan.
sepupu Muaz.
sangat suka dengan Muaz.
 di mana ada Muaz, di situ ada Danish.
dengan adik dia, Daniel... langsung dia tak kisah.

okey...
tayang2 menu hari tu.
daging masak asam pedas, ayam golek, kobis masak lemak dan ayam masak lemak cili padi.
yang berbungkus plasik tu, berkat (door gift)
daging masak asam tu memang mabeles ko!
siap tapaw bawa balik ke KL!
^_^

dan satu lagi menu wajib...
kuih mentalam a.k.a seri muka.
ni pun tapaw juga.
dan dah pun selamat dibaham.
mmm... nampaknya raya tahun ni tak merasalah kami kuih ni...
sob sob sob

Mosquito

$
0
0
...السلام عليكم


Cara paling selamat untuk mengelakkan nyamuk memasuki rumah kita adalah:
sorokkan selipar dan kasut yang ada. 
nanti nyamuk tu akan fikir, "ooo... di dalam rumah ni tak ada orang..."

Hot, hot chocolate

$
0
0
...السلام عليكم

Hot, hot chocolate-
with marshmallows and extra foam.
hot, hot chocolate-
i'd like to take some home.
hot, hot chocolate-
i like it a lot.
hot, hot chocolate-
put some in my mail slot.
hot, hot chocolate-
oh, just give me some.
hot, hot chocolate!

source: Highlights, no. 713

Parents / happy

$
0
0
Jika inginkan ibumu gembira, berbuallah dengannya.
jika mahu ayahmu gembira, dengarlah kata-katanya.


p/s maaf kawan2.
ada urgent task lately dan internet prob.
sebab tu agak jarang dapat berkunjung ke teratak yu ols dalam seminggu dua ni...

testing


Tempting

Congratulation, you're entering the Ramadan zone!

$
0
0
...السلام عليكم


Kain sutera kain kasa,
indah sungguh sulaman si Nyonya;
berbahagialah orang yang dapat berpuasa;
rahmat Allah sentiasa menyiraminya.

banyak sungguh ikan tenggiri,
dibawa bersama di dalam sampan;
dosa dan noda mengulit diri,
sudikah kalian menghulurkan kemaafan?

apakah beza tumpi dan tampi,
usah diukur budi sedepa;
puasa sahaja tidak mencukupi,
solat terawih, bersedekah jangan dilupa.

p/s kalau yu ols pening sebab tengok pic kat atas tu berputaq2, nanti minta kat anies minyak cap lembing ye ;-)

How fast your website loads?

$
0
0
...السلام عليكم

Ada beberapa blog yang anies kunjungi dan mendapati blog mereka...
"ya Allah... lamanya nak loading..."
jadi, anies pun beritahulah kat empunya blog tu pasal hal ni.
bukan nak kondem or marah or nak hambat depa...
no no no!

cuma sekadar nak memberitahu sedikit kesulitan yang dihadapi.
sebabnya, kadang2 certain blog yang 'berat ya amat'  ni boleh menyebabkan orang susah nak singgah.
pastu mula la...
moncong sedepa.
betul tak?
kalau salah, tolong betulkan ya....

semalam dok belek2 website, tetiba terjumpa satu benda alah ni.

klik gambar untuk tumbesaran yang sihat.

caranya sangat2 simple. kalau tak tahu nak guna, kat website ni ada beritahu macam mana nak guna. seterusnya, masukkan URL blog yu ols. eik, URL pun lupa ke? lastly, lepas klik check, akan keluar result nya.
dari situ yu ols boleh tahulah 'berat blog' yu ols tu.
senang kan?
"then anies... kenapa blog patik ni berat? sebab patik tak exercise ke?"

mungkinlah kot!
tak exercise nak remove or delete benda2 yang kurang penting kat blog tu.
kadang kala mungkin bila up banyak gambar, blog pun jadilah kura-kura diserang parkinson.

so, apa website nya?
ni website nya ya tuan puan.
cuma klik je:
http://www.iwebtool.com/speed_test
hopefull entry ni dapat membantu.
daaaa....

Dome / Lailatul qadar

$
0
0
...السلام عليكم

"Lepas basuh pinggan ni, ikut abah gi masjid," arah abah kepadaku.

emak yang sedang berdiri di sebelahku cuma mengangguk.
maksud anggukan itu adalah, aku kena ikut abah ke masjid untuk solat subuh dan jangan melawan kata-katanya.

jadinya, niat asalku untuk menarik gebar dan memeluk bantal busukku selepas bersahur tidak kesampaian.

5 minit sebelum azan, aku membonceng motorsikal abah tanpa helmet.
kami hanya berkopiah.
lagipun, jarak masjid dan rumah aku cuma beberapa meter sahaja.

tiba-tiba aku berasa sedikit ganjil.
dalam cahaya yang suram di kala itu, aku ternampak kubah masjid berada di atas tanah!
bukan berada di atas bumbung, seperti kebiasaan.
eh, apakah??

abah pula seperti tidak nampak 'keganjilan' itu.
lalu aku pun mencuit bahunya dan menunjukkan ke arah kubah yang berada di atas tanah itu.
di fikiranku, mungkin kubah tu sedang bersujud?

"apa hal?" soal abah.
"lailatul qadar," jawabku spontan sambil jariku tetap menunjuk ke arah kubah tersebut.

tiba-tiba abah sekel kepala aku.

"adoi!" jeritku.

"dah berapa lama kau tak pergi ke masjid, hah?"

aku tercengang.

"masjid tu tengah renovate. bumbung bocor. jadi, diorang alihkan kubah tu ke atas tanah buat sementara... pandai!!!"

moral of the story: rajin2 lah jengah ke masjid berdekatan walaupun bukan untuk bersolat ^_^

Who's to blame?

$
0
0
...السلام عليكم

Terkejut juga bila tengok video ni.
alahai...
kecik2 lagi dah pandai mencuri.
bila dah besar nanti, nak mencuri apa pula ya?


so, siapa yang harus dipersalahkan?
ibu bapanya?
atau anak kecil itu sendiri?


"Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih). Kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi."
Viewing all 1679 articles
Browse latest View live