...السلام عليكم
(Update versi nak cepat)
nama pun nak cepat, so nak bercerita cam ne boleh ter'attend' dan boleh ter'dapat'kan tiket konsert ni...
rasanya sampai 7 keturunan pun belum tentu habis nak pot pet pot pet kat sini.
apa2 pun, di kesempatan ni kami nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Willi dari Warner Music Malaysia di atas tiket ni.
sebelum balik, kami sempat pesan kat Willi.
kalau ada events yang best2, roger2 lah kami yek!
(muka tak malu masa tu)
okey, back to the title.
first time Linkin Park (LP) datang ke sini pada tahun 2003, kami cuma mampu verangan je la.
nak pergi masa tu, mana la nak cekau $$ kannn...
almaklumlah, orang tengah study lagi.
lepas 10 tahun, memang tak sangka daripada verangan2 tu jadi kenyataan.
dan tak sangka juga, salah seorang officemate ni minat sesangat dengan LP.
bersungguh dia cari tiket walaupun dah last minute.
tapi dah nama rezeki, tak kan ke mana la kannn...
malam tersebut, LP menyampaikan 21 buah lagu yang dipetik daripada album2 terdahulu hingga yang terkini.
FYI, siri jelajah di KL ni merupakan konsert terakhir selepas California, Tokyo, Osaka, Hongkong, Manila dan Taipei.
kemantapan vocal Chester memang tak dinafikan.
sampai kiteorang terfikir, macam mana la dia boleh kekalkan kelantangan suara dia tu selama 1 1/2 jam konsert berlangsung.
selain kehebatan vocal Chester yang dibantu oleh Mike Shinoda, konsert ni juga menampilkan sistem audio yang memang superb.
rasa macam giant speaker tu diletakkan kat sebelah telinga jer...
(kata nak cepat, tapi bila da menaip susah nak berhenti)
overall... LP memang best!!
bila tengok tiket ni, macam tak percaya...
betul ke dah ter'attend' konsert LP ni?
ni masa pembukaan.
Joe Hahn yang superb.
sorry ye, gambar memang tak banyak.
sebabnya, kami attend bukan untuk ber'photoshoot'
^_^
vocal Chester - thumbs up!
i was there!
mak ngah berbaju merah was there!!!
Liverpool Simon Mignolet fan was thereeeee!!
eh, tetiba...
aiseh... sibuk la tangan popeye ni...
daripada anies, khas untuk yu ols yang tak dapat pergi / yang tak dapat tiket / yang selalu verangan nak pergi / yang terpaksa cancel last2 minute... ;-)