✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
dari The Marble Mountains, bas yang kami naiki singgah di sini.
sebenarnya, anies tak tahu nama tempat ni. so, just letak je title macam tu. puas cari signage tapi tak satu pun tak ada.
sememangnya dah jadi kelaziman bagi mana2 travel agency untuk bawa ahli rombongan mereka ke tempat2 sebegini. kalau nak beli barang2 kat sini, just beli macam biasa. nanti pihak agency akan dapatlah sedikit komisyen.
tapi yang kelakarnya adalah, ahli rombongan kami seorang pun tak beli barang2 yang dipamerkan. sebaliknya diorang beli minyak angin. 😂😂😂
ada juga yang beli bracelet, tapi bukan semua beli sebab diorang dah beli sebelum beredar kat gerai souvenir @ The Marble Mountains. tambah pula harganya jauh lebih murah selain boleh tawar menawar berbanding harga kat gallery ni.
since tak ada apa nak buat kat sini, anies pun apa lagi... snap gambarlah!
mula2 takut juga nak snap. takut kena marah dengan staf gallery ni. bila tak ada sesiapa pun sound, anies pun terus buat kerja macam biasa.
sebenarnya ada juga sculpture yang anies berkenan. tapi tulah, tengok harga... boleh beli tiket flight ke Da Nang sekali lagi kot 😅😅😅
so, macam biasa...layanlah gambar yang ada ni ya...
p/s jangan tanya anies sculpture ni diperbuat daripada. sculpture tu diperbuat daripada batu apa ya...i have no idea😁😁
halaman gallery... sebaik turun bus, ni lah yang kami nampak dulu... anies perhatikan kebanyakan sculpture yang besar2 diletakkan di luar... tapi ada juga yang bersaiz kecil... p/s jangan tanya harga sculpture semua ni ya...
kalau tak silap, kerja2 pertukangan dilakukan di sini...
jom tengok apa yang ada kat dalam gallery!
perhiasan wanita memang wajib ada. yang tak ada duit je 😂😂😂😂
anies berkenan dengan bag marble tu tapi bila tengok harga, pengsan sekejap. eh... bukan diperbuat daripada manik ya! marble yu ols!
marble kaler pink khas untuk peminat2 BlackPink... eh ehh!
masa kecil2 dulu, kalau pergi kedai emas, rasa nak korek2 je benda alah ni hahaha... tapi bila sampai kat sini, tak terasa pun nak korek batu ni...
meghelip ghelip dik non oiii
kalau pasu ni kucing yang langgar, pasu tak pecah tapi kucing yang arwah😅😅😅
terjah gallery lain. tak jauh pun... sebelah je...
cuma kat sini je ko boleh jumpa ikan kelisa kaler pink😅😅😅
tiada ku sangka...bola-bola api sambung cepat!
puas merayau dalam gallery, kita ke halaman pula... kat sini pun banyak juga... tapi kami tengok dari jauh je sebab ada pekerja tengah siram bunga...
halaman sebelah tepi gallery... sangat besar lor... yang belakang tu gallery kedua
belinya tak... posing je lebeyyyy😅😅😅😅 actually gallery sebegini memang banyak kat sekitar Da Nang. ada yang kecil ada yang besar...cuma sediakan duit jelah kalau dah sampai sini...
so, di kesempatan ni anies nak ucapkan SALAM AIDIL ADHA buat semua kawan2 tak kira di mana korang berada... hati2 di jalan raya!
thanks 4 reading...
daaaa