Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all 1679 articles
Browse latest View live

Demam rindu dan ubatnya adalah...

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

First and foremost,
10 jari disusun
ampun dan maaf
kerana tak update... satu hal.
tak BW pun satu hal.
tak follow back pun... satu hal.

hactic week dan akhirnya...
demam!
walaupun demam biasa2 je
tapi sangatlah tak bernafsu nafsi
nak hadap PC.

apa2 pun TERIMA KASIH
banyak2 kepada kawan2 yang masih
sudi meninggalkan jejak kasih di blog ni.

tak nak berjanji lagi
tapi akan cuba mengayuh
blog ke blog dengan lenggang lengguknya.

dan untuk YAB. Nuffnang,
TERIMA KASIH kerana bagi
UBAT DEMAM RINDU ni...
dari lembik bak agar2, terus
jadi Badang yang gagah perkasa!
toche, toche...

Alhamdulillah... tak banyak tapi cukup untuk melempiaskan nafsu rindu yang membuak2...
(membuak2 la saangaattt)


Bukan kerana aku tak sayang

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Sambungan daripada cerita ni.

"kita kahwin bulan 10 nanti ya,
sempena hari jadi awak?"
dia bertanya lagi.

saya memandangnya.
setiap yang ada di wajahnya,
saya tilik, saya pandang.
tapi pandangan itu = kosong.
(terngiang-ngiang lagu Najwa Latif)

haaaaaahh...
hela nafas saya lepaskan.
berat.berat.berat.
sebenarnya... saya tak dapat
nak tafsirkan apa
yang saya rasakan ketika itu.

gembira?
sedih?
rasa nak melompat?
chak kun chak?
atau rasa nak melarikan diri?
arrghhh... saya tak tahu...
kenapa ya?

melihat saya mendiamkan diri
tanpa sebarang jawapan,
dia membuka mulut sekali lagi.

"awak, awak dengar tak ni?"
lembut suaranya menyapa gegendang.
lantas saya menunduk.
melarikan wajah daripada santapan matanya.
(oh, bebola matanya itu...)
pun begitu, tunduk saya itu bukan bermaksud
saya menjawab soalannya.
saya tunduk sebab... saya kelu!
kenapa begitu?

saya terdengar keluhan
keluar dari mulutnya.
kemudian dia mengusap mukanya.
berkali-kali.

sesaat, dua saat, tiga saat...
seminit, seminit setengah...
diam menghuni antara kami.
pun begitu, kami masih tidak berganjak.
masih lagi berdiri di hadapan
kedai Habib Jewels.
(oh, eksklusif tu!)
dan saya tahu, orang yang lalu lalang di
situ memerhatikan gelagat kami.

tapi saya tak kisah.
dia juga mungkin tak kisah.
sebab sekarang kami tengah 'shooting'
drama dan pelakonnya ialah kami.
so, syoohhh... syooohhh!

"awak!"
suara dia memeranjatkan saya.
perlahan, saya mengangkat muka.
"kenapa ni? awak marah saya ke?"
dia bertanya.
pertanyaan itu saya jawab dengan gelengan.
"habis tu, kenapa awak tak jawab pertanyaan
saya ni? kalau awak marah, saya betul-betul
minta maaf. saya tak ada
niat untuk menyimpan atau menyembunyikan
hal ni daripada awak. saya cuma nak..."

"awak!" saya memotong kata-katanya.
dia memandang saya dengan
anak mata yang membulat.
saya tahu, anak mata itu
mengandungi harapan.
anak mata itu amat berkeinginan.
tapi betahkah saya untuk menghancurkan
harapan itu?

"saya..." kata-kata itu tergantung
dengan keluhan yang berat.
"ya teruskan!" desaknya.
"awak pun tahu kan... yang saya ni..."

"awak! kenapa awak nak kaitkan
hal tu dengan apa yang saya pinta ni?
awak memang tak sayang saya ke?"

dush!!
soalan maut tu!
tapi bagi orang lain mungkin tak.

"awak tak sayang saya lagi ke?"
diulang soalan itu.
saya menunduk memandang high heel
setinggi 3 inci.
(devil wears Prada!)

"baiklah. saya dah tahu jawapan awak."
saya mengangkat muka.
"apa yang awak tahu?" soal saya.
"awak memang tak sayang saya.
sebab tu awak tak nak kahwin dengan saya.
dan sekarang saya tahu..."

"tahu apa?" saya menyampuk iba-tiba.
dia menarik nafas.
dia sudah tidak memandang saya lagi.

"saya tahu yang selama ni, hanya
saya seorang sahaja yang bertepuk sebelah
tangan dan terhegeh-hegeh dengan awak!
betul kan?" tekannya.

saya memejamkan mata.
menahan gegaran yang
tiba-tiba menyerang jantung ini.

arrghhh... itu adalah DUSTA!

"sampai hati awak cakap macam tu
kat saya," suara saya sudah kendur sambil
menelan air liur yang pahit,
dia tersengih dan saya tahu,
itu senyuman menyindir.

"awak cakap saya tak sampai hati?
habis tu, awak sampai hati laa
sangat ya buat saya macam ni??"

"bukan macam tu!" tegas saya.
"habis tu?"

saya terdiam lagi.
riak wajahnya sudah bertukar
corak kebosanan.

"beginilah..." dia bersuara
seolah-olah mahu mengakhiri
bicara kami.
"saya rasa..."

tiba-tiba...

"sayang... kenapa ni?"
satu suara agak nyaring mencelah.
kami berpaling serentak.
gulp!
air muka saya berubah.
dia juga begitu.

"sayang.... kenapa ni?"
ulangnya dengan suara yang
penuh lemak berkrim.

lantas empunya suara itu menghampiri kami.
saya memandangnya dari
atas hingga ke bawah.

mahu saya menafsirkannya?
berambut panjang.
blond. curly.
jeans hitam ikut bentuk kaki.
singlet.. of coz tak berlengan.
cardigan satin polkadot kaler purple / putih.
handbag bernama VL.
cheezy wedges 4 inci kaler merah.
Kate Upton ke ni??
fullstop!

'siapa dia ni?' hati saya menyoal.
diekori degupan bak gendang dipalu!

to be continued...

Mini giveaway untuk followers

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Tetiba berdebar pulak bila nak
announce untuk anjurkan mini GA
buat pertama kali dalam tahun ni.

dapat sambutan ke tidak?
Insya-Allah...
blogger2 kat Malaysia ni kan
suka nak join benda2 macam ni?
betul tak?
^_^


okeylah, tak nak panjangkan cerita,
anies nak jemput semua followers
blog ni untuk join mini GA ni.

syaratnya simple je...
1. pastikan anda follower blog ni.
2. di ruang komen, sila pilih nombor buku pilihan anda. satu sahaja.
3. sertakan URL blog.
4. sertakan VALID EMAIL.
5. kalau nak buat entry tentang mini GA ni, sertakan sekali LINK nyer... tak nak buat pun tak apa.

4 pemenang akan menerima buku pilihan
berserta AUTOGRAF EKSKLUSIF DARIPADA PENULIS DAN SATU HADIAH MISTERI.

pemenang dipilih secara rambang (random)
dan akan diumumkan pada 4/6/2014 = Rabu.

tu sahaja.
so... ALL THE BEST!

Layan lagu2 Senario sambil buat kerja

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

P/s suka Senario ketika
ada Yasin dan Apek.
yu ols pulak macam mana?







:: Mini GA untuk followers akan berakhir hari ini.
TERIMA KASIH BANYAK2 kepada yang dah join.
yang belum, masih ada peluang lagi!

Mini GA : hah, ni lah pemenangnya!

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Alhamdulillah...
pertama sekali, TERIMA KASIH DAUN KELADI
di atas kesudian dato' datin bloggers
yang telah men'join' diri dalam mini GA
yang anies anjurkan.
terima kasih banyak2!

insya-Allah, akan datang kalau ada
rezeki, akan aniesanjurkan lagi.
nak join tak?
(hahaha... belum apa2 lagi dah mengajak yek!)

kepada yang dah follow juga,
TERIMA KASIH BANYAK2!
insya-Allah akan anies follow back, ya!

okey, sebelum anies umumkan pemenangnya,
sukacitanya nak bagi SUPRISE sikit.
jeng jeng jengggg...


senarai peserta di bawah anies bahagikan kepada dua.
pertama, peserta yang join tanpa entry.
kedua, peserta yang join dengan entry.

kalau sebelum ni, anies cuma nak 4 pemenang sahaja,
tapi setelah ubah fikiran,
anies decide untuk sediakan 5 hadiah. (5 pemenang)

bagi pemenang yang join dengan entry,
anda akan menerima satu lagi hadiah misteri
sebagai penghargaan anies kerana sudi menyediakan
satu entry khas untuk mini GA ni walaupun
TAHU BLOG NI TAK BOLEH COPY PASTE.
(tapi boleh je buat kan dengan print screen?
yu ols kan cerdik... ;-))

dah, dah...tak nak menceceh banyak2.
berikut adalah senarai peserta yang:

JOIN TANPA ENTRY

4. anim
11. amy j
12. cikna
14. nureen
20. nar's
23. rinna

JOIN DENGAN ENTRY

33. fieqa

dan berikut adalah keputusannya.
cekidaut!

hadiah: buku no. 1 + hadiah misteri

hadiah: buku no. 4 + hadiah misteri

hadiah: buku no. 1 + 2 hadiah misteri

hadiah: buku no. 1 + hadiah misteri

hadiah: buku no. 1 + hadiah misteri


TAHNIAH!
ALFUN MABRUK!
CONGRATULATION!

kepada yang tidak berjaya,
don't worry... seperti yang anies 
cakap tadi, ada rezeki akan anies anjurkan 
lagi... in the future...
insya-Allah...

kepada pemenang,
SILA CHECK EMEL MASING2 YA!

okey... tu je.
terima kasih dan...
daaa...

Bukan cerita Laila + Majnun tapi cerita Laila + Bob

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Rasanya belum terlambat untuk
kami mengucapkan selamat pengantin baru
untuk kedua2 opismet kami ni...

sebenarnya tak ada cerita sensasi
pun pasal depa ni.
kalau tanya kami 1 opis ni,
kami memang dah tahu da
depa ni berkapel since
Laila masuk opis ni lebih
kurang 2-3 tahun yang lepas.

Alhamdulillah, jodoh diorang memang kuat.
dan ketika anies taip entry ni,
diorang masih bercuti lagi.
pergi hanimun kot?

gambar cuma ada dua ketui je.
cukuplah sekadar menghiasi
blog yang tak berapa nak glamer ni... ;-)
tu pun ehsan daripada si Rabiatul.
tenkiu Rabiatul!

apa2 pun, barakallahu lakuma...
wabaraka alaikuma
wajam'a bainakuma fi khir...

kalau tak silap, ni gambar sebelum jadi isteri orang ;-)
majlis nikah berlangsung pada sebelah pagi.
manakala bersanding pada tengah hari (hari yang sama)

Laila + Bob, selepas majlis nikah.
sebenarnya majlis mereka juga disertai kakak Laila + abang ipar
tapi mereka dah bernikah pada Mac yang lepas.


p/s petang esok,2 orang opismet kami akan bernikah.
mmm... agak2 nyer dapat ke kami keluar untuk
raikan majlis mereka?? 
bos... pleaseeeee....

Melatah dan cara merawatnya

$
0
0
✿...السلام عليكم✿ 

Kalau rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat,
melatah bermaksud mengeluarkan perkataan
atau membuat sesuatu dengan tidak sengaja
kerana terperanjat / terkejut dan sebagainya.

manakala latah adalah sejenis penyakit saraf
yang menyebabkan seseorang itu tidak
sedar apa yang dilakukannya, suka mengikut
perbuatan atau suruhan orang dengan tidak sedari,
mengeluarkan perkataan atau membuat sesuatu
dengan tidak disengajakan kerana
terperanjat / terkejut dan  sebagainya.

melatah, mengikut satu kajian biasanya
terjadi dalam kalangan masyarakat
yang tinggal di Asia.
pun begitu tiada fakta atau statistik
yang menunjukkan secara tepat bilangan
atau jumlah mereka yang mengidap
penyakit ini.

dalam masyarakat di khususnya Malaysia,
melatah bukan perkara yang baharu.
ada sesetengah daripada kita,
sejak kecil lagi sudah tahu / kenal
apa itu melatah / latah disebabkan
perkara / orang sekeliling.

Noor Khiriah, Idah Moin, Aisyah AF7 ialah antara
selebriti yang dikatakan 'kuat melatah'.
pun begitu, latah mereka tidaklah
sampai mencedera atau melukakan
sesiapa yang bersama mereka ketika itu.


dah jauh dari topik sebenarnya ni.
kalau nak tahu bagaimana melatah
dapat dirawat, sila baca dua kisah benar ini.
mudah-mudahan, perkongsian ini dapat
membantu saudara-saudara kita yang mengidap
penyakit ini, sembuh dan hidup seperti insan
yang lain. Insya-Allah.

KISAH 1

Nek Tam sememangnya sudah terkenal
di kampungnya kerana latahnya.
pantang terperanjat sedikit, maka akan keluarlah
perkataan2 yang mencuit hati termasuklah
perkataan yang 'tak sedap didengar'.
bukan itu sahaja, latahnya juga disertai
perbuatan seperti bersilat, mencubit, melompat
dan sebagainya.

pada suatu hari, Nek Tam menerima berita baik
bahawa beliau telah dijemput Ilahi untuk menunaikan haji.

sewaktu hari keberangkatannya, Nek Tam telah berkata
kepada sanak-saudaranya.
"nanti dah sampai di depan Kaabah, aku nak
berdoa bersungguh-sungguh agar balik nanti
aku tak kan melatah lagi."
mereka yang mendengar kata-kata Nek Tam
sekadar tersenyum sahaja.

sekembali dari menunaikan haji, tiada apa-apa
perubahan secara fizikal pada Nek Tam.
entah macam mana, suatu hari ketika Nek Tam
sedang memasak bersama anaknya, tiba-tiba
periuk yang dipegang si anak terlepas.
"panggg!!!"

anak Nek Tam terkejut dengan situasi tersebut.
bukan kerana periuk yang terlepas itu.
tetapi kerana melihat emaknya yang tidak
memberi sebarang respon (melatah) tatkala
mendengar bunyi yang agak nyaring itu.

"mak tak dengar ke bunyi tadi?" anaknya
berpura-pura menyoal.
"aku dengar..." jawab Nek Tam.
"mak tak terperanjat ke?"
Nek Tam tersenyum sambil menggeleng.
dalam hati anaknya memanjat rasa syukur
kerana apa yang dihajati Nek Tam sebelum
berangkat ke Mekah telah dimakbulkan Allah SWT.

KISAH 2

sebut sahaja nama Naim, satu pejabat kenal.
bukan kerana kehensemannya tetapi kerana
tabiatnya yang suka melatah.
acapkali diganggu dan diusik oleh rakan-rakannya
tetapi Naim tidak ambil kisah.

oleh kerana sikap tidak ambil kisah itu,
maka semakin galak rakan-rakannya mengusik.

pada suatu hari, kawan-kawan Naim
berpakat mahu mengusiknya setelah 2 hari
Naim tidak hadir ke pejabat.

tatkala Naim melangkah masuk ke pejabat,
kawan-kawannya terus menyergahnya
dari sebalik pintu.
"Hah, Naim!!" jerit mereka serentak.

tetapi, situasi itu sedikit pun tidak
'mencuit' Naim dan ini membuahkan
kehairanan di benak mereka.
apa dah terjadi ni?
kenapa Naim tak melatah?

sepanjang hari itu, mereka tidak
berputusa asa untuk mengusik Naim.
malang bagi mereka, Naim sedikit pun tidak
melatah. dia hanya tersenyum melihat
gelagat kawan-kawannya.

selepas 3 hari mereka tidak berjaya mengusik
Naim, akhirnya mereka mengambil keputusan
untuk bertanya kepada Naim.

"apa ubat kau dah makan, ek?"
"kenapa kau tak melatah, ek?"
dan 1001 soalan lain.

pada mulanya Naim keberatan untuk memberitahu.
tapi selepas didesak, akhirnya Naim membuka mulut.

"aku tak makan ubat atau buat apa-apa.
aku cuma bersedekah je..." ujar Naim.
"bersedekah?" soal kawannya.
"ya. masa bersedekah tu, aku niat dalam hati
yang aku nak sembuh dari penyakit latah ni.
dan Alhamdulillah, Allah kabulkan 
permintaan aku ni..."

diharap, kisah yang singkat ini dapat memberi
sedikit ilmu untuk disebarkan dan dikongsikan.
sama ada orang yang melatah itu akan pulih
atau tidak, semuanya bergantung kepada-Nya.
cepat atau sebaliknya (proses penyembuhan) 
itu juga merupakan kuasa-Nya.
sebagai hamba-Nya kita telah berikhtiar dan berusaha.
maka selebihnya kita serahkan kepada-Nya
untuk mementukannya.
wallahu 'alam. 

Nasi arab best @ Madfoon Palace

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Masa belek2 kamera kelmarin,
tiba2 ternampak gambar2 ni.
'pap!' (tepuk dahi sendiri)

aiseehhh... macam mana boleh terlupa ek?
tu la padahnya...
makan kepala ikan bertan2.
^_^

cerita makan2 nasi arab ni rasanya
dah lebih sebulan berlalu.
usai event di PWTC, lazimnya
bos akan bawa kami makan2.
terima kasih bos!
(kami senyum sampai ke telinga)
masakan tak senyum...
makan free...
sapa yang tak suka kan? kan?

okey, ni la tempatnya.
lokasinya senang je.
terletak di Lorong Kedah,
Pusat Bandar Melawati, KL.
(belakang Wisma LJT)
waktu operasi, 10 pagi- 10 malam (setiap hari)

deko di dalam Madfoon Palace.
kalau nak feeling2 macam tengah makan kat 
Burj Al-Arab, oh... silakan... silakan!
tak tahu Burj AL-Arab?
google la sendirik!

wajah2 yang sarat dengan kesabaran
walaupun jauh di lubuk hati perut sedang
mengerang menanggung kelaparan.

di kala ini, segala kesopanan dan kesusilaan
hanya tinggal dalam Rukunegara sahaja.
wa cakap lu!!
ini punya nasi arab,
Nora kasi 5 bintang!
nasi dia = mabeles!
daging kambing = lembut bak hang!
tak de bau langsung!
ayam dia = perrghhh...
boleh jilat pinggan!

tak percaya?
acu tengok gambar ni!
masing2 lupa daratan dan lautan
bila dapat nasi arab.

bila perut dah kenyang...
so apa lagi?
sesi gosip menggosip la...

dessert.
entah apa namanya.
macam puding karamel.
sedap tapi manis melenting!
makan sesudu je dah give up.


BTW, terima kasih bos kerana belanja kami.
semoga murah rezeki bos...
Alhamdulillah... sangat2 sedap nasi arab ni.
sampai je opis mata kami jadi layu.
mengantuk giler... ;-) 

so, kepada penggemar2 nasi arab,
silalah terjah ke sini.
maaflah kalau tanya tang harga.
anies memang tak tahu...
tapi dari cerita yang anies dengar,
untuk satu set nasi arab
cuma dalam lingkungan RM25 - RM28.
standard la tu kan harganya...

Pemain2 bola sepak + rumah agam mereka

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Bagi peminat bola sepak (macam mem besar blog ni)
WC 2014 sememangnya event yang ditunggu2
pada setiap 4 tahun sekali ni.

team mana yang akan bergelar juara?
of coz la anies akan pilih Deutschland.
ops! bukan Dutchman ya...
walaupun Germany kehilangan Marco Reus,
tapi bukan penghalang untuk mereka
mara sekurang-kurangnya ke peringkat SF.
go Die Adler!!

okey. fullstop pasal WC.
hari ni just nak share tentang aset2 yang
dimiliki pemain2 (bekas) bola sepak ternama dunia.

tak dinafikan, dengan pendapatan yang
beribu2lemon setiap minggu, mereka
sememangnya mampu memiliki aset2
keduniaan walaupun hanya berbekalkan
sijil Ujian Penilaian Sekolah Rendah.

jom kita tengok 10 pemain terkenal
dan rumah agam mereka.
cekidaut!

10. Kaka 
pemain Brazil ini membeli rumah agam bernilai $3m ini 
selepas berpindah dari AC Milan pada tahun 2009. 
terletak di Madrid dan kini menjadi milik Gareth Bale 
selepas Kaka tidak lagi bermain untuk Real.

9. Andres Iniesta
rumah yang berharga $4.6m ini dibina pada 2005 dan
 mempunyai 5 bilik tidur, sebuah kolam renang dan mini gereja
namun Inesta dilaporkan menjualnya kerana dikatakan berhantu.

8. Lionel Messi
rumah berharga $5m ini turut dilengkapi sebuah 
pawagam, spa dan indoor football pitch.

7. Mario Ballotelli
rumah ini sebenarnya disewa oleh beliau 
dengan bayaran sebanyak $13, 495 sebulan
rumah berharga $5m ini dilengkapi 
indoor pool, pawagam mini dan 
di dindingnya dihiasi pelbagai deko menarik 
tentang pemain Itali ini.

6. Cristiano Ronaldo
rumah ini dibeli ketika beliau 
bermain untuk MU pada tahun 2006 dengan harga $6m
sekarang rumah ini dijual kepada 
sesiapa yang berminat (plus yang mampu!)

5. Frank Lampard
rumah 2 tingkat yang berharga $7m ini dibina 
di atas sebidang tanah seluas 19, 500 kaki persegi. 
mempunyai 12 bilik mandi, 9 bilik tidur, kolam renang 
dan sebuah boat dock. rumah ini turut 
dilengkapi gelanggang tenis, 
rumah tetamu, padang gof mini dan 
sebuah long driveway.

4. John Terry
rumah ini dilaporkan memiliki 
akuarium di bawah tanah dan pawagam mini.
 harga di pasaran bagi rumah ini adalah $7.5m
namun ketika menerima brochure daripada agen, 
beliau menyatakan tidak berminat untuk 
membeli kerana lokasinya yang tidak strategik.

3. Didier Drogba
rumah berharga $14.5m ini dibina 
di atas tanah seluas 8600 kaki persegi pada tahun 2007. 
memiliki 8 bilik mandi, 7 bilik tidur mewah, 
sebuah bilik khas untuk trofi serta beberapa 
buah bilik lain khas untuk anak-anaknya.

2. Wayne Rooney
rumah berharga sekitar $17.83m ini terletak 
di Cheshire dan dikelilingi rumah rakan2 sepasukan beliau. 
ketika berpindah, beliau telah menghabiskan 
sebanyak $1.57m hanya untuk sebuah 
lagi mansion kecil di sebelahnya.

1. David Beckham
rumah yang diberi nama Beckingham Palace 
ini dibeli pada tahun 1999 selepas mengahwini 
Victoria Adams dengan harga $20m. 

sumber

p/s ya Allah ya Tuhan kami...
permudahkanlah urusan pembelian rumah kami...
Amin...

Jom tengok filem dari Palestin! P.E.R.C.U.M.A!

$
0
0
✿...السلام عليكم✿


Setiap hari Isnin
jam 8 malam
tempat: The Square Publika, level G2,
Publika Shopping Gallery
Solaris Dutamas KL

filem2 yang akan ditayangkan:
  • Bethlehem-Hidden from View & Home Front (9 Jun 2014)
  • Five Broken Cameras (16 Jun 2014)
  • A Man Without A Cell Phone (23 Jun 2014)

:: hanya berbaki 2 lagi filem yang belum ditayangkan.

pengunjung akan diberi kopi Arab / teh pudina percuma.

filem2 ini dibawa khas oleh Viva Palestina Malaysia
sebagai sebahagian daripada KL Palestine Film Festival 
yang bakal berlangsung pada 6- 7 September 2014, 
bertempat di Black Box & White Box, Publika.

jom kawan2!!

Ana Muslim @ KLIHF 2014

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Sukacitanya anies nak jemput
kawan2 yang comel lotey lagi
ensem bergaya ni... hadir ke
Kuala Lumpur International Hijab Fair (KLIHF)
yang julung2 kali diadakan di PWTC
dari 13 - 15 Jun 2014 (Jumaat - Ahad)


dan buat pertama kali juga,
Ana Muslim (AM) berbesar hati
menyertai dan memeriahkan lagi event
yang bakal menjadi tumpuan
bukan sahaja kepada penggemar fesyen
tetapi juga kepada mereka yang
mendukung penuh industri fesyen Muslim.

kalau nak jumpa kami, lokasinya mudah je.
cari je pentas utama.
AM berada di belakang pentas utama.

dan kami juga akan menyertai beberapa event
yang dianjurkan sepanjang tiga hari
berkampung di tingkat 3 Dewan Tun Abd. Razak.
so, sila free kan diri anda pada 
event yang anies dah tandakan tu. ;-)

so, kepada kawan2 yang dihormati,
jom sama2 memeriahkan KLIHF 2014 ni.
kalau berhajat nak cari tudung raya ke, baju raya ke,
kasut raya ke, baju kawen ke...
atau pun anda berminat untuk mengetahui
lebih lanjut tentang industri fesyen
atau ingin / sedang menjalankan perniagaan yang
berkaitan dengan fesyen atau ingin menjadi
agent atau pemborong, atau sesaja nak
jumpa / berselfie dengan artis atau celebrity kegemaran,
hah, datang je ke sini!
Insya-Allah... yu ols pasti tak menyesal
untuk datang dan datang lagi.

SEE YOU THERE!!!

Layanz teater Projek Kahwin

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

AUTO PUBLISHED

Semuanya berlaku tanpa dirancang.
dalam sibuk2 dengan itu ini,
tetiba opismet datang bertanya,

"nak pergi tengok teater tak?"
"teater apa?"
"Projek Kahwin!"
"wah, best tu! berapa $$? bila?"
"FOC! malam esok!"

apa lagi, melompatlah anies masa tu.
ye laa kan... bukan senang nak dapat benda free
esp. di zaman yang serba serbi kena bayar ni...

makanya, lepas Maghrib terus bersiap dan
terus ke IB (Istana Budaya).
sebelum tu dalam hati dah berharap
moga2 malam ni pelakon Hanez Suraya
yang akan beraksi dan boleh tengok
acara balingan telur...
tapi...

kita layanz gambar2 dulu la ek!

terima kasih kepada pihak UiTM Puncak Alam
khususnya kepada Puan Lilis Syafiza & En. Kerol yang sudi 
memberi tiket ni. bukan anies sorang je ye yang
dapat tiket FOC ni... ada 60 orang lagi student
UiTM yang hadir pada malam tu.


suasana di lobi IB yang dah hampir
serupa macam butik pengantin.

first time dapat seat kat tingkat atas.
sebelum ni masuk IB banyak duduk kat bawah.
so kali ni agak jakun la...

sebelum teater bermula...
pada pandangananies laa... bila duduk
kat tingkat atas ni, rasa macam terganggu juga
la tumpuan. bila nak fokus kepada pelakon, mata
dah terarah ke tempat lain. kalau duduk kat tingkat 
bawah tak de la pulak rasa macam tu...

pembukaan cerita...
persembahan daripada student2 UiTM yang juga
merupakan penari latar bagi teater ni.
kami diberi masa 10 minit yang pertama
untuk merakam gambar. tapi lepas tu, tak boleehhh...

sebelum melabuhkan tirai...
barisan pelakon, penari, penerbit dan krew2 yang terlibat...


sinopsis cerita

mengisahkan dua orang remaja iaitu Nisa' dan Rizal
yang telah lama berkawan dan berhasrat untuk meneruskan
perhubungan mereka ke fasa yang lebih serius iaitu
berkahwin. Nisa' merupakan anak hartawan manakala
Rizal pula hanya bekerja sebagai HK (head keeper) di
sebuah zoo

Rizal diterima baik oleh ahli keluarga
Nisa' pada kunjungan pertamanya ke rumah Nisa'.
akan tetapi sebelum pulang, Rizal diberi 'syarat'
untuk memiliki Nisa' iaitu dia hendaklah menyediakan
wang hantaran yang tinggi jika benar2 serius untuk 
memperisterikan Nisa'.

Rizal yang pada mulanya bersemangat dengan
syarat tersebut akhirnya menjadi berputus asa
kerana berasakan dia sememangnya tidak mampu
untuk menyediakan wang hantaran seperti yang diminta
oleh keluarga Nisa'. 

akhirnya dengan bantuan Nisa' serta rakan2 baik mereka, 
mereka telah merancang satu projek kahwin 
bagi memenuhi syarat tersebut.

antara projek kahwin yang dirancang termasuklah
meminjam daripada along, berpura2 menjadi pemilik
butik dan sebagainya. ketika majlis mereka
semakin hampir, Rizal menemui jalan buntu.
bukan kerana wang yang dipinta tetapi kerana 
disebabkan 'permintaan' yang bukan2 daripada
keluarga Nisa' seperti sebuah majlis yang 'grand',
pakaian yang mahal, hantaran yang bermacam2
dan sebagainya. 

pun begitu, Rizal dan Nisa' akhirnya
dapat bersatu sebagai suami isteri hasil bantuan
ayah Nisa' yang berjaya 'mematahkan' angan2
ibu dan mak long Nisa'.

autograph session selepas pementasan.
antara teraju utama, dari kiri Zulin Aziz (mak long Nisa'), Sherry Al-Hadad (ibu Nisa'), Kilafairy (Nisa'), Kaka Azraf (kawan Nisa' dan Rizal), Shah Iskandar (kawan Nisa' dan Rizal), Imam Muda Asyraf (penceramah) dan Izzue Islam (Rizal)


insya-Allah sebelah petang nanti baru 
anies dapat BW ke teratak yu ols ya...
tungguuuuu....

Hariz + Ida : from classmate to housemate (episode 1)

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Entry ni sengaja dilewatkan perkongsiannya
sebab menunggu majlis di pihak lelaki
yang berlangsung selang seminggu.

lagi satu, sebab banyak gambar.
ada 3 majlis untuk diorang.
so, sebagai tanda ingatan untuk diorang,
anies abadikan momen indah mereka
kat blog yang tak seberapa ni.

manalah tau kan...
nanti anak cucu mereka boleh godek2
blog ni untuk tatapan mereka...
(waaahhhh sikit punya panjang angan2)

untuk part 1 ni, adalah gambar2
di sekitar majlis pernikahan mereka
yang berlangsung pada 6.6.14,
bertempat di Masjid Al-Ansar, AU2 Keramat.

apa2 pun terima kasih kepada
bos yang sudi beri pelepasan kepada
kami untuk 'mengulor'...
ekekeke...

kad jemputan diorang...
dah nama pun classmate.
so kad jemputan pun ada ciri2 'classmate'
ekekeke

suasana di dalam masjid
ketika majlis sedang berlangsung.
rasanya mini pelamin tu memang dah tersedia kat situ...

praktis lafaz akad nikah.
nak tengok lancar ke tidak.
gugup ke tidak... ;-)

Hariz sedang membacakan ikrar perkahwinan.

upacara membatalkan wuduk.
bila Ida dimekap macam ni,
dah macam rupa orang lain.
sempat kami usik, "ni Ida ke ni?"

oit, oitttt...
dalam masjid ni!
;-) 

bersalaman dengan ibu bapa masing2.
kami yang tengok ni pun terharu sama.

hantaran daripada pihak lelaki.
ada 7 dulang sebenarnya.

daripada pihak perempuan.
9 dulang.

geng2 opis yang mengulor...
hahaha...

mempelai dengan ibu pengantin lelaki.
selamat terima menantu kak adah...

jamuan selepas majlis.
laksa dan nasi lemak.
sedap woo...
(sebab perut tengah berdangdut raggae masa tu)

last but not least...
budak ticit super drumstik yang buat 
kitorang rasa macam nak telan, 
rasa macam nak geget, 
rasa macam nak ngap!
Hannah Tasneem.


untuk Hariz dan Ida,
barakallahu lakuma...
wabaraka 'alaikum
wajam 'abaina kuma fi khir...

TO BE CONTINUED...

Jangan ketawa kalau tak faham

KLIHF 2014 hampeh dan tak best?

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Memang pun!
kalau diberi penilaian, anies akan
beri 0.01 bintang dari 5 bintang.
kalau ada form yang tertulis macam ni:

1. terbaik
2. sangat memuaskan
3. memuaskan
4. sederhana
5. sangat tidak memuaskan

pasti semua soalan tu akan anies jawab
sangat tidak memuaskan!!

uh, geram sesangat ni!
kalau tahun depan diorang invite lagi,
memang tak hingin nak pergi.

dah laa parking penuh.
belum pukul 10AM dah full parking.
then kena menapak dalam panas2 tu.
sampai je, kena bersesak2 dengan
pengunjung. kalau sorang dua tu
okey lagi. ni berpuluh ribu.
kalau badan tu wangi tak pe.
ni... macam2 bau!
lemas tau tak? lemas!!

huuuuuu....
rileks anies...rileks...
jangan marah2. tak baik...
hari ni hari Khamis.
kau tu puasa. karang tak
pasal2 kureng pahala ko.
arrghh... pedulik hapa pahala kurang!
marah ni tau! marah!!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

okey, semua di atas adalah POYO semata2.
jangan terpedaya. jangan terpengaruh.
sila habiskan 'bacaan anda'dulu sebelum judge okey?

hakikatnya KLIHF 2014 tersangatlah best!
SERIUS!
kalau diberi peluang lagi, memang kami akan join
tanpa fikir 10000000 kali.

3 hari berkampung di PWTC sempena
KLIHF sememangnya mengujakan!
kalau sebelum ini kami dah biasa bergelumang
dengan buku2 kerana KLIBF, tapi kali ini...
huuuuuuu.... memang THORBAEK!!

meskipun ada lompang sana, lompang sini...
kami assumed ini sebagai permulaan je.
first lecture. first experiment.
almaklumlah... penganjuran kali pertama.

well... just pekakkan telinga dan... enjoy!!

banyak gambar yang ingin anies sumbatkan
kat sini tapi rasanya... elok kalau anies devided
entry ni kepada 2 bahagian.
so please consider entry ni sebagai part pertama ya...
kalau rasa nanti ada lagi nak share,
mungkin akan jadi part ke 5, ke 6 dan seterusnya...

jauh dah melalut ni.
jom, tilik2 gambar2 yang sempat anies bidik
sepanjang berada di KLIHF.
cekidaut!!

bagi yang tak tahu, event ni kena bayar sebelum masuk.
RM1 per person dan akan diberi goodies bag.
kalau macam kami ni, masuk free je.
so next time sebelum nak datang, roger2 anies k!
nanti boleh masuk free.

fashion show - antara program wajib sepanjang KLIHF.
mostly boutique owners ambil peluang ni untuk
memperkenalkan rekaan mereka kepada umum.

Dato' Shah Reza dan Mona Din (organizer) selepas tamat fashion show.

Sasha Saidin tetiba muncul di bilik persalinan kami 
ketika kami tengah bersiap2.
tak tahu laa pulak apa motifnya...

program Sejam Bersama Ustaz Don yang
berlangsung pada setiap hari, pukul 5 petang
sepanjang event ni berlangsung.
dalam suka2 tu, dalam sibuk bershopping...
dapatlah juga takzirah berguna...

suasana sebelum fashion show Ana Muslim.
fuuuhhhhh... macam air terjun ketiak ai yu olss...
then i just realize... 
agaknya fashion show yang grand2 tu
mesti lebih havoc dan kelam kabut.

selesai fashion show Ana Muslim.
fuh, tarik nafas sekejap!
selesai 1 bebanan!


dinner yang santai anjuran organizers.
just makan dessert ngan ABC je.
tekak tak lalu nak makan yang berat2 
sebab badan dah penat.


para organizers bersama YB DS Shahrizat Jalil.
anies cuma kenal Farah Deeba(tudung merah) dan 
Mona Din (berdiri sebelah YB DS Shahrizat)

antara artis yang membuat persembahan sepanjang dinner berlangsung.
FYI, Yoga ialah artis dari Ana Muslim Studio

sebelum balik, cari Altimet dulu sebab
2 orang ini budak sangat suka dengan Altimet
sebab nak kaya... hahahaha...
then yang dok tepi tu terpaksa di'panda'kan
sebab mata dia dah ada iras2 
Feng Yi dan Fu Wa.

goodies daripada Safi untuk exhibitors.
terima kasih Safi.
kerana dirimu begitu berharga...
eh pulak??

okey, nanti sambung ya....
daaa..

banyak hutang BW yang belum anies langsaikan. kawan2.... minta maaf banyak2 ya! insya-Allah, akan dilaksanakan satu persatu. kalau bukan hari ini, esok lusa... 

4d4 4p4 deng4n '4'?

Tak puasa ek?

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Salam Ramadan untuk semua rakan2
blogger yang dihormati.
macam mana puasa so far?
Alhamdulillah... mudah-mudahan
kita dapat melaksanakannya dengan
sebaik mungkin hingga ke akhirnya.
insya-Allah.

lama juga tak bersiaran ni.
bukan merajuk.
bukan menyendiri.
bukan busy.
bukan penat.

tapi memenuhi hutang2 BW dan 'follow back'
yang tertunggak.
ada yang sempat anies singgah,
dan ada juga yang tak sempat anies terjah.
so harap2 ada yang tak berkecil hati.
insya-Allah anies akan singgah teratak yu ols...
cuma lambat or cepat je...
sabaq no!

dan mereka yang ada singgah ke sini,
terima kasih banyak2!

apa2 pun di kesempatan ini
anies ingin memohon jutaan ampun dan maaf
di atas salah silap, terkasar bahasa, tersinggung etc
sama ada sengaja atau tak disengajakan
sepanjang persahabatan kita
di alam maya ini.
mudah-mudahan ukhuwah yang terjalin
ini akan berkekalan hingga ke hujung nyawa.
insya-Allah...

oh, ya... soalan kat tajuk di atas tu
ditujukan kat budak ticit ni...
yang memang sah2 tak puasa
^_^



last but not least...
terima kasih Yang Berhormat Nuffnang
sebab masih sudi 'menjengah' dan 'menyapa'
blog yang tak seberapa ni.
(boleh tersenyum sampai ke telinga)

Pelancaran majalah Aisyah + giveaway untuk yu ols!

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Walaupun KLIHF 2014 dah menutup tirainya,
tapi anies masih lagi nak share tentang apa
yang dah berlaku sepanjang program ni.

salah satu acara yang kami adakan
sempena program ni adalah majlis
pelancaran majalah terbaharu keluaran
AM Sdn Bhd iaitu majalah AISYAH!

spesifikasi majalah Aisyah:

deskripsi majalah: Aisyah merupakan sebuah majalah untuk wanita
yang kaya dengan pengisian ilmu berteraskan nilai Islami.
majalah ini mengambil kira pelbagai pendekatan ilmu yang
dapat memenui kehendak seorang wanita untuk menjadi wanita muslimah.
antara isu-isu yang dipaparkan: wanita sebagai seorang individu
berkerjaya, wanita dan keluarga, wanita dan masyarakat menurut
perspektif Islam dan lain-lain.
jumlah muka surat: 96
colour: 4 colours
sasaran pembaca: 21 tahun dan ke atas
binding: perfect binding
harga: RM8 (SM), RM9.50 (S/S), Brunei B$8.00, Singapura S$8.00
jumlah keluaran: 1 / per month
FB: https://www.facebook.com/majalah.aisyah
antara kandungan: Munakahat, Ibrah, Adam, Mudahnya Masak Chef Nan, Novel Bersiri, Bisnes Online, Ustaz Cinta, etc.

dan seperti yang tertera kat title entry,
khas untuk followers blog ni,
4 BUAH MAJALAH AISYAH FIRST EDITION ini
akan MENJADI MILIK YU OLS.
nak tak??

okey, kalau nak, sila amati syarat-syarat berikut:
1. yang ada akaun FB, sila LIKE fanpage majalah Aisyah. klik DI SINI.
2. yang tak ada akaun FB, di ruangan komen, sila sambung ayat ini: SAYA INGIN MENDAPATKAN SENASKHAH MAJALAH AISYAH KERANA ______________ jumlah perkataan - TIADA HAD.

3. sertakan URL blog.

4. sertakan VALID EMAIL ADDRESS.
5. kalau nak buat entry untuk GA ni, sertakan LINK sekali. kalau tak nak buat pun tak apa.
6. tarikh tutup: 7 JULAI 2014 (ISNIN)
7. pemenang akan dipilih menerusi random.com.
*pemilik akaun FB juga perlu mengikuti syarat nombor 3 & 4.

so, ALL THE BEST ya!

last but not least...
ada beberapa keping gambar yang sempat
diambil semasa pelancaran majalah AISYAH.
cekidaut!

Irma Hasmie & majalah Aisyah.
nak tahu apa cerita lebih lanjut?
dapatkan majalah Aisyah sekarang!

kudap-kudapan khas untuk mereka yang join
majlis pelancaran majalah Aisyah.

sewaktu majlis berlangsung...
orang ramai memenuhi pentas utama.
rasa macam tak bernafas masa ni...
ramai sesangat!

salah seorang finalist covergirl majalah Aisyah
sedang mendeklamasikan sajak.

Heliza Helmi merasmikan pelancaran majalah Aisyah.
yang yu ols nampak kat replika majalah tu
adalah cover untuk next issue.

autograph session bersama peminat
di booth AM.
sesak woo...

dari kiri Amin Idris, Felixia Yeap, Mizz Nina dan Noor Kumalasari.
mereka sedang berdiskusi dalam salah satu program yang 
terdapat sepanajng KLIHF 2014.
oh, ya sebelum terlupa...
AHLAN WASAHLAN KEPADA SAUDARI BARU KITA...
RANIA a.k.a FELIXIA YEAP yang dikhabarkan akan
mengucapkan 2 kalimah syahadah pada hari ini.
ALHAMDULILLAH... bertambah lagi umat Muhammad. 

Yatt Hamzah (berkalung bunga) tengah busy 
layan customers yang datang ke booth nyer...
i found her a very friendly person.
sambil layan customer sempat berselfie dengan peminat.

berminat untuk menjadi sebahagian daripada
team majalah Aisyah?
hubungi pemilik emel di atas ya!


Cuma nak update 2 perkara ni...

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Yang pertama, tentang MINI GIVEAWAY MAJALAH AISYAH.
tepat jam 11.59 malam ni adalah tempoh terakhir untuk
yu ols menjoinkan diri.

then sesiapa yang dah join tapi belum complete kan
syarat2 nyer... sila bertindak sekarang ya...
KLIK DI SINI UNTUK JOIN MINI
GIVEAWAY MAJALAH AISYAH.

kalau yu ols menang mini GA majalah Aisyah ni,
then yu ols dialu-alukan untuk join kontes
yang super kacang ni!


yang kedua, tentang BLOG LIST OF THE MONTH.
ada yang dah letakkan URL BLOG tapi sayangnya
TAK DISERTAKAN BULAN KELAHIRAN.
so anies minta kerjasama yu ols
untuk semak semula ya...
kepada yang dah join, terima kasih banyak2.
KLIK DI SINI UNTUK JOIN
BLOG LIST OF THE MONTH.


TERIMA KASIH YA KAWAN2!




p/s masih dalamusaha melangsaikan hutang2 BW dan follow back...

Jom join, kawan-kawan!

Viewing all 1679 articles
Browse latest View live