...السلام عليكم
Selepas ustaz Fauzi 'mencemar duli' ke Ana Muslim (AM) pada bulan Mac yang lalu (ceritanya ada di sini), semalam giliran ustaz Sharhan Safie pula hadir ke AM buat kali pertama.
bagi mereka yang mengikuti rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 atau Expose Mistik di Astro Prima, pasti sudah mengenali ustaz Sharhan ni.
bagi yang tidak mengenali, ustaz Sharhan merupakan seorang pengamal perubatan Islam bertauliah dan juga seorang pendakwah.
so, sukacitanya anies nak berkongsi dengan yu ols beberapa intipati tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Sharhan.
mudah-mudahan kita beroleh manfaat daripada ilmu yang beliau sampaikan ini.
Insya-Allah.
tanda2 apabila seseorang itu diganggu jin / disihir / disantau ketika tidur
1. sukar untuk melelapkan mata di waktu malam
2. tidur tetapi gigi kerap berlaga
3. bermimpi berada di kawasan perkuburan
4. bermimpi berada di kawasan yang kotor
5. bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi
6. bermimpi dikejar haiwan / lembaga
7. bermimpi dipatuk atau dibelit oleh ular (ini bermaksud sihir sudah meresap ke dalam tubuh)
8. bermipikan budak kecil / bayi seperti sedang mendukung / menyusu / meriba mereka
9. bermimmpi orang yang sudah meninggal dunia dan orang itu memberi sesuatu kepada kita
10. bermimpi benda yang tajam seperti paku, jarum termasuklah senjata api seperti pistol, senapang dan sebagainya (ini bermakna seseorang sudah terkena santau)
11. berasa diri ditindih / dihempap oleh sesuatu
12. bercakap / berjalan ketika tidur (mengigau)
13. bermimpi sedang terbang ke tempat yang tinggi
14. bermimpi tentang salib / gereja
15. mimpi sedang berkelahi / bergusti (sekiranya lawan berkelahi / bergusti itu menang, maka hendaklah berhati2)
16. bermimpikan haiwan berbisa (lipan, kala jengking, ular etc.)
17. mimpi tentang lembaga tertentu
18. mimpi tentang seseorang memberi amaran / mengarah sesuatu
19. bermimpi tentang najis
tanda2 apabila seseorang itu diganggu jin / disihir / disantau ketika berjaga
1. pergi ke hospital / klinik tetapi doktor tidak dapat mengesan apa2 penyakit
2. berdebar tanpa sebab
3. lenguh sendi2 utama
4. migrain keterlaluan
5. apabila bangun tidur, terdapat lebam atau kesan cakar pada tubuh
6. sentiasa ternampak kelibat seseorang
7. mudah marah / cepat melenting / sensitif
8. kerap mengalami sakit pada tulang belakang
9. kedatangan haid / nifas tidak menentu / tidak berhenti
10. rasa sakit pada tubuh tetapi kerap beralih tempat (sekejap sakit lutut, sekejap lagi sakit kepala)
membina benteng pertahanan diri
1. baca surah Hud ayat 57
2. tarik nafas
3. letakkan tangan di dada
4. niat
ikhtiar sendiri (ingin mengetahui sama ada diri bebas daripada hal2 sedemikian)
1. baca surah al-Fatihah
2. baca surah an-Nahl ayat 78
3. baca surah Hud ayat 57
4. selawat tiga kali
5. niat (untuk menyembuhkan sakit / menghindari penyakit)
6. tiup ke atas segelas air.
pastikan setiap bacaan ayat al-Quran yang dibaca hendaklah mengikut sebutan / makhraj / tajwid yang betul. inilah yang membezakan sesuatu penyembuhan itu benar2 sampai ke matlamatnya atau sebaliknya. (baca dengan penuh tertib dan tartil)
:: sekiranya selepas minum air tersebut dan mendapat tanda2 seperti yang disebutkan di atas, dinasihati bertemulah mana2 pakar perubatan Islam.
ini kerana, berkemungkinan diri kita diganggu / disihir / disantau etc.
ustaz Sharhan boleh dihubungi menerusi:
FB - klik di sini.
web site - klik di sini.
017-290 7595
012-677 8139
Pejabat Urusan Sinar Zamdurrani,
No. 12 Tgkt 1 Jln Dataran Velodrom,
Cheras Bandar Tun Razak
56000 KL
wallahu 'alam.
Ustaz Sharhan sedang menyampaikan tazkirah.
sorry ye..
gambar kelabu asap je...
antara buku yang dibawa oleh Ustaz Sharhan ke AM.